Salam Readership. Eh bulan 10 takda entri lagi?? Ok hari ni Miela tambah entri baru dipenghujung bukan Oktober. Huhu susah betul nak curi masa nak update blog sekarang ni.



Ini minggu lepas punya cerita. Nasi 7 Benua dah lama Miela mengidam dari semester lepas. Tapi asyik-asyik plan tak jadi. Padahal Nasi 7 Benua ni dekat je dari USM, just 15 minit perjalanan. Bila dah ada bawa motor kat U, apa lagi bila ada masa free merempit terus ke restorant ni.

Punya gegeh lah balik dari Bukit Jambul dengan roomate, time tu dah macam nak hujan. Masa perjalanan tu hujan tiba-tiba nasib tak lebat, basah sikit je. Sampai sana, tengok-tengok ramai orang pulak. Kebetulan waktu tu, waktu tengah hari. No wonderlah ramai lunch kat situ. Ambik masa 30 minit juga beratur tunggu turn. Dan akhirnya penantian Nasi 7 benua...............


Ini Miela punya

Ini roomate punya

Harga Nasi 7 Benua sangatlah BERPATUTAN. Harga sepinggan Nasi 7 Benua bergantung kepada lauk yang kita ambil. Hari tu bayar sepinggan dapat RM6.50 kalau tak silap dapat lauk ayam goreng dan ikan bilis . Nasi dengan lauk dia memang sedap. Dok sebut-sebut Nasi 7 Benua, tahu tak apa jenih nasi dalam tu??.  Dalam Nasi 7 Benua ada 7 nasi iaitu nasi putih, nasi lemak, nasi tomato, nasi lamuni, nasi minyak, nasi kacang dan nasi hujan panas. 

Bagi yang nak merasa Nasi 7 Benua, mohon google atau waze ekk?? haha. Nasi 7 Benua terletak dekat Sungai Ara jalan ke Bayan Lepas, restorant dia tepi jalan sahaja. Nak cerita lebih-lebih, ceq tak tau nak terangkan macam mana. Boleh like juga di page Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe untuk maklumat lanjut.

1 Comments

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete