Thursday, December 15, 2011

Tersesat di dunia Korea

Bosan!!Bosan!!Bosan!!. Rasanya nak menjerit satu dunia yang cik miela sangat bosan teramatlah sangat. Maklumlah lepas SPM memang macam rasa bosan mesti ada. Tapi entah bagaimana dalam bosan tu tiba-tiba masuk satu dunia yang dikenali sebagai korea. Kononnya ia menberikan satu kepuasan dan keseronokan dan pasti hidup pasti tak akan bosan. Disitu cik miela mula kenali running man, KBS World, Secret Garden, girl generation dan lain-lain. Wah macam Alice in Wonderland. Sepanjang pengembaraan di dunia korea, memang teramalah menyeronokan,hahahaha.

1.Running man

Di running man,kita tak boleh jalan tapi kena lari. Sebab kena cari running ball melepaskan diri kalau tidak kena azab iaitu kena pakai hot pants di depan orang ramai, malu wei. Ahli-ahli runnng daripada Yu Jae-suk(Younce wili), Kang Gary, Ha-ha(haroro),Ji Suk-jin(big nouse), Kim Jong-kook(sparta),Lee Kwang- su, SongJi-hyo dan flower boy yang hensem iaitu Song Joong-ki. Yang pasti, anda pasti gelak tak henti-henti dengan mereka nieh.


2. KBS World

Macam-macam ada. Alamat tempat nie adalah 391 channel astro. Tempat nie macam library korea, sebab di situ kita akan kenali ramai artis korea. Tempat nie ada satu bank iaitu music bank.

3. Girl Genaration

Terdiri daripada 9 pari-pari (kalau tak silap) seperti sunny, yoona, yuri, jessica dan taeyeon. Mereka ni sering menyanyikan lagu kat cik miela seperti lagu mr.taxi, genie gee dan lain-lain. Tertidur dibuatnya,haha.

4. Secret Garden

Disuatu tempat dimana si woo-yung dan pasangan gil ra im tetukar roh. Rupa-rupanya disebalik tertukar roh, ada hikmahnya dan akhirnya mereka jatuh cinta. so sweet


Tetapi macam mana cik miela nak keluar dari dunia korea, pintu keluar tak da, tolong!tolong!.


p/s: amacam best tak cerita cik miela nie?


Sunday, December 04, 2011

When Say about SPM

Dah lepas SPM nie, cik miela nak cerite sedikit pengalaman semasa menduduki peperiksaan paling penting dalam hidup iaitu SPM. Overall boleh tahan, kita dapat menjawab dengan tenang. Hasil usaha dua tahun akan terjawab pada bulan 3. Dengar-dengar result SPM keluar 23.3.2011. Ala lambatnya, ingat awal bulan. Memang cik miela akan ingat sampai bila-bila tarikh cik miela ambil SPM iaitu 14.11.2011. Sebab apa, sebab hari tu hari jadi cik miela. Mestilah ingat kan?.

Bermula dengan subjek Bm dan berakhir dengan Biologi. Masa spm takder teritinggal slip atau IC tapi suka tertinggal kalkulator dalam beg pastu kene keluar balik kat dewan nak ambil balik kalkulator kalau tak habis result SPM nanti. Kalau exam SPM mestilah ada pengawas peperiksaan. Pengawas ok-ok lah, tapi paling best ketua pengawas peperiksaan suka buat lawak. Itu membuat cik miela seronok menduduki peperiksaan SPM. Teringat lawak dia, bila last paper iaitu biology paper 3. Time tu lagi 10 minit nak habis tapi dia cakap "masa menjawab ada 2 jam" apalagi semua gelak lah, orang sebenarnya excited nak habis exam. Ketua pengawas sempat juga, bagi ucapan kat kami sedikit before keluar dewan.

Sebut pasal paper exam. Memang menakut kan. Takde menakutkan sangat pun,hihi. Kebanyakan soalan cik miela spot sendiri masuk, alhamdulilah. Semuanya disebabkan cik miela buat latihan soalan trial SPM last-last minit. Boleh dikatakan banyak soalan trial negeri-negeri masuk, tapi tak sampai sebijik sangat. So, untuk yang belum ambil SPM, cik miela sarankan buat latihan soalan trial SPM dari negeri lain. Cik Miela percaya kalau korang dah mahir soalan trial tu, pasti A+ dalam tangan. Berikut komen cik miela mengenai sub jek cik miela duduki time SPM:


Bahasa melayu- komsas punyalah penat pikir,terutamanya maksud rangkap,huhu

Bi- tak tahu nak komen apa, biasa jer.

