Sunday, January 26, 2020

[KINI TRENDING] - #CoronaOutBreak di Twitter




Virus Corona semakin mencetuskan kebimbangan seluruh penduduk dunia, semakin hari semakin banyak angka yang dijangkiti meningkat. Malah negara terlibat bukan sahaja China, Thailand, Japan, South Korea, Singapore termasuk Malaysia.

Virus Corana dipercayai bermula disebuah pasar yang menjual haiwan eksotik untuk dimakan, dikatakan punca terjadinya wabak virus di Wuhan. Mengikut data sehingga hari ini sudah 41 kematian dicatatkan. Bagi nak tahu apa perkembangan terkini tentang virus corona, Miela share sedikit tweet yang popular tentang #CoronaOutBreak.



dikatakan pemandu uber di China mengambil langkah berjaga-jaga dengan pemakaian pakaian tertutup dan menyediakan hand sanitizer bagi mengelakan wabak berjangkit



Cara memakai mask yang betul



Suasana panik di China disebabkan virus Corona



Infographic Virus Corona sehingga 26 Jan 2020 


Pembinaan Hospital segera dalam masa 6 hari demi menampung pesakit wabak virus corona 

Dan banyak berita tentang virus corona. Jadi untuk masa sekarang cuma kita boleh jaga berjaga dengan sentiasa menjaga kebersihan dan kurangkan aktiviti luar. Marilah kita berdoa semoga wabak corona akan dapat penawar secepatnya daripada terus merebak.


Sunday, January 19, 2020

Akhirnya E-Tunai Rakyat RM30 berjaya masuk ke acc Touch 'n Go eWallet

Pada 15 hari bulan 2020, semua rakyat Malaysia berpeluang untuk redeem e-Tunai percuma RM30 melalui 3 aplikasi e-wallet iaitu Touch 'n Go , Boost dan Grab . So Miela tak kecuali nak tebus RM30 tu, jadi Miela pilih Touch 'n Go eWallet untuk tebus sebab Touch 'n Go banyak tempat boleh pakai then ada pulak cashback sehingga RM30.

Masa hari kejadian nak tebus tu apps Touch 'n Go problem sikit sebab high traffic since ramai rakyat nak tebus so memang tak dapat claim. Memang try banyak kali dah dari pukul 8 pagi, tak boleh juga. Lepas tu dah lewat petang sikit baru Miela cuba balik. Barulah boleh. Tapi baru takat process verifed account pada 15 Januari tu, duit tak masuk lagi.


Dan semalam, 18 haribulan baru duit e-Tunai masuk RM30 selepas 3 hari. Hehe apalagi terus beli barang kecil-kecil. Walupun sikit, untuk hujung bulan rasa bermakna juga. Pilihan tempat untuk tebus ialah Guardian. Jeng-jeng barang dah grab hasil duit redeem E-Tunai tadaaa.


So, Miela beli sunblock, wet tissue dan happy mask. Memang tak sampai RM30 pun guna, takat paras RM20 lebih je. Sebab nak try claim cash back RM5 untuk transaction kat retail store Guardian tu. Kemudian lebih baki Miela top up RM10 untuk guna bayar parking kereta MPSP lepas dapat cashback RM5. Cashback RM5 terus dapat laa tu jugak tau. So situ boleh jimat sebab dapat RM10 cashback kesemuanya selepas topup untuk parking RM20.


Ada lagi RM20 nak claim cashback RM5, tapi not sure boleh dapat lagi ke tak untuk next. Sebab limited untuk 1 juta orang. Tapi dah dapat cashback RM10 pun dah bersyukur dah hehe. Next boleh guna lagi Touch 'n Go e-Wallet untuk promosi lain, sebab  Touch 'n Go eWallet memang sentiasa offer promosi yang best kita boleh tebus. 

Friday, January 10, 2020

KISAH BENAR: Hampir diSCAM dengan Bank luar negara

Salam Readership uolss. Tujuan Miela taip entri ni nak kongsikan kepada korang kisah hampir kena scam, supaya korang mungkin tak kena scam dengan satu penipuan dari bank luar negara. Macam-macam cara depa boleh buat ada kena ugut, hantar melalui virus la, curi duit dalam acc bank dan lain-lain. Nasib yang Miela kena tak serius sangat kesnya.

Alkisahnya ada satu customer DM di IG shop Miela, Ladya Attire . Mula-mula macam pelik cara ayat english tapi macam skema sikit. Plus tengok IG tak banyak follower. Tapi kita layankan jelah kotlah customer tu nak beli. 

Mula-mula awal-awal scammer nak scam

Jadi Miela pun whatsapp dia, hantar gambar baju, detail semua. Senang giler close sale terus nak beli baju. Tapi I still pelik dia Whatsapp dalam english je walaupun Miela balas dalam bahasa Melayu sebab nak uji dia 😂. Tapi dia macam faham je. 50 50 nak layan customer ni, kebetulan DP whatsapp memang muka orang melayu kita. Sampailah bila bagi nombor acc. Surprisingly dia cakap dah payment hantar melalui email Macam dibawah ni

Sempat share conservation yang ni sebab terdelete all sebab masa tu kalut nak block customer ni

Jadi bila dia cakap dia hantar resit melalui email, ayat dia pelik macam dia buat bisnes pulak kat kita. Nampak formal sangat. Kalau trend kita kat Malaysia beli dalam whatsapp taklah formal pun. Dah pelik dah ni terus check email. 


Tiba-tiba rajin pulak payment payment RM700. Bank pun tak kenal


Mula-mula blur juga kenapa dia nak bayaq RM700. Check dalam bank acc takde masuk RM700. Bila baca dalam email rupanya duit RM108 takkan dapat kalau tak refund RM592.00. Suka suki dia je suruh refund balik sebab bayaq terlebih 😂. Bila dapat nasihat dari kawan semua, Miela ambil keputusan buat tak tau jelah sebab duit tak masuk pun haha. Dan ambil keputusan terus block customer ni. 

Jadi lepas ni kalau jumpa customer pelik-pelik ni buat tak tau jelah. Tapi tulah gambar sapalah scammer pakai. Macam-macam scammer buat hal. Nasib bukan cara ekstrem dia nak ambil duit kita. Jadi apa-apa sentiasa berhati-hati lepas ni.