Friday, February 21, 2020

10 Idea Hadiah Kahwin yang boleh beli di SHOPEE

Bila terlalu banyak undangan kahwin, pastinya ada keinginan nak bagi hadiah kahwin buat kawan-kawan atau family yang bakal medirikan rumah tangga. Tapi lama-lama tu takkan nak bagi hadiah sama jer?.Tambah pula bila takda masa nak keluar, sekarang semua boleh beli di online.

Jadi entri ni Miela nak share 10 Idea Hadiah Kahwin yang boleh beli di Shopee. Serius hadiah yang I suggest ni pun pernah bagi kat kawan dan kawan cakap memang suka hadiah tu. So baca entri ni sampai habis tau. Dan kali ni idea-idea lain dari hadiah kahwin kita biasa orang dok bagi.

1. Hanging stand

Link : https://shopee.com.my/12-Hooks-Hanging-Pole-Hanging-Stand-i.37017384.560918264

2. Hair Dryer


3. Ironing Board


4. Periuk Kukus


5. Mop


6. Rak Ikea


7. Pan Grill


8. Air Humidifier


9.  Rak Besi


10. Dapur Gas


Kebanyakan hadiah kahwin semuanya berpatutan dan sangat berguna untuk baru mendirikan rumah tangga. Kalau ada idea lebih boleh komen kat bawah yer. Bagi yang baru pertama kali guna Shopee boleh guna code baucer  CIKMI254 untuk dapat RM8 OFF untuk pesanan pertama kali.

Sunday, February 09, 2020

Cara dapat RM8 PERCUMA untuk Touch N Go eWallet



Seriuoslah dapat RM8 FREE lagi???, baru je dapat RM30 free. Uolss kalau nak tahu kena baca entri ni sampai habis tau. Hari tu dok nampak lalu kat wall facebook 7-Eleven Malayasia boleh dapat RM8 bila reload dengan nombor no pin yang depa beri. Mula-mula buat tak tau, last-last I try kot dapat.

Unfortunately Miela try memang tak dapat maybe sebab bukan first time user dan juga pernah dapat RM8 percuma masa awal-awal e-Wallet dilancarkan dulu. Tapi bila try kat kawan I dapat sebab dia baru download Touch N Go e-Wallet tahun ni. Jadi hampa kena try tertutamanya baru guna kotlah dapat hehe.


Cara-cara untuk dapat RM8 PERCUMA:

1. Buka apps Touch 'n Go eWallet
2. Tekan Reload
3. Pilih TNG reload pin
4. Masukan code " TNGJG7N1"

p/s; Boleh cuba mana tahu dapat, lepas beli barang 7eleven tu. Kalau dah berjaya buat jangan lupa komen. Kalau tak dapat bukan rezeki hehe

Sunday, January 26, 2020

[KINI TRENDING] - #CoronaOutBreak di Twitter




Virus Corona semakin mencetuskan kebimbangan seluruh penduduk dunia, semakin hari semakin banyak angka yang dijangkiti meningkat. Malah negara terlibat bukan sahaja China, Thailand, Japan, South Korea, Singapore termasuk Malaysia.

Virus Corana dipercayai bermula disebuah pasar yang menjual haiwan eksotik untuk dimakan, dikatakan punca terjadinya wabak virus di Wuhan. Mengikut data sehingga hari ini sudah 41 kematian dicatatkan. Bagi nak tahu apa perkembangan terkini tentang virus corona, Miela share sedikit tweet yang popular tentang #CoronaOutBreak.



dikatakan pemandu uber di China mengambil langkah berjaga-jaga dengan pemakaian pakaian tertutup dan menyediakan hand sanitizer bagi mengelakan wabak berjangkit



Cara memakai mask yang betul



Suasana panik di China disebabkan virus Corona



Infographic Virus Corona sehingga 26 Jan 2020 


Pembinaan Hospital segera dalam masa 6 hari demi menampung pesakit wabak virus corona 

Dan banyak berita tentang virus corona. Jadi untuk masa sekarang cuma kita boleh jaga berjaga dengan sentiasa menjaga kebersihan dan kurangkan aktiviti luar. Marilah kita berdoa semoga wabak corona akan dapat penawar secepatnya daripada terus merebak.


Sunday, January 19, 2020

Akhirnya E-Tunai Rakyat RM30 berjaya masuk ke acc Touch 'n Go eWallet

Pada 15 hari bulan 2020, semua rakyat Malaysia berpeluang untuk redeem e-Tunai percuma RM30 melalui 3 aplikasi e-wallet iaitu Touch 'n Go , Boost dan Grab . So Miela tak kecuali nak tebus RM30 tu, jadi Miela pilih Touch 'n Go eWallet untuk tebus sebab Touch 'n Go banyak tempat boleh pakai then ada pulak cashback sehingga RM30.

Masa hari kejadian nak tebus tu apps Touch 'n Go problem sikit sebab high traffic since ramai rakyat nak tebus so memang tak dapat claim. Memang try banyak kali dah dari pukul 8 pagi, tak boleh juga. Lepas tu dah lewat petang sikit baru Miela cuba balik. Barulah boleh. Tapi baru takat process verifed account pada 15 Januari tu, duit tak masuk lagi.


