Wednesday, December 16, 2015

Semester 5 dah nak habis



Salam Readership. Faham-faham lah korang, bila sibuk dengan kehidupan universiti memang tuan blog ni jarang mengupdate blog. Geram tau, banyak cerita nak letak dalam ni, tapi masa takda. Sampai minggu terakhir kuliah, barulah ada masa nak update. Inipun nak update cerita ringkas-ringkas sahaja.

Kalu boleh semua nak cerita dari suprise birthday, pergi escape, pergi makan-makan, karenah anak buah, pergi pantai semua tu. Boleh kata A sampai XYZ Miela nak ceritanya. Erm, tunggu cuti semester lah kot nak update story. 

Dalam minggu terakhir kuliah ni, Miela cuma ada 2 kelas sahaja. Hoho untung kan kelas dah habis awal. Sekarang ni memang takda kelas, Jumaat ni baru ada last kelas. Merepot sekejap 2 hari tunggu last class. Lepas tu start study week kemudian final exam. 


Maka inilah jadual exam Miela. Bestlah jugak, ada gap sedang-sedang gitu. Kiranya 2 subjek ada satu minggu. Ada masa nak study, study week rasa tak cukup nak study actually T.T. Agak sadis semester ni sibuk dengan urus sekretariat sampai tak sedar semester dah nak habis. Sampai tak sedar, sebenarnya semester aku belajar apa ek?, lost jugak. Tapi nasib baik mid term mark tu boleh tahan la, not so good, not bad. Tapi perlu banyak improvement

Doakan kan terbaik untuk Miela menghadapi final exam yang mendatang ni. Terangkan hati dan minda masa nak jawab soalan final ni. Risau juga, tak start study apa lagi. Baru semak-semak nota dan chapter apa nak kena study ni. Nanti lepas habis exam, tinggal 3 semester to go before graduation. Ok tak sabar nak sebenarnya nak habis study walapun lambat lagi haha. 

Wednesday, November 11, 2015

Handphone hilang


화요일, 11월 10일

오늘 슬프해요,
오전 아홉시에 백화점 갔어요
10 물병 샀어요
그러면, 핸드폰  실종해요

Salam readership. Eh intorduction dah pakai ayat korea. Hehe saja practice taip tulisan korea, sebab semester ni ambil bahasa korea level 2. Practice make perfect gitu. Sebenarnya maksud tulisan korea ayat basic cerita secara ringkas bagaimana handphone boleh hilang. Taip ayat korea yang basic ja mampu hee. Sebut pasal handphone sedihlah pulok, hmmm.

Oklah mehlah Miela cerita, walaupun sebenarnya tak boleh move on pasal kes ni. Kisahnya di suatu pagi, semalam. Semangatlah pagi-pagi bersiap nak serang 7Eleven, yelah ada promotion barang terpilih just  RM 1. Siapa taknak kan?. So, merempitlah sampai ke 7Eleven. Dapat beli 10 botol air, 7 Lipton, 3 Yeo's.

Sampai rumah ja, cari-cari phone dah hilang. Call pun terus takdapat dihubungi. Macam mana phone boleh hilang?? Misteri~. Kali terakhir Miela pegang phone lepas beli barang, duduk atas motor sat sambil check Whatsapp. Kemungkinan besar handphone jatuh semasa bawa motor pulang ke rumah. Hmm gitulah cerita dia.




Handphone yang hilang ialah Sony Xperia Z. Sedih sebenarnya phone ni hilang, dah beli pakai duit biasiswa *Opsss hehe. Miela suka sangat phone ni sebab kualiti gambar sangat best, rakam video pun cantik ja gambar. Memang kalau nak pakai phone ni sampai rosak la, sebab phone ni puas hati.


Biasanya benda yang hilang, pasti ganti yang baru kan. So memadangkan komunikasi sangat penting zaman sekarang, nak taknak kena ganti baru. Sekarang ni pakai Asus ZenfoneGo ja mampu beli, nak ganti sebijik sama yang hilang duit pulak tak ada. Tunggu nanti kerja, nak beli Xperia Z, maybe Xperia Z 8 9 10? haha. Ok itu sahaja kisah handphone hilang, huhu. 

Saturday, November 07, 2015

Mengapa kita perlu berniaga??



Salam readership. Hari ini Miela nak share sedikit tentang keperluan berniaga. Seperti kita sudah tahu Islam sememangnya menggalakan umatnya berniaga kerana perniagaan mampu mengubah kehidupan seseorang. Bahkan dalam hadis juga menyebut 9/10 pintu rezeki datangnya dari berniaga

Kita lihat hari ini, kos sara hidup semakin meningkat. Nak mengharapkan gaji yang sedia ada belum tentu cukup. Walhal kalau kita nak naik gaji, perlu  ada prestasi kerja yang memberasangkan dan mengambil masa yang lama untuk dinaikan pangkat. Lain pula bila kita menjalankan perniagaan. Lagi tinggi usaha kita dalam sesebuah perningaan maka Insyallah rezeki kita bertambah. Itu semua bergantung dengan usaha kita. 

