Salam Ramadhan. Dulu Miela pernah ajar cara transfer duit mengunakan mesin atm dan cdm BSN dalam entri Mudahnya BSN. Tapi kali ni Miela nak ajar cara transfer duit mengunakan Maybank2u pula. Miela tahu ramai kat luar sana ada akaun Maybank2u sebab dengan adanya Maybank2u hampa tak perlu nak pergi atm jika urusan boleh dilakukan secara online. Malah mostly kedai online di dalam internet mengunakan Maybank2u sebagai alternatif untuk urusan jual beli.

Ini memudahkan lagi hampa untuk lakukan pembayaran. Tapi mungkin ada belum tahu bagaimana untuk transfer duit mengunakan Maybank2u. Syaratnya perlu ada akaun Maybank2u barulah boleh buat transaksi, kalau yang takdak tu sila pergi ke cawangan Maybank untuk daftar. Harus diingatkan tutorial ini hanya untuk transfer duit dari akaun Maybank ke akaun Maybank yang lain.


Cara-cara transfer duit mengunakan Maybank2u (Maybank ke Maybank):-

1. Log ke Maybank2u

2. Klik Accounts & Banking


3. Kemudian klik Transfer

4. Klik New 3rd party account transfer




5. Isi detail untuk transaksi seperti di dalam gambar;



Amount: Jumlah ingin di transfer
To 3rd Party Account Number: Nombor akaun penerima
Effective date: Masa aktif transaksi. *kalau nak transfer laaa tu jugak, so pilih today
Recipient email: Email penerima *kalau penerima takdak email, letak email sendiri pun boleh hoho
Recipient reference: Nama transaksi *contoh boleh letak nombor order ke, or apa-apa subjek transaksi ingin diletakkan
Other payment details: Maklumat lain ingin diletakkan dalam transaksi *tak letak pun takpa

6. Selepas maklumat transaksi dirasa betul boleh tekan confirm. Kemudian request TAC number untuk aktifkan transaksi. Nanti server akan hantar nombor tersebut melalui message ke nombor hampa daftarkan. Lepas tu boleh isi TAC number dan tekan confirm.

7. Apabila transaksi berjaya, dia akan jadi gambar seperti ini. Ini contoh transaksi Miela buat masa shopping dengan Nile hari tu.



Semoga tutorial ini membantu anda!!!