Dan semalam, 18 haribulan baru duit e-Tunai masuk RM30 selepas 3 hari. Hehe apalagi terus beli barang kecil-kecil. Walupun sikit, untuk hujung bulan rasa bermakna juga. Pilihan tempat untuk tebus ialah Guardian. Jeng-jeng barang dah grab hasil duit redeem E-Tunai tadaaa.


So, Miela beli sunblock, wet tissue dan happy mask. Memang tak sampai RM30 pun guna, takat paras RM20 lebih je. Sebab nak try claim cash back RM5 untuk transaction kat retail store Guardian tu. Kemudian lebih baki Miela top up RM10 untuk guna bayar parking kereta MPSP lepas dapat cashback RM5. Cashback RM5 terus dapat laa tu jugak tau. So situ boleh jimat sebab dapat RM10 cashback kesemuanya selepas topup untuk parking RM20.


Ada lagi RM20 nak claim cashback RM5, tapi not sure boleh dapat lagi ke tak untuk next. Sebab limited untuk 1 juta orang. Tapi dah dapat cashback RM10 pun dah bersyukur dah hehe. Next boleh guna lagi Touch 'n Go e-Wallet untuk promosi lain, sebab  Touch 'n Go eWallet memang sentiasa offer promosi yang best kita boleh tebus. 

Friday, January 10, 2020

KISAH BENAR: Hampir diSCAM dengan Bank luar negara

Salam Readership uolss. Tujuan Miela taip entri ni nak kongsikan kepada korang kisah hampir kena scam, supaya korang mungkin tak kena scam dengan satu penipuan dari bank luar negara. Macam-macam cara depa boleh buat ada kena ugut, hantar melalui virus la, curi duit dalam acc bank dan lain-lain. Nasib yang Miela kena tak serius sangat kesnya.

Alkisahnya ada satu customer DM di IG shop Miela, Ladya Attire . Mula-mula macam pelik cara ayat english tapi macam skema sikit. Plus tengok IG tak banyak follower. Tapi kita layankan jelah kotlah customer tu nak beli. 

Mula-mula awal-awal scammer nak scam

Jadi Miela pun whatsapp dia, hantar gambar baju, detail semua. Senang giler close sale terus nak beli baju. Tapi I still pelik dia Whatsapp dalam english je walaupun Miela balas dalam bahasa Melayu sebab nak uji dia 😂. Tapi dia macam faham je. 50 50 nak layan customer ni, kebetulan DP whatsapp memang muka orang melayu kita. Sampailah bila bagi nombor acc. Surprisingly dia cakap dah payment hantar melalui email Macam dibawah ni

Sempat share conservation yang ni sebab terdelete all sebab masa tu kalut nak block customer ni

Jadi bila dia cakap dia hantar resit melalui email, ayat dia pelik macam dia buat bisnes pulak kat kita. Nampak formal sangat. Kalau trend kita kat Malaysia beli dalam whatsapp taklah formal pun. Dah pelik dah ni terus check email. 


Tiba-tiba rajin pulak payment payment RM700. Bank pun tak kenal


Mula-mula blur juga kenapa dia nak bayaq RM700. Check dalam bank acc takde masuk RM700. Bila baca dalam email rupanya duit RM108 takkan dapat kalau tak refund RM592.00. Suka suki dia je suruh refund balik sebab bayaq terlebih 😂. Bila dapat nasihat dari kawan semua, Miela ambil keputusan buat tak tau jelah sebab duit tak masuk pun haha. Dan ambil keputusan terus block customer ni. 

Jadi lepas ni kalau jumpa customer pelik-pelik ni buat tak tau jelah. Tapi tulah gambar sapalah scammer pakai. Macam-macam scammer buat hal. Nasib bukan cara ekstrem dia nak ambil duit kita. Jadi apa-apa sentiasa berhati-hati lepas ni.


Sunday, January 05, 2020

The TOP, Komtar Penang

Salam Readership. Hari ni genap seminggu dah kitaorang pergi ke The TOP, Komtar Penang. Tak plan langsung datang sini. Tapi sebab Wonderfly , kita orang last minute plan untuk weekend 2019 jadi wonderful and amazing. Nak tau, kena baca sampai habis.

The Top Komtar terletak dalam bangunan Komtar itu sendiri dimana korang boleh masuk ke kaunter Tingkat 6 untuk masuk. Tapi sebab Wonderfly, tak payah beratur lama-lama scan QR code pastu terus masuk. Sebab kitaorang dah booking awal hihi. 

Kuanter tiket tingkat 6
Kami pergi The Top Komtar untuk pakej Windows of the TOP & Raibow Skywalk sahaja. Nak tengok-tengok pemadangan penang dari atas Komtar.

Lepas ke kaunter tiket, akan dapat dapat wristband macam ni

Mula-mula untuk ke skywalk kitaorang dibawak oleh staff The TOP ke tingkat 65 Observatory Deck. Masa tu diorang dibriefing tentang sejarah pembinaan the TOP and rules-rulesnya. Tingkat 65 cuma boleh tengok dari tingkap dan bukan open view macam skywalk. Tapi tempat ni pun boleh buat spot bergambar haha. Sini boleh buat aktiviti ekstrem The Gravityz tapi kena bayar.

