Monday, February 08, 2021

Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli dengan Kelengkapan Kembali ke Sekolah termasuk Pelitup Muka Guna Semula untuk Perlindungan Covid-19, Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia


Kuala Lumpur, February 8, 2021 – Permulaan sekolah tahun 2021 melakar sejarah apabila Malaysia diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi melawan pandemik Covid-19. Para pelajar terpaksa meneruskan pelajaran daripada rumah bagi memastikan generasi muda tidak ketinggalan dalam pelajaran walaupun keadaan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik, termasuk ekonomi golongan seperti Orang Asli.


Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling teruk terjejas ekonominya. Banjir yang melanda baru-baru ini di Johor, Pahang dan Perak turut menyebabkan aktiviti ekonomi tergendala dan pada masa yang sama, mereka bimbang anak-anak mereka dijangkiti wabak Covid-19. Namun di sebalik halangan ini, keluarga Orang Asli masih bersemangat supaya anak-anak mereka meneruskan persekolahan demi menjamin masa depan.


TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah, dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ yang disokong oleh TESCO dan JAKOA, kena pada masanya bagi membantu 420 orang pelajar Orang Asli dari enam buah sekolah di Pahang, Perak dan Johor dengan kelengkapan kembali ke sekolah termasuk dua pelitup muka guna semula bagi setiap pelajar untuk perlindungan daripada Covid-19, dan serbuk pencuci TOP untuk basuhan sebersih-bersihnya pakaian sekolah untuk tahun persekolahan 2021 ini. Dana yang dikutip menerusi kempen ini lebih daripada jangkaan dan membolehkan TOP membantu 60 orang lagi pelajar sebagai tambahan kepada sasaran asal iaitu 360 orang pelajar.


 Cerahi Kehidupan Bersama TOP – Pengurus Jenama Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) En. William Bee (kiri) dan Pengurus Pemasaran  (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li (kanan) menyusun kelengkapan kembali-ke-sekolah kepada 420 pelajar Orang Asli

Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada TESCO, JAKOA dan pengguna jenama TOP atas sokongan mereka membina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak Orang Asli di masa sukar ini.


“Berdasarkan trend perbelanjaan pengguna, kami menjangka kutipan dana yang jauh lebih rendah, namun pengguna TOP yang berbelanja di Tesco tampil menyokong kempen kami kerana pendidikan dan kesihatan anak-anak Orang Asli merupakan usaha penting bagi mereka dan juga kami. Kami amat gembira dengan sikap prihatin dan kemurahan hati pengguna TOP. Walaupun pasukan kami tidak melawat sekolah-sekolah Orang Asli tahun ini demi menjaga kesihatan semua, matlamat kami melengkapi pelajar dari segi akademik dan membantu mereka melindungi diri daripada Covid-19 tetap diteruskan. Pasukan JAKOA membantu dengan menyalurkan maklumat dari lapangan dengan cekap di samping sokongan logistik bagi menyampaikan barangan keperluan pelajar ini ke komuniti yang terpencil. Terima kasih daripada kami buat semua termasuk Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, para guru dan ketua-ketua kampung Orang Asli. Masa depan 420 orang anak Orang Asli kini lebih cerah hasil sumbangan anda!” jelas Cik Ling.


Cerahi Kehidupan Bersama TOP & TESCO! Ketua Bahagian Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Cik Hanim Hamdan (kanan) menyerahkan sumbangan botol air dan bekas makanan kepada dfPemasaran  (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li (kiri) untuk pelajar Orang Asli di 3 buah negeri yang terlibat

Ketua Bahagian Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Cik Hanim Hamdan berkata, Tesco sebagai firma peruncit terkemuka menyokong penuh matlamat kempen dan memilih untuk menyumbang botol air dan bekas makanan. Ini bagi membantu pelajar Orang Asli mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 iaitu penjarakan fizikal.


