Wednesday, October 02, 2019

Review bermalam di Sakot Hostel, Kota Kinabalu



Sumber: Sakot Hotel

Kali ni Miela nak review tempat kedua kitaorang tidur di Kota Kinabalu. But I kesalkan kat sini I betul-betul terlupa ambil satu gambar pun dekat Sakot Hostel ni 😭. Mungkin sebab masa tu penat sangat balik dari Kundasang, and just bermalam disini sebelum balik ke airport. Tak apalah review picisan ni boleh bantu korang nak cari penginapan di Kota Kinabalu.

Sakot Hostel dia macam dorm juga tapi dia ada bilik by bilik. Ada satu bilik boleh kongsi 6 orang, ada bilik double room dan juga ada 4-Bed Mixed Dormitory Room. 4-Bed Mixed Dormitory Room  macam 4 orang satu bilik ala-ala dorm. So bilik ni kami pilih dan paling best kali ni penginapan ada privacy sikit. So bilik mandi tak perlu share dengan orang.

Untuk facility dekat sini ada washing machine, iron board, mini bar dan ada satu balcony boleh tengok pemadangan luar yang cantik. Hostel ni betul-betul dekat tengah bandar Kota Kinabalu. So nak pergi Suria Sabah, Pasar Filipin, Gaya Street dan tempat attaction berdekatan tak sampai 1km pun. Miela pilih Sakot Hotel sebab dekat sangat Gaya Street dalam 5 minit dah sampai, and sempatlah pergi Ahad pagi sebelum fight pukul 1 Petang.


Yang best tentang harga, untuk Private Dormitory 4 orang  semalam cuma RM82 jer, tapi lepas tolak apa semua 1 pax/1 person dapat RM19.61. Murah sangattt dengan bilik air tak perlu kongsi. So I puas hati juga sebab dekat dengan kawasan bandar. Sebab kebanyakAN tempat kitaorang cari dekat bandar banyak sold out masa tu, dan bilik kitorang tempat tinggal satu je. So kalau nak cari tempat penginapan strategik dan murah mestilah kena tempah awal yer. 

Sakot Hostel
Lot 1 Jalan Masjid Lama Bandaran Berjaya 1 88000 Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Malaysia



Entri berkaitan:
Review Audrey Capsule Hotel, Kota Kinabalu Sabah

1 comment:

  1. Murah2. harga memang terbaik lah. Boleh cuba kalau ke sana nnti

    ReplyDelete