Tuesday, October 01, 2019

Berjalan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah

Untuk kali ni nak story aktiviti sekitar di Kota Kinabalu. Semua tempat kitaorang pergi masuk free je tak payah bayar. Banyak tempat attraction rupanya dekat Kota Kinabalu, of courselah seafood di Sabah sangat-sangat murah.

Hari kedua day actually banyak more to pergi shopping mall sementara menunggu kawan yang lain sampai di Kota Kinabalu. Shopping Mall kitaorang dah tawaf Imago Shopping Mall, Jesselton Mall dengan Suria Sabah Shopping Mall. Suria Shopping Mall antara paling best sebab sebelah laut, and ada tempat ootd dekat food court sebelah laut.


Cantik tak laut sebelah Suria Sabah Shopping Mall? warna laut warna biru wehhh. Menariknya food court sebelah laut jer, boleh lihat pemadangan laut sambil makan. Makanan yang sedap food cort  Suria Sabah Shopping Mall ialah nasi ayam

Makan nasi ayam sambil menikmati pemadangan laut


Next tempat Tanjung Aru, Tanjung Aru sesuai untuk korang jalan lihat kawasan pantai sambil melihat matahari terbenam. Dekat sini boleh buat port untuk bergambar juga. Jangan lupa minum kelapa susu dekat sini yer.




Pemadangan ketika matahari terbenam di Tanjung Aru

Terus skip hari keempat sebab hari ketiga kitaorang pergi Kundasang, so akan diceritakan di lain entri. Seterusnya kitaorang pergi ke Signal Hill untuk menikmati pemadangan Kota Kinabalu




Pemadangan dari Signal Hill

Kemudian kitaorang cuci mata sebelum matahari terbenam dekat Todak Waterfront. Dekat Todak Waterfront betul-betul sebelah foodcourt seafood yang murah-murah. Foodcourt seafood ni buka sekitar 5.30 petang sampailah malam.



Tangkap gambar dulu walaupun masa ni tengah lapar hahaha

Lobster nampak mengancam dan segar

Set dinner yang kitaorang makan RM65 untuk 5 orang. Menu ialah udang masak butter dalam 14 ketul tak silap, ikan kerapu masak 3 rasa, sayur tauge dan sotong goreng. Semua segar-segar seafood dia.


Bila pergi Sabah memang tak sahlah kalau tak beli ole-ole. Naik flight mahal-mahal rugi pulak tak beli ole-ole 😆. Tempat yang wajib pegi Pasar Filipin. Dekat sini jual pelbagai kraftangan, perhiasan dan makanan orang Sabah. Apa yang Miela suka kat sini ada jual amplang. Amplang makanan wajib bawak balik sebagai ole-ole



Boleh cari kedai dry food, boleh amplang murah  4 bungkus RM10

Last day sebelum balik, luckily dapat singgah ke Gaya Street. Gaya Street tak selalu ada, cuma ada hari pagi Ahad. Pastikan kalau ada di Sabah wajib pergi Gaya Street. Disini pun ada juga barang kraftangan yang rare dan cantik. Dekat Gaya Street sesuai juga dijadikan port untuk sarapan pagi.


Pagi Ahad di Gaya Street

Itu sahaja itinerary simple di Kota Kinabalu, Sabah. Surprisingly semua tempat kami pergi free entrance je. Jimat banyak kan?, boleh save duit dekat makanan dan ole-ole. Dekat Kota Kinabalu selalu jem, so better sebenarnya pusing satu Kota Kinabalu naik Grab. Sebab kalau naik Grab tak perlu susah cari parking dan confirm tak sesat. Nantikan pula entri seterusnya tentang penginapan pula di Sabah




Entri berkaitan:
Review Audrey Capsule Hotel, Kota Kinabalu Sabah
Review bermalam di Sakot Hotel, Kota Kinabalu

Monday, September 30, 2019

Review Audrey Capsule Hotel, Kota Kinabalu Sabah


Hai guys. Bermula entri ini dan entri seterusnya Miela akan story tentang trip ke Sabah. Alhamdulilah Miela baru sampai rumah semalam setelah bercuti ke Sabah 5 hari. So untuk first entri tentang Sabah nak story tentang tempat penginapan pertama I duduk setelah sampai di Sabah.

Sekarang ni banyak hotel ala-ala capsule sebab harga sangat berpatutan untuk orang suka travel bajet. Lagipun travel lebih focus kepada berjalan, sesuai ambil capsule hotel macam ni sebab banyak spend di luar daripada dekat bilik. Miela jumpa Audrey Capsule Hotel ni pun dekat Agoda. Ada Miela ceritakan cara nak order di entri ini

Audrey Capsule  Hostel antara paling murah kitaorang jumpa. Masa promo dapat lebih kurang RM19 semalam. So kami stay dua malam size katil queen dapat RM36.75/per pax dan total 2 kepala dapatlah RM70.32. Murah kan??