“Matlamat kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP adalah sejajar dengan nilai yang dipegang oleh TESCO iaitu “Setiap Bantuan Walau Sekecil Mana Pun Akan Membuahkan Hasil Yang Besar”. Kami berbesar hati dapat menjadi rakan runcit TOP bagi kempen ini buat tahun kedua berturut-turut kerana kempen ini berjaya membawa hasil positif kepada komuniti yang terjejas seperti ini. Pasukan kami memilih untuk menyumbangkan botol air untuk menggalakkan pelajar minum air dengan cukup dan bekas makanan untuk membawa bekal dari rumah bagi memelihara penjarakan fizikal dan kebersihan dengan makan secara berasingan di kala ancaman Covid-19 masih wujud. Harapan kami semoga kita semua dapat menjaga diri dengan mematuhi SOP pada masa ini,” kata Cik Hanim.


Sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah termasuk SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berprestasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok, Johor; SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental membina semula setelah tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil. Pelajar Orang Asli dari SK Kenering, SK Pahit dan SK Batu 4 di Perak turut menerima sumbangan.

 
Bantuan ikhlas untuk kehidupan yang cerah bersama TOP: Wakil dari JAKOA Cameron Highland, En Mohd Farizal Bin Mohd Zakhir menghantar sumbangan kelengkapan kembali-ke-sekolah bersama TOP kepada SK Terisu di Pahang.


Walaupun terdapat sekatan pergerakan rentas negeri dan banjir di beberapa kawasan, pasukan JAKOA berjaya mengatur penghantaran 150 karton kelengkapan kembali ke sekolah serba baharu terdiri daripada pakaian seragam, kasut, stoking, beg sekolah, alat tulis, kotak pensel, pensel warna, buku latihan, botol air, bekas makanan, dua helai pelitup muka guna semula dan satu pek 750gm serbuk pencuci TOP Super Hygienic untuk setiap pelajar, di samping alatan pendidikan seni dan ukulele untuk sekolah. Sumbangan ini diharap dapat melindungi para pelajar ini daripada wabak Covid-19, menyuntik semangat untuk kembali ke sekolah dan meringankan beban kewangan para ibu bapa.


Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo, memuji TOP, TESCO, pasukan JAKOA, para guru dan orang awam yang telah bermurah hati menyumbang kepada kempen ini.


“Ramai dalam kalangan komuniti Orang Asli tidak mempunyai ekonomi yang kukuh. Pandemik Covid-19 telah menjejaskan lagi mata pencarian mereka manakala banjir yang melanda turut menghalang proses pemulihan sesetengah kampung. Kempen kembali ke sekolah Cerahi Kehidupan Bersama TOP adalah tepat pada masanya kerana ia meringankan beban kewangan ibu bapa, memberi motivasi dan melengkapi anak-anak ini untuk kembali ke sekolah, di samping sumbangan pelitup muka guna semula yang melindungi daripada wabak Covid-19. Kami dapat melihat keprihatinan terhadap komuniti Orang Asli dalam kempen tahun ini dengan tambahan sumbangan serbuk pencuci TOP Super Hygienic bagi setiap pelajar dan satu kilogram serbuk pencuci TOP untuk kira-kira 3,000 orang penduduk kampung yang amat kami alu-alukan. Kemurahan hati rakyat Malaysia, TOP dan Tesco ini akan sentiasa diingati,” kata Prof Juli Edo.


Wakil dari SK Pos Dipang, Perak menerima set lengkap Kembali-ke-Sekolah dari TOP oleh Timbalan Pengarah Jakoa Negeri Perak, Khairul Anuar Bin Che Zakaria (kiri), kepada 107 pelajar Orang Asli


Pasukan logistik JAKOA yang membantu menghantar lebih 200 karton serbuk pencuci TOP membawa keceriaan kepada ratusan keluarga Orang Asli dengan meringankan beban kewangan dan memberi semangat kepada anak-anak mereka untuk bersekolah.