Sejarah- haha nie subjek favourite cik miela, subjek ni cik miela target A. Tapi dok tengah risau, boleh ke tak dapat A. Sebab rugi pulak tak jawab soalan 7 soalan semuanya pasal KBKK, tak cukup masa nak jawab soalan lebih daripada 3. Cik Miela jawab soalan 6 pasal getah, kebetulan cik miela baca yang tu jadi malas nak jawab soalan KBKK sebab kena fikir lama sedikit.

Matematik-hampir semua negeri target graf soalan 1 paper 2, tapi alih-alih set juga masuk. Tapi masih boleh jawab. Kalau tengok soalan mate nampak susah tahun nie, tapi kalau diteliti sebenarnya senang je.

Pendidikan Islam-paper 1 memang senang sangat. paper 2 cik miela lemah sedikit. Tak boleh nak agak boleh dapat A ke tak.

Add math- subjek nie menyebabkan ramai orang nak keluar dewan awal, tapi cik miela taklah sebab add math cukup-cukup masa cik miela jawab terutamanya paper 2. Soalan add math tahun nie, memang baik lah sebab paper 2 keluar logarthim memang makanan lar. Tapi soalan lain tak tahu nak kata apa. Harap subjek nie dapat kredit ke atas la.

Fizik- Paper 3 kat design experiment mujur cik miela target masuk. Pastu radioaktif tu pulak masuk, memang suka la jawab.

Kimia-ayoo, mampu geleng kepala ja jawab, banyak-banyak subjek kimia la kebanyakan target tak masuk.sedih :(

Biologi-sebab pergi kelas tambahan 2 hari sebelum jawab bio, mujur boleh jawab soalan esei. Thanks you cikgu.


apa-apa pun Spm sudah lepas bro. Sekarang masa itu gua cuti panjang..haha

Thursday, December 01, 2011

5 science 2- Bukan sekadar kisah dongeng

Halo halo. Ini sudah hari pertama selepas SPM..ringkas jer entri kali nie. Boring jer cik miela pun buat sajak merapu pasal kenangan berada kelas 5 science 2 . Tajuknya ialah BUKAN SEKADAR KISAH DONGENG. So korang bacalah sajak dibawah nie:

Khas untuk 5 sains 2 yang disayangi......

Masih ingatkah kita kenangan itu?

Kisah dimana kita bersama-sama berjuang menutut ilmu

29 insan mempunyai matlamat yang sama

Di alma meter

Sepanjang perjuangan kita

berbagai rintangan yang kita tempuhi

susah senang sedih bersama

kita bergelak ketawa

menangis bersama-sama

Hari demi hari kita tempuhi bersama

walaupun ada halangan yang begitu besar

walaupun ada persengketaan mahupun cabaran

5 sains 2 tetap cuba tempuhi jua

dengan penuh sabar

bila detik peperiksaan menjelma

Semua berusaha demi mencapai impian dihajati

dalam kita mencapai impian

sedar tidak sedar hampir sampai ke penghujungnya

satu kelas sepakat menbuat 'Event' untuk diingati sepanjang hidup

sungguh kita tidak lupakan detik itu

Hari demi hari kita tempuhi bersama

Banyak kenangan kita lalui

Hanya gambar mampu menjadi tatapan

Menjadi kenangan buat kita

SPM sudah tamat

maka tamatlah perjuangan kita bersama

Inilah kisah kita 5 sains 2

Bukan sekadar kisah dongeng....


Giler jiwang kan?. Untuk pengetahuan semua, sajak nie ada video sekali tau, tapi kalau nak tengok video nie buka facebook dulu baru boleh tengok




Wednesday, November 30, 2011

First entry after SPM


Yahoo SPM dah tamat. Akhirnya cik Miela sudah bebas dari penjajahan SPM. Bendera SPM sudah turun, bendera kebebasan mula berkibar. Now no more school uniform, text books and study,huhu. Inilah fist entri selepas SPM. Rasanya macam-macam Cik Miela nak buat lepas SPm terutamanya update blog pink nie. By the way, alhamduliah Cik Miela dapat jawab exam dengan tenang sekali walaupun ada soalan tak tahu nak jawab. Hmm,benda yang lepas jangan dikenang,betul tak?.Untung ambil subjek sains tulen,habis awal bolehlah kerja awal, dapat gaji pun awal. Ok takat nie dulu, cik Miela nak rehat dulu. Jumpa lagi

Friday, November 04, 2011

Blog Cik Miela kena cuti-cuti Malaysia


Bahawasanya dengan inie Cik Miela bercuti berblogging selama sebulan disebabkan Cik Miela akan menjalani peperiksaan Spm. So kepada follower Cik Miela kalau rindu jenguk la yer entri lama-lama tu. Doakan Cik Miela yea untuk SPM. Insyallah after Cik Miela akan tulis blog lagi. Jumpa lagi!!