Secara umumnya, menjalankan perniagaan merupakan perkerjaan yang sangat fleksibel. Kebaikannya kita boleh lihat seperti:

1. Menjadi Bos Kepada Diri Sendiri.
2. Bebas Menentukan Tempat Kerja.
3. Bebas Menentukan Masa Untuk Bekerja
4. Makin Tekun Usaha, Makin Banyak Pulangan.
5. Boleh Menjalanakan Perniagaan Berdasarkan Minat Sendiri
6. Kebanyakan Orang Kaya Adalah Peniaga



Usahawan.com merupakan flatform untuk sesiapa yang inginkan memulakan perniagaan. Ia terjamin selamat dan 100% dari milik Bumiputera. Ushawan.com juga merupakan projek keusahawanan rakyat Malaysia yang sesuai dengan standard dan citarasa pasaran tempatan. 

Pakej Perniagaan Yang Ditawarkan usahawan.com



Termasuk:
- Pakej Perniagaan Instant Business Card
 - Pakej Perniagaan Button Badge (Pin Button)
- Pakej Perniagaan Pvc Id Card, Kad Matriks Dll
- Pakej Perniagaan Cetak Mug Mug Press
- Pakej Perniagaan Cenderahati Silhouette Cameo Cutting Plotter
- Pakej Perniagaan Sticker Cutting Plotter
- Pakej Perniagaan Cetak T-Shirt Heat Press
- Pakej Perniagaan Flash Stamp
- Pakej Perniagaan T-Shirt & Cenderahati






Termasuk:

 1. Pakej Perniagaan Crispy Crepes
Merupakan makanan segera orang Mexico. Terdiri daripada inti seperti ketulan ayam berempah, sayuran sos istimewa yang digulung oleh roti yang istimewa. Pelbagai sayuran boleh juga boleh ditambah termasuk aiskrim mengikut citarasa orang Malaysia.

2. Pakej Perniagaan Kentang Spring
Revolusi perniagaan kentang yang terkini sebagai alternatif  bagi “French Fries”.  Kentang Spring ini digoreng dan kemudiannya dicampur bersama sos cili bersama mayonis serta perisa pilihan seperti BBQ, Tomyam, Cheese dan lain-lain.

3. Pakej Perniagaan Pop Corn + Kiosk Beroda
Popcorn adalah snek ringan yang diperbuat daripada bertih jagung. Ia cukup digemari oleh segenap lapisan masyarakat dari anak-anak hingga dewasa.

4. Soft Ice Cream Machine
Penggunaan mesin aiskrim mula berkembang seiring dengan kewujudan restoran makanan segera seperti KFC, McDonald’s, Burger King dan sebagainya. Kejayaan McDonald’s dengan aiskrim kon yang menyebabkan pelanggan beratur panjang untuk mendapatkannya, menjadi bukti utama keberuntungan berniaga aiskrim.

5. Pakej Perniagaan Bubble Waffle
Bubble Waffle merupakan olahan daripada Waffle dan teksturnya lebih menyerupai bubble. Untuk rasa Bubble Waffle yang lebih enak cadangan tambahan topping seperti Peanut Butter, Kaya, Apple, Oreo, Strawberry dan lain-lain.

6.Pakej Perniagaan Classic Waffle
Kepelbagaiaan resepi dan menu yang boleh diubah dan diolah mengikut selera masing-masing membolehkan Waffle menjadi kegemaran segenap lapisan masyarakat. Para pelanggan sudah tentunya akan tercari-cari sesuatu yang berbeza dan sedap.

7. Pakej Perniagaan Waffle Stick
Menawarkan Waffle berbentuk lain daripada yang lain dengan meletakkan intinya di dalam waffle. Resepi menu ini boleh diubah dan diolah mengikut selera masing-masing membolehkan Waffle Stick menjadi kegemaran segenap lapisan masyarakat

Dan Lain-lain



Menarik kan?.  Sangat berbaloi jika menjadi rakan niaga usahawan.com kerana harga pakej yang ditawarkan sangat berpatutan. Jika berminat dan memang tercari peluang perniagaan mampu milik ni boleh ke website usahawan.com atau pergi ke cawangan yang berdekatan seperti gambar dibawah.










Saturday, October 31, 2015

Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe

Salam Readership. Eh bulan 10 takda entri lagi?? Ok hari ni Miela tambah entri baru dipenghujung bukan Oktober. Huhu susah betul nak curi masa nak update blog sekarang ni.



Ini minggu lepas punya cerita. Nasi 7 Benua dah lama Miela mengidam dari semester lepas. Tapi asyik-asyik plan tak jadi. Padahal Nasi 7 Benua ni dekat je dari USM, just 15 minit perjalanan. Bila dah ada bawa motor kat U, apa lagi bila ada masa free merempit terus ke restorant ni.

Punya gegeh lah balik dari Bukit Jambul dengan roomate, time tu dah macam nak hujan. Masa perjalanan tu hujan tiba-tiba nasib tak lebat, basah sikit je. Sampai sana, tengok-tengok ramai orang pulak. Kebetulan waktu tu, waktu tengah hari. No wonderlah ramai lunch kat situ. Ambik masa 30 minit juga beratur tunggu turn. Dan akhirnya penantian Nasi 7 benua...............


Ini Miela punya

Ini roomate punya

Harga Nasi 7 Benua sangatlah BERPATUTAN. Harga sepinggan Nasi 7 Benua bergantung kepada lauk yang kita ambil. Hari tu bayar sepinggan dapat RM6.50 kalau tak silap dapat lauk ayam goreng dan ikan bilis . Nasi dengan lauk dia memang sedap. Dok sebut-sebut Nasi 7 Benua, tahu tak apa jenih nasi dalam tu??.  Dalam Nasi 7 Benua ada 7 nasi iaitu nasi putih, nasi lemak, nasi tomato, nasi lamuni, nasi minyak, nasi kacang dan nasi hujan panas. 

Bagi yang nak merasa Nasi 7 Benua, mohon google atau waze ekk?? haha. Nasi 7 Benua terletak dekat Sungai Ara jalan ke Bayan Lepas, restorant dia tepi jalan sahaja. Nak cerita lebih-lebih, ceq tak tau nak terangkan macam mana. Boleh like juga di page Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe untuk maklumat lanjut.

Monday, September 28, 2015

Surat cinta dari ????



Salam readership. Alhamdulilah ada juga ruang masa nak update blog ni. Sejak ada jawatan ni, memang agak sibuk sedikit. Kena bahagi masa dengan study lagi kan. Walaupun korang tengok orang ada jawatan sentiasa sibuk, penat semua tu tapi seronok sebenarnya. Bila kita aktif di Universiti, memang kita akan kenal ramai orang. Wujudlah ukhwah disitu. Takdelah balik kelas terperap dalam bilik je pastu just kenal coursemate je. 

Kite segan nak bagitau jawatan apa, bukan bangga pun. Jawatan kecik-kecik je huhu. Tapi sebagai pemulaan cerita untuk entri ni. Takda permulaan, takdalah pertengahan dan ending ceritanya dok?. Miela pegang jawatan sebagai Ketua Kluster Air dalam sekreteriat Kampus Sejahtera. Dalam KS, ada 6 kluster seperti Air, Pengurusan Sisa, Kesihatan, Biodervisiti, Agrotecture dan Kecekapan Tenaga. Secara ringkasnya KS ni satu badan di USM yang memperjuangkan agenda kelestarian supaya warga kampus mengamalkan gaya hidup lestari.

Dalam setiap kluster ada anak-anak buah. Lagi ramai ramai anak buah, lagi banyak cabaran nak kena hadapi. Lepas anak buah baru isi borang daftar sebagai sukarelawan KS, dibahagikan masuk mengikut kluster ditetapkan maka adalah perjumpaan pertama. Campur ahli lama dengan ahli baru dekat 200++ ahli. Glup!! telan air liur. Berdebar jugak, macam mana aku nak urus budak-budak ni?. Tapi demi tugas, kasi rendah jelah hahaha.

Maka Isnin minggu lepas Miela buat meeting dengan ahli kluster. Perkenalkan MT dan bahagi projek adalah agenda dia. Sementara nak tunggu orang yang baru habis kelas malam, Miela buat aktiviti sedikit. Saja nak lenggahkan masa sementara tunggu ahli lain. Aktivitinya, Miela minta depa ni ambil kertas tulis tentang kelestarian Air. Haa awal-awal dah bagi kerja, hahaha. Dan hasilnya..........

Selonggok kertas

Macam-macam jawapan depa tulis, ada yang tulis 4 5 patah perkataan je.  Ada yang tulis macam karangan pun ada. Miela tunjuk sedikit beberapa kertas yang Miela dapat. 

Ayat bawah sekali tu comel betul. Bangun pagi siram pokok bunga yer.
Kertas banyak ruang kosong, tulis 7 patah je. Akak tak suruh bazir kertas dik


Good answer
The last one. Walaupun jawapan ada lari sikit, tapi jawapan ni agak panjang dia beri.