TOP dari Lion Jepun terkenal dengan konsep kehidupan bersih menyeluruh dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, keselesaan dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. Teknologi Micro-Clean yang termasyhur menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan begitu berkesan supaya kebersihan basuhan adalah lebih terjamin.


Sesuai digunakan untuk mencuci pakaian seragam sekolah dan pelitup muka guna semula kerana ianya mampu menghapuskan 99.9% kuman dan bau hapak. Lebih dari 3,000 kg TOP Super Hygienic Powder disumbangkan kepada sekolah Orang Asli dan penduduk kampung yang terlibat dengan kempen ini


TOP menyumbangkan serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap pelajar dan kira-kira 3,000 orang penduduk kampung bagi memberi mereka serbuk pencuci berprestasi tinggi yang mampu mencuci pakaian mereka dengan sebersih-bersihnya termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup separa muka kain.

“Serbuk pencuci TOP Super Hygienic dan cecair pencuci TOP Odour Buster amat sesuai digunakan terutamanya semasa pandemik ini kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria* untuk perlindungan maksimum. Ia juga mempunyai teknologi anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau peluh dari pakaian yang sangat kotor, memberi keharuman yang menyegarkan kepada fabrik,” tambah Cik Ling. Berlangsung selama enam tahun berturut-turut, Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP memberi motivasi kepada pelajar dari komuniti terjejas dan isi rumah B40 untuk berusaha mencapai kemajuan dengan merangsang keyakinan diri dan harga diri serta mendidik para pelajar mengenai penjagaan pakaian supaya kekal bersih. Kempen ini telah membantu hampir 2,900 kanak-kanak sekolah berusia antara 7 ke 17 tahun dari 85 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli dan NGO anak yatim serta anak-anak ibu/bapa tunggal.


 En Hamzah Bin Yusof, Tok Batin dari Kg Sg Telimau menerima sumbangan detergen TOP Super Hygienic Powder dari wakil JAKOA, En Mohd Farizal Bin Mohd Zakhir. Lebih dari 311 penduduk kampung menerima 1kg detergen TOP Super Hygienic Powder kerana iainya sebahagian dari kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP

Menurut Tok Batin masyarakat Kampung Orang Asli Sg. Getan, Pos Terisu, Cameron Highlands, Pahang, ahli komunitinya amat gembira dengan bantuan yang diterima memandangkan ramai yang sedang menanggung beban kewangan dan bimbang akan keselamatan anak-anak mereka apabila kembali ke sekolah.


“Terima kasih kepada TOP, Tesco, JAKOA dan semua yang tidak melupakan kami. Bantuan ini benar-benar meringankan beban yang kami tanggung. Banyak keluarga di kampung kami tidak mampu membeli pelitup muka untuk anak-anak mereka, namun masih mahukan anak-anak ini mendapat pendidikan yang sempurna supaya boleh berjaya. Anak-anak kami amat teruja dan gembira menerima kelengkapan kembali ke sekolah manakala ibu bapa berasa lebih yakin dengan perlindungan yang disediakan iaitu pelitup muka. Terima kasih juga atas sumbangan serbuk pencuci TOP. Inilah semangat sebenar #kitajagakita!” kata Ahmad bin Nanggong.

 

 

Cerahi Kehidupan Bersama TOP, 2015 to 2020

 

Tahun

Jumlah Pelajar yang Mendapat Manfaat

NGO/Komuniti

2015

440

20

2016

400

16

2017

439

18

2018

500

18

2019

674

7

2020

420

6

Total

2,873

85


Thursday, January 21, 2021

Shopee Haul : Drawer ala IKEA 4 tingkat

 

Salam Readership. Selamat datang ke entri racun shopee hehe. Kali ni Miela nak share benda yang best dan berbaloi beli Shopee. Hampa mesti tahu kan drawer ala IKEA memang famous, nampak cantik dan memang hot item kat Ikea. Tapi sekarang ni hampa boleh dapat di Shopee dengan harga lebih murah!

