Thursday, September 21, 2017

Review Pecal Lele Ibu Aminah, Relau Bayan Lepas

Salam Readership. Siapa pegemar Pecal Lele kat sini? Angkat tangan! ✋. Actually dulu-dulu tak kenal Pecal Lele ni. Ingatkan makanan tu daripada Kelantan rupanya dari Indonesia 😅. Noob betul, haha confident je ingat makanan dari negeri lain. Tapi sekarang Miela memang dah jadi pegemar Pecal Lele 😋.

Pecal lele Ibu Aminah, Relau

Lepas habis study USM, memang rindu jugak dengan Pecal Lele Relau. Sebab study kat Penanglah Miela kenal makanan Pecal Lele dari Indonesia ni. Macam-macam Pecal Lele Miela pernah makan disini. Tapi hat kat Pecal Lele kat Relau paling sedap meh kat penang. Minggu lepas Miela berkesempatan singgah lagi Pecal Lele, Relau ni masa mai penang. Haha kelakarnya sebab dah banyak kali makan kat sini, baru nak review 😂.

Pecel Lele Relau atau dikenali sebagai Pecal Lele Ibu Aminah ni berdekatan dengan Kolej Komuniti Bayan Baru. Kalau hampa waze, confirm jumpa punya. hehe. Situlah port budak USM lepak makan tengah hari. Kalau study kat USM, wajib tau try Pecal Lele ni.



Selain jual Pecal Lele, Ibu Aminah jual pelbagai jenis makanan Indonesia seperti gambar di atas tu yer. Antara menu lain hampa patut try ialah Pecel Ayam dan Bakso. Memang sedap sangat. Orang duduk area Bayan Baru memang rugi kalau tak rasa makanan kat warung Ibu Aminah.



Tadaaaa makanan dah sampai. Ketika entri di taip pun, rasa nak je lagi makan Pecal Lele ni. Tapi tu la, sekarang duduk di Perak. Susah sikit nak makan Pecal Lele Relau ni selalu huhu. Apa-apa pun Miela memang recommended untuk hampa try Pecal Lele Reay, Bayan Lepas ni. Worth to try. Miela bagi 5 bintang 🌟🌟🌟🌟🌟 untuk Pecal Lele Ibu Aminah