Saturday, October 29, 2011

Contest:Blog Paling Tercute Di Dunia



Tadi dean chumell tag Cik Miela untuk contest nie, so rasa dah lama tak join contest, nak join la. So tak nak banyak cerita, jom kita intai syarat-syaratnya....

  1. Like Page Like Sini
  2. Kowg WAJIB follow blog azira yang comel nie ..hiihii
  3. Kowg kne wat entry pasal contest nie letak tajuk "Blog Paling Tercute Di Dunia" and letak header yg kat diatas nie.
  4. 4.tag 2 owg kawan kowg tok join..make sure kwn kowg tahu yg kowg tag dowg
    5. dah siap wat entry tu kowg kne post kat comment bawah tu
    6.tarikh tutup ----> sebulan dari sekarang :)

    saya tag:

Friday, October 28, 2011

Jamuan yang happening

Assalamualaikum dan salam Jumaat. Hari nie Cik Miela berbesar hati nak update blog. Sebenarnya sejak hari Depavali nak taip entri ni, tapi tak sempat sebab sibuk,huhu. Ceritanya mengenai jamuan kelas. Jamuan kelas nie di buat dekat rumah classmate Cik Miela di Taman Sri Kurau. Memang best sangat-sangat. Alhamdulilah semua classmate hadir walaupun ada ura-ura tak nak datang. Kalau jamuan, apalagi tentulah Cik Miela ambil gambar sebanyak mungkin. So, korang tengok gambar-gambar di bawah nie. Hanya beberapa gambar yang mampun Cik Miela kongsikan..


Kami datang nak makan

posing dulu

Nie mesti ada hati nak ambil dua pinggan,hehe

makan nugget cap ramlee

Alamak sedapnya makanan

Ayam goreng kesukan upin dan ipin

love karipap pap-pap

Huhu makan nasi ayam

Sedapnya kek. Kek nie paling berharga tau

Bakar satay, hati-hati sikit

Alamak terbakor sudah

time balik



p/s: Gambar Cik Miela kurang, seday tol.. Mungkin sebab asyik tangkap gambar orang sampai lupa tangkap gambar sendri,hehe

Sunday, October 23, 2011

Saya bangga jadi seorang perempuan

Mula-mula cik miela nak tulis entri pasal saya bangga jadi seorang wanita, tapi bila difikir wanita tu tak sesuai sebab belum kahwin lagi,hihi. Hari nie, cuaca yang sangat elok cik miela nak kongsi sedikit tentang kelebihan menjadi seorang perempuan, sumber dari facebook. So cik miela copy paste je..

Beruntungnya perempuan yang mempunyai rahim...

1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan
dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki
tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..
Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh
kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan
Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak
nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak
derhaka denganNYA........

Wallahu'alam.............


credit:9bulan.info


Saturday, October 22, 2011

Lirik cinta muka buku


Lagu nie antara lagu terhangat masa kini tau. Sebab bulan nie Cik Miela letak lagu cinta muka buku dalam blog...

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan suruh aku terima kamu
Ooh hati ku rasa sesuatu

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oohh kenakah rasa itu

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

p/s: apakata kita tengok lirik ending cinta muka buku pulak, hehe??


Edit pic lagi


Nie adalah pic terbaru yang cik miela edit,hehe. Walaupun beberapa hari nak SPM, still edit gambar. Takpe satu je kowt. Dalam gambar nie mengandungi 29 nama classmate Cik Miela. Nanti lepas exam, dah tak jumpa classmate macam selalu. Dah tak boleh, copy paste homwork, makan sa,ma-sama, gurau senda sama dan sedih pun sama-sama. Gambar nie boleh la buat kenangan, tapi masih banyak gambar lagi tak tangkap untuk dibuat kenangan mungkin time jamuan. Yang penting gambar kartun yang ada dalam pic atas tu, gambar kartun dream high ala drama korea yang baru dekat 8TV pukul 6.30 setiap sabtu. Best tau

dream high


Friday, October 14, 2011

Tekanannya!!


Hoho ni entri ke-3 untuk bulan nie walaupun dah tengah-tengah bulan. Biasanlah cik miela buzy memanjang memadangkan lebih kurang tiga puluh hari nak spm, so many homework kena buat disamping study. Nie pun Cik Miela buat lepas buat homework sejarah. Bak orang kata kalau nak berperang mesti ada sejanta sama juga spm senjatanya ialah ilmu bukan sekadar pen atau pensil. Time kemuncak nak SPM nie orang mesti hyperstress. Termasuklah la cik miela stess giler la, rasa nak cari coklat jer. Tapi sebenarnya bukan coklat je yang boleh hilangkan stress tau, tapi banyak lagi. Baru-baru nie cik miela ada tanya dekat page UBK Smk Sri Kurau bagaimana nak hilangkan sterss. Jawapannya di bawah nie...