Sebenarnya takda surat cinta sangat pun haha. Surat cinta dari anak-anak buah jer. Mimpi dapat surat peminat selonggok macam tu. Tapi dari survey surat "cinta" yang Miela dapat, rata-rata depa faham Kelestarian Air = Jimat Air. Betul juga jawapan tu tapi kurang tepat. Kelestarian Air bukan semata-mata jimat air juga merangkumi cara pengunaan air secara berhemah tanpa mencemarkan alam termasuk melidungi, menjaga dan memanfaatkan pengunaan air yang betul. 

Saturday, September 19, 2015

Ais krim kelapa Sangkaya

Salam Readership. Cuti hari Malaysia lepas, memang takda kelas. Nak buat assignment, minggu-minggu awal memang takda keja sangat pun. Queensbay antara mall paling dekat dengan USM, jadinya Miela menghabiskan cuti Malaysia disana kuikui.

Seperti biasa asal pergi Queensbay mesti nak tengok wayang. Lepas tempah tiket wayang ada masa lagi sejam setengah tu Miela decide dengan kawan pergi ke floor bawah sekali nak makan untuk alas perut gitu. Tetiba terjumpa satu kiosk, SANGKAYA. Rupa-rupanya depa jual aiskrim kelapa. Susah nak jumpa orang jual aiskrim kelapa ni. Bagi Miela agak rare jugak aiskrim kelapa ni.



Sebenarnya Sangkaya dah lama wujud dan femes, kami ja noob tak tau benda ni haha. Mungkin sebab sebelum ni Sangkaya kedainya wujud kat KL je, Penang takda pun. Tapi sekarang ni kat Penang pun dah ada. Sempat lagi Miela tanya kat orang yang jual aiskrim dah bukak berapa lama?. Dia kata baru je bukak. Tapi kat Queensbay dia bukak cuma 1 month trial after that dia akan bukak di Gurney Plaza Penang. So siapa yang dok dekat dengan Queensbay mai serbu cepat nanti dia pindah kat Gurney Plaza kempunan pulak nanti sebab jauh. Ala jauh sikit ja pun hehe.





Ini dua aiskrim yang kami order kat Sangkaya Queensbay. Dia ada jual 3 jenis Cone, Cup and Signature. Kami beli hat Signature 4 scops for 3 topping dengan harga RM10.50 kalau tak silap. Topping ada macam-macam jenis seperti kacang, coklat, jagung, kacang merah dan lain-lain. Aiskrim ni memang sedap sangat, plus bila kita makan aiskrim ni langsung tak rasa dahaga. Selalu makan aiskrim dahaga balik, tapi aiskrim Sangkaya memang best. Rasa aiskrim sangat sedap dan tidak terlalu manis.

Siapa yang duduk dekat Queensbay mai pekena aiskrim Sangkaya. Kedai dia terletak di floor bawah sekali, sebelah kedai roti and berdekatan dengan koisk djual dorayaki dan sushi. Sangkaya di Queensbay buka sebulan je lepas tu nanti dia pindah kat Gurney Plaza. 

Check Sangkaya out on :
Facebook : Sangkaya
Twitter: @sangkaya _my
Instagram: sangkayacreamery

Monday, September 07, 2015

I'm Third Year Student :)


Salam readership. Dengan perasaan sedih berbaur excited jugaklah semalam akhirnya pulang ke universiti usm tercenta ini. Pagi-pagi dah bersiap awal nak balik U, padahal lebih dekat je pun U dengan rumah . Bajet-bajet belajar kat U hujung dunia pula hehe. Bukan apa selalu kalau balik petang, confim jem. Balik pagi senang, jalan lengang sikit. Boleh kemas barang siap-siap kan. Petang boleh tidur gitu. Huhu sebenarnya tak jugak, sampai USM petang terus ada meeting T.T. sob sob awal-awal dah kena buat gerak kerja.



Ini gambar bilik Miela. Dah masuk third year baru nak upload gambar bilik hehe. Alhamdulilah sampai third year masuk duduk dalam hostel yang sama. Bilik ni pun dah dua tahun berturut-turut bilik yang sama. Roomate pun pun still sama. Dalam USM ni, Miela tinggal di Desasiswa Saujana. Desasiswa paling jauh nun dari dewan kuliah. Nasib sem ni bawah motor, jimatlah masa nak pergi kelas daripada kena turun tunggu bas.

Eh rasa baru je masuk USM, tengok-tengok sekarang dah masuk third year. Ada kawan sebatch Miela dah masuk third year sebab course depa tiga tahun but not me T.T. Course Miela 4 tahun, mereputlah lagi 2 tahun disini. Tapi course 4 tahun relax sikit, takdalah ambil unit banyak setiap sem. Oklah Miela tak boleh nak update panjan-panjang dalam entri ni, dah nak start sibuk nampaknya. Nampak tak betapa gigihnya nak update blog hehe?. Doakan Miela supaya dipermudahkan tahun ketiga ni :D. 


