Friday, December 27, 2019

Review Filem: Ejen Ali: The Movie



Salam Readership. Minggu lepas plan last minute Miela dapat berpeluang tengok Ejen Ali : The Movie. I tengok memang first time tanpa tengok series Ejen Ali sebelum ni. Tapi berdasakan review rakan sosial media yang lain memang semua kata best.

Sinopsis
Ejen Ali semakin cergas dengan misinya di MATA. Tetapi, konflik timbul apabila Ali tahu bukan lagi dia seorang sahaja yang mampu menguasai IRIS. Kini MATA telah menaiktarafkan IRIS kepada IRIS NEO yang akan dijadikan peranti asas bagi semua ejen. Ini membuatkan Ali persoalkan kegunaannya di MATA. Ketika ini, seorang individu bernama Niki mendekati Ali dan mendakwa dia tahu sebab kehilangan ibunya. Sekarang, Ejen Ali perlu lakukan misi aksi dan merungkai misteri ini yang mengancam bandar Cyberaya, serta pertaruhkan kesetiaan kepada MATA sebelum terlewat.

Ulasan
Walaupun tak tengok series Ejen Ali musim pertama dan kedua still boleh follow movie ni. Apa yang Miela boleh katakan I'm so proud dengan industri  animasi dekat Malaysia makin bagus. Dari segi grafik memang warna terang dan detail sampai setiap helaian rambut animasi boleh nampak.  Scene yang I suka masa dia jumpa mak dia dalam IRIS. Movie ni pun ada vibe anime, so sapa suka anime espcially Naruto mesti senang follow cerita ni. Lagu soundtrack pun best, sekali dengar dah suka. Of course banyak aksi dan tak klise. And plus ada plot twist yang boleh korang emosi. Kalau hampa tak tengok kena juga tengok sebab memang best. Lepas je habis I sambung marathon tengok series dari musim 1 sampai 2. Now rasa macam tengok balik movie dia 😆

Rating
5/5

Last Miela belanja part rap lagu Bukalah Matamu dalam sountrack Filem Ejen Ali: The Movie

Tuesday, December 24, 2019

Review Susu Pisang Nilofa

Salam Readership. Finally secara tak sengaja dapat juga merasa Susu Pisang Nilofa ni. So kali ni buat entri ringkas tentang Susu Pisang Nilofa. Kalau korang nak tau harga dia cuma RM4.90. Bagi Miela murah berbanding susu pisang berbanding yang Korea punya yang ada kat Malaysia ni. Susu senang je nak dapat, cari kat social media agent terdekat dengan rumah hampa Insyallah boleh dapat.


Dari segi packaging nampak menarik. Jarang-jarang packaging air minuman manis warna biru terang macam ni, tapi dia still ada attraction tersendiri. Pastu nak pegang macam best je. Hat packaging depan ada tulisan Korea, banana uyu means susu pisang.


Belakang packaging ada detail kandungan dalam susu pisang. Kena teliti dekat arahan simpanan yang susu ni kena habiskan dalam masa 24jam selepas dibuka

Selepas minum
Waktu Miela minum dalam lepas bukak puasa. Susu pisang Nilofa ni sedap tapi dia macam tak memenuhi expectation maybe Miela memang hantu susu pisang Korea. Miela sebelum ni memang banyak minum susu pisang Korea, ataupun rasa tersebut dipengaruhi dengan perasaaan tak boleh move on feeling minum susu pisang masa kat Korea haha. Susu Pisang Nilofa memang rasa sedap dan rasa pisang memang kuat cuma rasa sesoft or creamy sikit macam susu I dah biasa minum. Pastu I tak rasa addicated nak minum lagi huhu.

But ada kawan-kawan dah minum sama Miela, kata sedap dari susu pisang Korea and rasa nak repeat sebab murah. Maybe susu ni lain sikit sebab campoq vanila kot. Tekak orang lain-lain kan hehe. Tapi jangan salah faham, Susu Pisang Nilofa sedap cuma tahap kepuasan I tak sampai huhu. Tapi korang kena lah try susu pisang versi Malaysia ni okay.

Sunday, December 08, 2019

Makan di Mykori Bayan Baru, Penang

Salam Readership. Dah lama tak update blog. Susah nak cari masa nak update blog sibuk part time bisnes, kerja pula sekarang cuti sehari je. So sekarang I curi masa nak update walaupun cerita bulan lepas punya cerita hihi.

Actually kan I dah lama teringin nak ais kacang Jepun tapi masa tu takde kat penang. Bila dah ada kat Penang tak pergi-pergi pun. Lastly after a few month baru pergi. So I pergi Bayan Baru punya kebetulan dekat juga dengan rumah sewa kawan I tu.


Tempat dia tersorok sikit, jenuh cari last-last pakai waze terus jumpa. Sebab Mykori dekat belakang jalan. Masa kami pergi tak ramai orang, mungkin sebab masa tu tengah bulan kot haha.

Kalau nak order dia kena pergi kat kaunter terus, pastu bayar and ambik nombor. Macam kita pergi dekat Tealive juga. I tought makan MyKori tapi harga pun berpatutan kalau ambil ais kacang mini. Menu-menu kat MyKori korang nak usha boleh ke klik MyKori Menu


Untuk 3 dishes, total RM33 je. Cukup makan untuk dua orang sebenarnya walupun ambil hat kecik.


First yang ikan tu, nama dia Chicken Slice & Cheese Teriyaki harga RM7 tu isi dia slice ayam campor cheese memang sedap. Second tu my favourite sampai hari ni tak boleh move on tu, Kenko Kakigori ambil hat yougurt memang sedap dan menyehatkan. Harga RM13 penuh dengan kacang dekat mangkuk tu. The last Chocoreo Kakigori ais kacang Jepun perisa oreo coklat memang sedap, Ice memang halus, kongsi dua orang pun cukup.



Sambil tu sebelum nak makan sempat lagi bergambar hihi. Jadi kalau korang nak try Mykori boleh ke website atau ig Mykori untuk tahu lokasi berdekatan dengan rumah korang. Siapa yang pernah or belum makan desert dekat MyKori bolehlah komen dekat entri di bawah yer.