Pemadangan dari Observatory Deck, Tingkat 65
Kemudian kitaorang ke tingkat 68 untuk ke Skywalk. Bila nak ke Skywalk akan lalu restaurant yang cantik tu. Harga tak pasti berapa ye, sebab tak makan kat sini 😆




Sinilah Rainbow Skywalk. Kenapa rainbow?. Rasanya sebab dia bentuk rainbow kot haha. Nak lalu kat Rainbow Skywalk ni kena beratur dan kena pakai shoes cover. Kat sini hampa boleh stay 5 minit ja. Kalau nak lama lagi kena sambung beratur untuk masuk balik.



Nampak tak bawah tu, Rasa terapung kat udara je. Nasib bai ioulss tak gayat, lagi suka adaa 😂

Ootd tepi skywalk. Kat sini pun boleh nampak laut


Kat area sini ada meja dan sofa untuk relax sambil tangkap gambar. Nak pusing satu The Top puas-puas pun boleh

My signature post 😆

Tempat ni orang panggil the luckiest Chair. Tak tau lah untung ke tak. Yang penting percaya apa yang Tuhan bagi semua the best planning.


Paling best dapat tengok sunset dari The Top

Sebenarnya ada kisah dekat The Top ni. Kitaorang dah seronok sangat bergambar dekat The Top mengunakan dslr. Bila dah turun bawah keluar kaunter aisehhh baru teringat yang kitaorang tertinggal bag dlsr dengan lens. Nasib staff the Top sangat membantu. Dorang contact staff the Top yang jaga kat Skywalk untuk cari barang kami yang hilang. Akhirnya jumpa juga tak sampai 15 minit, nasib baik. Memang staff management dorang memang top macam nama tempat tu jugak.

Kalau korang datang Penang, jangan lupa singgah The Top. Tambah-tambah pulak memang satu bangunan Komtar, mercu tanda Pulau Pinang. Nak tahu tempat yang best-best lagi kat penang dan nak offer tiket harga yang best boleh ke website Wonderfly okay.

Saturday, January 04, 2020

Novel dalam Kampung People benar-benar wujud?

Drama komedi popular awal tahun 2020 tak lain tak bukan Kampung People yang setiap kali tayang di TV3, malam tu mesti trending dekat Twitter. Kampung People sekarang memang betul-betul trending, tak kira dekat mana-mana media social mesti viral tentang babak-babak dalam Kampung People. 

Apa yang menarik tentang Kampung People adalah novel-novel yang diberikan oleh Ejen Syukri kepada keluarga Razif dengan tajuk yang agak kelakar seperti Laut, I Miss You, PinjamkanLah Suamimu, Pulangkanlah Suamiku dan lain-lain. Novel yang kerap dibaca salah satu watak iaitu Yummy betul-betul menarik perhatian netizen rupa-rupanya wujud di dunia nyata. Betul ke??









Sumber-sumber gambar ni diambil daripada Shahril Sarjen aka Badrul Bisu juga berlakon dalam Kampung People. Kalau korang nak tau gambar penulis tulah Badrul Bisu lah. Sampai ada netizen tercari-cari novel kat mana nak beli. Katanya nak tau apa ending Darwish yang tertukar otak tu 😂. Apa pendapat korang, adakah novel-novel dalam Kampung People benar-benar wujud?. Atau sekadar sebagai props dalam drama?

Thursday, January 02, 2020

Zombie Cookies Red Velvet: Sedap Ke?

Hai uolss. Selamat tahun baru. Bila gaji dah start masuk, inilah masanya nak laksanakan wishlist tak tertunai. Before this teringin nak rasa Zombie Cookies since nampak viral dekat Twitter. Nampak macam sedap, and rare sikit Zombie Cookies ada jual kat Watsons.


Yang Miela cuba Zombie Cookies Red Velvet. Masa beli kat Watson tengok macam tak banyak dah. First impression rasa macam mahal RM14.90, tapi sebab nak cuba pejam mata jelah haha. But surely after uollss rasa hampa akan buang impression yang mahal kepada berbaloi



Produk Zombie Cookies buatan tempatan. Bangga wei produk tempatan masuk Watsons. Zombie Cookies juga boleh didapati agent-agent berdekatan kawasan rumah korang.


Bila buka ja packaging, rupanya banyak juga cookies bukan banyak angin yer. Paling best packaging ada ziplock, senang nak bukak tutup tak payah ikat pakai getah. Dah nama red velvet cookies, mestilah warna merah yer. Dari segi tekstur memang tak keras dan tak lembut. Rasa memang sedap, dia tak manis tapi memang cukup rasa. Sebab sedap sangat nak makan pun sayang haha takut habis cepat. I ambil masa 1 hari setengah nak habis cookies ni. Definitely akan repeat lagi!


Zombie Cookies
Facebook : Zombie Cookies
Instagram: @zombiecookies