Nota: Maaflah ayat entri agak tunggang langgang sikit, taip cepat-cepat sebab ada kerja lain nak kena settle. Huhu


Thursday, August 27, 2015

Perkembangan doddle blog

Salam Readership. Miela ni bukanlah pakar melukis doddle. Tapi bolehlah sikit-sikit melukis ni, tak pro. Dalam test Uji Otak Anda resultnya otak kanan 50, otak kiri 50. So Miela boleh buat semua benda tapi tak pro kah kah. Contoh Matematik, boleh lah skor tapi tak sampai dapat A solid. Sama jugak melukis, boleh lukis tapi tak cantik mana kih kih. Kalau tak kerana blog tutorial, mungkin Miela tak pernah melukis doddle ni. Bolehlah lukis daripada tak pernah kan kann??

Dari tahun ke tahun bila rasa melukis doddle, Miela lukis ikut naluri hati kuikui. Lately ni pulak tetiba nak melukis doddle balik. Rasanya dah hampir setahun tak melukis. Ok jom tengok perkembangan lukisan doddle Miela dari tahun ke tahun:



Ini masa tahun June 2013. Ini doddle yang pertama dijadikan profile pic untuk page Blog Cik Miela. Haha simple gila noks lukis.


Hujung bulan June 2013 upgrade sikit tang mata dan gaya tudung. Baju tu konon nak buat gaya peplum tapi tak menjadi kahkah. Time ni hangat baju gaya peplum tau.



Masa ni lukisan doddle pada July 2013. Rasanya tahun 2013 Miela gigih betul lukis doddle haha. Berapa kali dah tukar profila page blog. Hat ni upgrade sikit kat tone warna tu.




January 2014 tukar lagi doddle. Kali dah upgrade buat baju ikut guna corak. 





Yang terkini Ogos 2015, Miela lukis doddle hanya guna Microsoft Excel sahaja. Sebelum ni doddle lukis guna PaintTool Sai. Lagi mudah sebenar lukis guna Microsoft Excel. Sesuai untuk beginner kalau nak start belajar lukis doddle.



Begitulah kisah perkembangan Miela sepanjang melukis doodle blog untuk buat profile page. Kepada yang belum like page Blog Cik Miela, jangan lupa like okay?? hehe.


Nota: Laksa mana paling sedap yea kat Malaysia ni??. Jom tengok video tentang pelbagai jenis laksa di Malaysia. [KLK SINI].

Tuesday, August 25, 2015

Rahsia yang tersimpan


Salam Readership. Sambil menghitung hari semester ke-5 yang akan bermula tak lama lagi, memcuba menghabiskan cuti semester dengan aktiviti boleh menyenangkan hati. Gila kau cuti dah nak habis, takkan nak dok termenung sahaja mesti kena menikmati sisa cuti sepuasnya. Contohnya membuahkan lagi entri baru dalam blog ni kihkih. Maklumlah nanti bila sambung study, kemungkinan besar blog ni akan terabai. Hmm nak buat macam mana, adat belajar tak mampu nak hadap blog selalu.

Sedar tak sedar dah 5 tahun Miela menulis blog. Miela start menulis blog pada Ogos 2010. Masa tu niat tulis blog suka-suka erti kata lain syiok sendiri pun ada jugak kah kah. Kalau tengok entri mula-mula tulis blog, macam tak percaya entri tu memang ditulis Miela sendiri. Dalam benak fikiran "Aku kah yang tulis?". Biasalah zaman muda dulu, masih tak berapa nak matang. Menulis pun syiok sendiri beb. Tapi bila umur semakin meningkat, banyak pengalaman kau lalui semakin matang dengan kehidupan ni. Ehhh lari topik ke?.

Miela sebenarnya bukan nak cerita sejarah blog ni, kalau nak cerita tentang sejarah blog ni kena buat satu lagi entri huhu. Sepanjang Miela menulis blog ada beberapa kawan yang tahu Miela ni ada blog. Kawan sekolah ramai dah tahu, cikgu pun ada tahu. Malu kitew tau depa baca entri merapu nieh. Of course BFF masa sekolah pun tahu, ada juga mereka baca blog ni. Depa bagi support sepenuhnya untuk Miela menulis blog, terharu rasanya.

But since masuk matrik, ada beberapa kawan matrik Miela ja tahu Miela ada blog. Itu pun sebab bio dalam twitter Miela letak link blog disitu. Siapa ada twitter tahu lah kan Miela ada blog, takda twitter tak tahu la *masa tu zaman twitter baru suam-suam kuku. Malas lah kecoh-kecoh kita ada blog haha. Tapi terkejut juga lecturer pun tahu Miela ada blog. Pelik jugak eh??. Macam mana lecturer boleh tau, entahlah. Blog ni takda femes mana pun.