Hostel ni terletak area Penampang. Jauh sikit dari kuasa bandar tetapi dekat dengan Airport Kota Kinabalu. Jarak dalam 15 minit perjalanan dari airport. Hostel dia terletak atas kedai Lighting tu, tingkat dua berhadapan kedai mamak Mahathir. Walaupun jauh sikit dari kawasan bandar tapi dekat kedai makan seperti kedai mamak, KFC dan 7Eleven. So tak perlu risau kalau nak cari makan.


Yang ni tak I tau nak panggil tempat apa, maybe mini lobi lah. Basically korang boleh check in dari pukul 2 petang sampah tengah malam. Sesuai nak stay 1 night kalau flight sampai malam. Kat mini lobi boleh charge handphone dan powerbank. Sini juga boleh buat port untuk sembahyang.


Inilah rupa bilik capsule untuk 2 orang. Ada bawah dan atas. Tapi I prefer ambik bawah sebab malas nak panjat.






Bawah katil ada laci, memang muat sumbat bagasi. 


Ada juga laci berhampiran pantry. Tapi kitaorang tak guna sebab laci bawah katil dah cukup letak barang kami and lagi dekat kami boleh cari barang.


Ada lampu dan cermin. Lampu boleh tukar-tukar colour lagi.


Dalam katil capsule ada tv, tapi kitaorang tak guna pun sebab hostel kami tinggal fungsi lebih kepada tempat kitaorang tumpang tidur sahaja. Tv ni kitaorang pun tak reti guna huhu.


Cons
Dengan harga bajet of courselah kita tak boleh expect selesa macam hotel 5 bintang. Hostel capsule ni mix gender, so agak difficult terutama perempuan muslim nak jaga aurat kalau berada di luar capsule. So environment macam asrama sikit. Bilik mandi memang kena share. Lagi satu capsule dia bukan sound proof so kalau kita sembang dalam capsule boleh dengar. Pendek kata kat hostel capsule kena behave sikit dan agak kurang privicay. I not recommeded untuk family besar tinggal sini tapi untuk solo traveler atau orang muda yang bujang stay sini yes ini maybe tempat korang stay hotel bajet


Pro
Very save our bajet dengan satu malam RM19 kalau book online if walk in dalam RM30 satu malam. Miela rasa tempat ni boleh jadi tempat pelarian konon merajuk boleh tidur sini 😆, haha okay gurau je. Kemudahan basic ada kat sini macam pantry, tempat iron baju, and ada ruang nak solat. Tuala pun boleh korang minta. Orang jaga hostel pun sangat ramah. I very recommended untuk orang nak stay sekejap 1 or 2 malam yang lebih focus untuk jadikan tempat tidur sahaja and more to spend masa berjalan.

Sunday, September 22, 2019

Tutorial Lightroom : Filter Green Turqoise


Hai korang. Dalam banyak-banyak aplikasi edit gambar Lightroom antara favourite I tapi lihat dasarnya lightroom memang nampak  bosan sebab tak banyak filter and kena create sendiri. Tapi once korang pro pakai lightroom, gambar gelap tak payah risau confirm cantik daebakk. Lightroom kena explore barulah pro.

Untuk kali ni Miela nak ajaq edit gambar pakai filter ke preset apatah yang pasti tema Green Turqoise dengan mengunakan Lightroom. Lightroom boleh download free dekat Apps Store atau Google Store. Filter ni sesuai untuk gambar-gambar yang banyak warna hijau. Tak nak bebel panjang jom let's start!



Light
Exposure: +0.13
Contrast: -11
Highlights: -92
Shadows: +15
Whites: -45
Blacks: -13




Color
Temp: +20
Tint: +14
Vibrance: +26
Saturation: -11




Color Mix
Red: Hue +15, Sat +15, Lum -39
Orange: Hue -12, Sat +10, Lum +23





Color Mix

Yellow: Hue +28, Sat -28, Lum +21
Orange: Hue +100, Sat -90, Lum +100






Color Mix

Blue Sky: Hue +30, Sat +17, Lum +17
Blue Sea: Hue -24, Sat +12, Lum 0




Last sekali sebelum save klik Create Preset dan namakan Green Turqoise supaya lepas ni senang boleh masuk filter dan jimat masa nak edit. Setiap gambar akan berikan result berbeza bergantung lightning dan kualiti gambar. Tapi kalau macam kurang okay tu boleh adjust yang mana patut. Insyallah kalau banyak masa Miela akan share tutorial lightroom filter lain pula