Caption dalam gambar tiada kena mengena dengan pemilik blog ini :P

Salam readership. Sebenarnya Miela dah tau nak update apa, tapi gigih juga nak mengupdate blog hihi. So Miela teruskan sesi merapu di depan lappy ni sambil feeling dengar lagu korea gitu. Hari ini hari keberapa cuti? ahhh malas nak kira dah berapa lama cuti, nanti sedih pula cuti tinggal berapa hari. Just enjoy my holiday. Memang enjoy holiday ni walaupun masa banyak habiskan di rumah. Cuti ni Miela macam-macam aktiviti di buat.  Buat kraf felt la, tengok cita korea, main game, memasak dan termasuklah blogging ni.

Tapi moment paling best bila cuti ni ialah menghabiskan masa dengan family. Siapa tak seronok dapat spent time with family kan?. Cuti ni Miela boleh tunjuk skill memasak depan family, sebab ada jugak yang makan. Walaupun ada kalanya masakan tu tak jadi, Miela tak berputus asa.  Macam quote salu orang dok kata tu, "belajar dari kesilapan". Kalau banyak kali tak jadi, taktau nak kata apa. Baik pencen sajalah jadi orang dapur, huhu.


Semasa entri ni taip, Miela tengah demam *takda modal nak cerita* . Demam di rumah tak mengapa, kalau demam di hostel mesti sedih je takda family disisi. Tapi Miela demam pun memang tak suka duduk diam, paling kurang pun baring atas katil bukak handphone. Seperti anda lihat sekarang, Miela gigih nak mengupdate blog haha. Siapa demam tapi tak reti duduk diam kita geng *sep sikit*. Oklah takat ni ja Miela update, dah blank nak teruskan menaip. Sebagai penghujung, marilah sama-sama baca gambar di bawah ni. Sekadar untuk peringatan diri sendiri dan pembaca blog ni, peace yoo ^-^V .

2 Comments

  1. hope sis miela cepat sembuh
    pic 1 tu yumida kenal, aah kelakar orgnya..teringat masa dia buat video aritu
    Jom berkongsi Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

    ReplyDelete
  2. Cuti dah nak habis, result sedang menanti dan bakal homesick kembali. Hahaha! :D

    ReplyDelete