Satu hari tu, ada kawan matrik bersembang pasal tentang blogger favourite dia. Habis nama Yuyu Zulaikha, Fatin Liyana, Cik Epal, Irine Nadia semua hat blogger femes dia sebut. Miela pun seronok dengar dia cerita, sebab Miela suka baca blog mereka ni. Tetiba pulak Miela mengaku, Miela pun ada blog. Tapi nak tahu apa reaksi kawan tu?. Dia tak percaya Miela ada blog. Entah kenapa pulak dia tak percaya. Dia kata blogger selalunya jenis perahsia, takkan bagitau rakan terdekat yang dia ada blog. So Miela masa tu malas nak pertahankan apa yang Miela cakap, anggap yang Miela cakap tadi tu gurauan huhuhu. Balik bilik terus delete link blog dalam bio twitter.


Bila masuk USM, siyes 2.8 billion takda sapa kawan univerisiti yang tahu Miela ada blog. Kecuali follower budak USM yang follow blog ni. Tapi rakan terdekat dalam U ni takda sapa yang tahu termasuklah roommate sendiri. Nak update pun main sorok-sorok haha. Masa dia tidoq ka, masa dia pergi kelas kalau Miela ada mood nak update blog Miela update. Sebabnya?? mungkin sebab peristiwa kat matrik tu kot. Tak jugak tapi yang pasti kitew segan kawan kitew baca blog kitew nih *gedik sangat jawapan tu haha*. Biarlah depa tak tahu, senang sikit Miela nak update entri tentang depa ni hehe. 

Yang penting segala kenangan dan kisah Miela akan tulis disini. Blog ni ibarat diari online. Walaupun laptop kena ribut terbakaq hangus sekali pun, blog takkan padam. Malah blog ibarat bank segala kenangan. Miela rasa awal-awal niat tulis blog syiok sendiri itulah tulah banyak menulis segala cerita. Bila baca balik entri lama, dapat flashback balik kenangan dulu-dulu. Sebab itulah Miela suka menulis blog. Rasanya blogger lain pun ada rasa yang sama, bukan??. 


Nota: Cuti semester dah nak habis. Dah nak masuk third year, tuanya rasa T.T.

Saturday, August 22, 2015

Painting Potret Giveaway by Azhafizah


klik banner untuk join

Salam Readership. Ok malam ni mood join giveaway dah kembali. Kali ni Miela join Painting Potret Giveaway by Azhafizah. Giveaway ni lain dari giveaway yang selalu orang buat sebab pemenang dia gambarnya bakal di potret. Bukan lagu Potret nyayian Akim tu yer, hehe. 


Cara untuk menyertai Painting Potret Giveaway untuk blogger:
1. Buat entry bertajuk " Painting Potret Giveaway by Azhafizah"
2. Letakkan banner di atas dan linkkan ke entry ini.
3. Letakkan link blog www.azhafizah.com ke dalam bloglist blog *jika ada bloglist untuk follow up giveaway
4. Follow blog : www.azhafizah.com | instagram : azhafizahmdnor * Jika tiada instagram boleh join juga :)
5. Like fanpage : www.facebook.com/blogazhafizah
6. Letakkan gambar [single, close up, jelas, high pixel, gambar asal tanpa edit 360]
7. Publish entry dan letakkan link blog penyertaan dalam ruangan kotak komen di link ini.


Gambar ni Miela gunakan untuk contest ni. Harap-harap terplih la yea.


3 gambar yang menepati ciri  gambar yang terbaik akan di painting potret. Kalau nak menang kenalah pilih gambar yang terbaik ye. Senang je kan syarat² dia. So jemputlah join beramai²



Contest bermula dari 22 Ogos-30 Ogos 2015, 11:59pm


Friday, August 21, 2015

Shopping tudung dengan Cloverush


Salam Readership. Selapas tunaikan cek Nuffnang, hehe Miela gunakan duit hasil berblogging dengan shopping di Cloverush. Cloverush ni jual bermacam-macam jenis tudung instant dan pastinya semuanya berkualiti dengan harga berpatutan. Jubah pun ada jual juga, but the main product is instant hijab.

Sekarang ni Miela tengok sekarang trend pakai tudung instant. Memang leceh dulu-dulu nak pakai tudung kena iron, tambah-tambah ada kain tudung jenih susah iron kena ambil masa lama sikit nak iron baru elok. Tu belum masuk bila pakai tudung, muncung tak jadilah. Tak cukup dengan tu, ada orang jenih lambat bersiap. Bila lambat bersiap mulalah kena bebel, padahal kita terambil masa nak betulkan tudung kan. Takpa sekarang dah banyak orang jual instant tudung ni. Bukan meggi je boleh instant, tudung pun boleh.