Korang boleh beli di kedai shopee bestworldcollection di link https://shopee.com.my/BEST-Tiigo-4-Drawers-Chest(White-Brown-Sonoma-Oak)-CH-8007-i.50333693.4048261115 sini ye.



Kalau promosi boleh dapat serendah RM122, tapi masa Miela beli harga RM128 + RM50 kos penghantaran. Sebab barang berat memang postage mahal sikit. Tapi still murah dan berbaloi beli. Masa beli, tak sampai seminggu pun tunggu, tup tup dah sampai. Penghantaran dorang hantar pakai The Lorry.


Masa barang ni sampai, memang memerlukan lelaki angkat benda ni. Sebab berat sangat. Better alamat post, guna alamat rumah yer. Sebab benda ni berat. Kalau hantar kat office, jenuh nak angkat huhu. Bila dah sampai rupa lebih kurang dalam gambar. So bila dah murah, makna kata kena pasang sendiri 💪 . Pemasangan ambik lebih kurang dua jam yer, ikut kecekapan. Seeloknya better lelaki yang tolong pasang yer 😆. Tapi penat memasang tu akan hilang bila dah jadi rupa drawer



Sekali padang macam drawer ikea betul


Ketinggian drawer tak setinggi Ikea punya drawer, tapi still boleh letak barang terutama baju budak-budak, barang makeup ke etc



Atas drawer boleh hias macam-macam bagi nampak lawa. Dari segi rupa dan betuk macam rak ikea sebenar. Tapi kualiti dia maybe tak macam Ikea  punya, so memang kena jaga elok dan jangan kena air. Sebab bila kena air, playwood akan kembang. Its okay sebab rak bukan letak barang basah kan. Tapi kalau sesuai dengan harga, so tak rugi pun beli.

Sunday, January 10, 2021

Makan petang di B'BIQ Korean Restaurant

Salam Readership. Kembali lagi sesi mereview makananan korea 🤣. Well makanan always my favourite. Pantang nampak memang nak cuba. Kali ni Miela cuba B'Biq Restaurant dekat Bukit Mertajam. Kedai dia betul-betul depan Aeon Bukit Mertajam.

So after working hours, Miela and my friend pergilah food hunting dekat B'iq Restaurant. Kat sini memang banyak menu berunsurkan Korea yang buat kami tertarik untuk memcuba.



Banyak menu korea dengan harga sangat berpatutan. Jadi kami telah pilih menu Gochujang Fried Rice dan Beef Dolsobap.



Masa kami sampai, macam tiada orang tau. Risau jugak kalau tak sedap. Tapi kami husnozon maybe masa kami pergi waktu hari biasa kot hehe



Tadaaa makananan dah sampai. Mangkuk dia memang feel korea betul. Memang portion makanan ni banyak. Tambah pulak nasi dia tak macam nasi biasa. I tau nak decribe macam mana, tapi ala korean la.  Kalau makan memang cepat kenyang. Untuk fried rice memang sedap, rasa pedas. Kalau I memang suka pedas dia, boleh masuk tekak takde berapi sangat. Tapi memang sedap.

Manakala menu Beef Dolsotbap atau dikenali sebagai bibimbap, nasi campur korea. First kalau dapat memang kena gaul dulu. Memang tak hairan kalau banyak sayur dalam nasi korea ni. Actually sedap je bibimbap ni cuma hampa kalau bukan kaki makan sayur memang bukan makanan korang haha. Kalau I, boleh masuk makanan korea sebab I hantu makanan korea hehe.



Total makam berdua tak sampai RM40. Minum air mineral, sebab tak rasa nak minum air manis pun. It's really like masa I kat Korea dulu, kalau nak kedai makan korea memang jarang dorang makan mintak air manis mesti minum air kosong je huhu. So next time, boleh cari terjah makanan korea yang lain kat penang pulak. Banyak lagi sebenarnya kedai yang belum p