Di cloverush ada jual instant scarf. Senang je pakai, pakai sarung sahaja tak perlu nak pin kiri kanan. Boleh pilih nak yang ada corak atau warna plain. Yang bestnya lagi ada size tudung M dan L, boleh pilih ikut kesesuaian. Tapi yang M pun dah labuh still tutup dada. Corak instant scarf ni memang rare susah nak jumpa kat kedai tudung yang lain.


Instant shawl pula ada jual pelbagai jenis warna menarik dan material yang selesa. Ada material jenis spandex, chiffon crepe dan high quality chiffon. Yang suka bergaya lilit ni kan sesuai sebab shawl dari cloverush senang sangat nak pakai dan tak mudah berkedut. Sekali lilit dah siap gituu. Tambahan pula shawl ni memang tak melekap dahi, nanti pakai tak nampak muka bulat pipi pau tu huhu.


Hannah 22 - Salmon Pink 

Untuk first time, Miela beli koleksi dari Hannah shawl warna salmon pink. Sebenarnya dah dua bulan Miela aim nak beli instant shawl Cloverush ni, bila mai duit nuffnang apa lagi teruih pi beli. Alhamdulilah beli hari khamis, hari isnin dah sampai. Takda bad experience sepanjang shopping dengan Cloverush.


Miela pun dah selamat rasmikan Shawl Hannah 1.0. Memang selesa dan mudah dipakai. Nanti bukak sem baru, nak pergi kelas senanglah tak perlu ambil lama untuk gayakan. Tak payah nak iron teruk sangat, boleh jimat bil elektrik hostel haha. Yang belum pernah shopping dengan Cloverush jom shopping di:

Facebook : Cloverush
Instagram: Cloverush


Tuesday, August 18, 2015

Jadi sponsor untuk Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015


Salam Readership. Semalam baru sahaja Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 di lancarkan di Blog Diari Jejaka Hangat. Mini Giveaway ni menawarkan hadiah yang bernilai RM 425.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah adalah seperti berikut:

CASH RM50 by Shahira

CASH RM20 by Azirah

TOPUP RM10 X 2 by Maisarah ( RM20 )

TOPUP RM5 X 3 by Cik Miela ( RM15 )

TOPUP RM10 X 2 by Fatina ( RM20 )

TOPUP RM10 X 1 by Kyle ( RM10 )

TOPUP RM10 X 1 by Nizam ( RM10 )

TOPUP RM10 X 1 by Hidayah ( RM10 )


Miela telah jadi sponsor untuk Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015. Kali ni Miela sponsor toupup RM5 X 3 (RM15). Terdapat blog lain yang sponsor mini giveaway ini seperti Wan Sarah , Misssakuradiary , Aderakukeysah , Shahira's blog , Azira Rahman , Yaya Cendana dan Bahejabella

Jadi Miela nak ajak semua untuk join Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015. Syarat mini giveaway ni sangatlah mudah dan senang. Jom sama-sama kita meriahkan Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015. Kepada yang dah join tu, Miela ucapkan goodluck, Insyallah mungkin anda yang bertuah untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

Sunday, August 16, 2015

Sejarah kelahiran Doraemon



Salam Readership. Sapa disini peminat Doraemon angkat tangan!!!. Wahhh banyaknya, Miela pun tak terkecuali juga peminat tegar Doraemon. Kalau pergi kedai hadiah, yang Miela cari barang Doraemon dulu. Ada beberapa koleksi Doraemon yang Miela simpan, tak banyak pun. Ada beli sendiri ada yang orang bagi. Walaupun beribu-beribu kartun baru muncul, Miela tetap setia kartun Doraemon ni huhu. Minat Doraemon pun sejak dari kecil, dibesarkan dengan cerita kartun tersebut.

Dalam berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus episode siri Doraemon korang tengok pernah tak suatu hari terfikir macam mana Doraemon dicipta?. Kalau korang peminat Doraemon wajib tahu okay?. Kalau tak tahu, meh Miela nak cerita sedikit tentang asal usul Doraemon. 

Wajah asal Doraemon.

Doraemon asalnya dicipta berbentuk robot kucing berwarna kuning mempunya dua telinga pada abad ke-22. Kenapa Doraemon sekarang berwarna biru?. Haa sebenarnya ada peristiwa pahit kenapa Doraemon bewarna kuning boleh bertukar menjadi warna biru.

Ketika Doraemon dicipta ada satu peristiwa, disebabkan ada masalah teknikal ketika proses pembuatan robot Doraemon, Doraemon menjadi robot kurang sempurna daripada robot lain yang dicipta. Malah dalam ujian dan latihan robot, Doraemon asyik gagal je. Macam kisah nobita pulak haha. Akhirnya Doraemon dihantar ke Akademi Robot untuk improvekan prestasi robot Doraemon supaya menjadi robot yang berguna.

Doramiyako

Di Akademi Robot Doraemon bertemu dengan Doramiyako, kucing penari yang Doraemon pernah jumpa masa Doramiyako menyelamatkan dia hampir dibuang di pusat pelupusan robot. Walaupun Doraemon sering merasakan diri dia robot yang tak berguna, Doramiyako selalu bagi semangat supaya Doraemon tidak berputus asa. Akhirnya Doraemon telah lulus dari Akademi Robot dan dipilih oleh keluarga keturunan Nobita.

Doraemon ditugaskan untuk menjaga bayi bernama Sewashi sehingga besar. Namun ada peristiwa hitam berlaku ketika Sewashi memperbaiki patung berupa Doraemon. Sewashi telah mengunakan robot tikus untuk membaiki patung Doraemon, tetapi disebabkan ada technical error pada robot tikus, robot tikus tu pergi makan telinga Doraemon yang sebenar. Dah nampak kan kenapa Doraemon kenapa Doremon fobia dengan tikus sedangkan dia tu robot kucing hehe.

Maka Doraemon dimasukkan ke hospital robot untuk rawatan lanjut. Telinga Doraemon tidak dapat diselamatkan. Ketika Doramiyako melawat Doraemon, Dormiyako ketawa terbahak-bahak melihat Doraemon tanpa telinga. Jadi Doraemon pun sedih dan menangis sehingga warna pada badan dia luntur dan bertukar menjadi warna biru.

Begitulah kisahnya dari jadi robot kucing warna kuning yang bertelinga sampai menjadi robot "kacak" berwarna biru. Tapi agaknya apa peristiwa selepas Doraemon bertukar warna biru sebelum di hantar ke zaman Nobita?. Nak tahu kena tengok video dalam ni. Klik subtitles/cc untuk sarikata. Kalau takda subtitle tak faham kartun ni cakap apa. Selamat menonton!!






Nota: Harap masa konvo nanti ada orang bagi hadiah patung Doraemon hiks.

Friday, August 14, 2015

Jom mendaftar sebagai SIMPLEHIJAB's Affiliate



Salam readership. Nak cari duit lebih tapi tak ada modal??. Lepas tu pulak nak mulakan bisnes tapi rasa masih takut-takut lagi sebab tak ada pengalaman. Program affiliate tudung SIMPLEHIJAB merupakan salah satu cara kepada mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan setiap bulan tanpa perlukan modal. Menarik kan??. Sesuai untuk siapa nak cari pengalaman dulu sebelum nak mulakan bisnes. 


SIMPLEHIJAB Diasaskan pada penghujung tahun 2014, kini SIMPLEHIJAB telah mempunyai lebih daripada 1,100,000 Likes di Facebook page dan lebih daripada 140,000 Followers di Instagram. SIMPLEHIJAB merupakan salah satu jenama hijab yang sedang makin meningkat naik di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.



Keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate SIMPLE HIJAB ini adalah:

1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis tudung) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk penerimaan komisen bermaksud anda akan tetap menerima komisen selagi mana SIMPLEHIJAB beroperasi.


Apa yang lebih menarik lagi?

1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 5% (bergantung kepada jenis tudung) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB.


Daftarlah sekarang di link ini [DAFTAR] 

Jangan lupa like dan follow di:

FACEBOOK: SimpleHijab
INSTAGRAM: SIMPLEHIJAB

Tuesday, August 11, 2015

Cara tunaikan cek Nuffnang dengan mesin deposit cek

Cek dari Nuffnang

Salam readership. Alhamdulilah semalam dapat cek dari Nuffnang selepas 1 bulan lebih menunggu. Ini juga hasil pertama berblogging selepas dua tahun pasang iklan Nuffnang. Terima kasih kepada yang selalu klik iklan dan juga yang jadi unique vistor blog ni. Tapi bila dah dapat cek, macam mana nak tunaikan yea???.

First Miela pilih Maybank sebagai bank tunaikan cek. Tak semestinya bila dapat cek HSBC kena tunaikan kat bank yang sama. Miela pilih Maybank sebab nanti hasil duit berblogging boleh shopping online huhu. Ternyata nak tunaikan cek di Maybank sangatlah mudah, just guna mesin deposit cek. Ok cara-cara tunaikan cek Nuffnang macam ni:

1. Sebelum memulakan urusan isikan maklumat di belakang cek seperti nama, nombor akaun dan nombor telefon.
2. Pilih Cek Deposit
3. Masukan nombor akaun.
4. Kemudian masukan jumlah tunai cek yang ingin ditunaikan. Pastikan sama nilai dengan cek tersebut.
5. Bila ada arahan suruh masukkan cek, masukkan cek mengikut arah dengan betul.
6. Bila proses dah siap maka keluar resit seperti di bawah ni.


Nota: Cek akan di proses selama 3 hari bekerja. Jika cek deposit dibuat selepas 4.00pm akan diproses pada hari bekerja berikutnya