Ingin hilangkan tekanan ?..Amalkan :-

1) Tenangkan diri dengan tarik nafas dalam-dalam, dan bayangkan udara memenuhi paru-paru kita secara berperingkat-peringkat.

2) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

3) Membuat perancangan bagi se...tiap tugasan kita. Dahulukan mana yang utama.

4) Uji tahap tumpuan kita. Sama ada kita dapat fokus atau tak dengan satu-satu kerja.

5) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

6) Banyakkan Solat Sunat

7) Selalu berdoa kepada Allah

8) Bersangka baik dengan Allah

9) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

10) Amal diet dengan disiplin yang kuat

11) Menangis dengan sepuas hati

12) Hargai kebolehan diri sendiri

13) Cintai diri sendiri

14) Berfikiran Positif dan Belajar Kawal Ketakutan

15) Dapatkan Tidur yang Cukup


Terima kasih, thanks you, syukran, kasamida UBK SMK SRI KURAU because help me. hehe

Wednesday, October 05, 2011

Semak keputusan peperiksaan anda melalui online

Halo halo. Erm, lebih kurang tiga minggu cik miela dah lepas exam trial. So far ok la, kalau nak kata subjek paling trouble sekali sudah tentu add math and chemistry. Dapat cukup-cukup makan je tak dapat kredit pun. Hmm, tak pe boleh usaha lagi kan?. Tapi oklah dapat enam kredit ke atas dan dapat no 30 dalam rank tingkatan 5. Cik Miela teruja nak bagitau nie(wah exiceted ke?) yang korang sebenarnya boleh check result exam melalui online. Lepas nie boleh la suruh mak bapak korang check result korang melalui online pastu kalau result korang teruk pandai-pandai la korang tanggung sendiri. Tak kira sekolah menengah ke sekolah rendah boleh check melalui online dengan memasukkan no ic atau no surat beranak untuk mengetahui keputusan peperiksaan. Hanya klik semakan ibu bapa.


Saturday, October 01, 2011

Angry bird oh angry bird

Alahai dah lama tak update blog, Cik Miela pun tak tahu nak update apa sebab tak de story yang best nak cerita kat korang. Tapi sekarang baru ada. Cik Miela nak story mory kat korang pasal angry bird. Sekarang nie ramai budak-budak tergilakan angry bird bukan angry bird tergilakan budak-budak,haha. Banyak barang angry bird dijual. Paling berlambak kat pasar malam,kahkahkah. Ok apakata kita tengok apa lagi barang angry bird yang ada kat pasaran. Untuk pengetahuan korang nie gambar semua dari pak cik goggle yer.

wow pendrive


handphone pun ada

Yang mana satu nak pilih nie?yang pasti bukan kaler hijau yer

Baju ni kat pasar malam pun ada,hihi


Beg of course la ada

Last, yang nie tak teringin ke nak beli?

Saturday, September 24, 2011

1st Giveaway From Baby Lili Design Enterprise


Cik Miela nak join contest so kena ikut syarat dia:
1) mudah sahaja caranya...anda hanya perlu membuat satu entri yang bertajuk "BABY LILI DESIGN GIVEAWAY" untuk kategori BLOG- DAH

2) untuk kategori blog : anda hendaklah meletakkan gambar giveaway kami di dalam entri anda- DAH

3) anda juga dikehendaki menjadi follower blog kami dan 'LIKE' fan pageBaby Lili Design-DAH

4) tinggalkan jejak anda dengan hanya komen di entri

5) anda hanya boleh pilih satu kategori sahaja...KETEROGI BLOG

Tutorial: Cara mendownload video dalam Youtube dengan mengunakan Goggle Chrome

Siapa ada goggle chrome angkat tangan?. Wah ramainya. Tapi korang tahu tak di sebalik rahsia goggle chrome sebenarnya kita boleh download direct dari Youtube. Tak tahu ke?. Ok hari nie Cik Miela nak ajar korang macam mana nak buat. So kena folow step by step tau.

1. Mula-mula pergi ke Chrome web store.

2. Seacrh youtube downloader.

3. Kat Apps tu. Klik Youtube downloader. Tak tahu yang mana tengok gambar




4. Kemudian klik add to chrome



5. So jadi la seperti di bawah nie bila korang buka Youtube. Jadi nak download banyak mana video ikut suka hati korang la, tak larang pun,hihi


update: kalau tak jumpa klik sini pastu add to chrome



Wednesday, September 21, 2011

Lirik Because I'm Stupid by SS501

Agak-agak korang dah tahu tahu lirik bulan nie apa, tentu la Because I'm Stupid by SS501 yang merupakan OST Boys Over Flowers tu. Bulan nie Cik Miela memang tak tahu nak letak lagu apa, so bila teringat BOF baru letak lirik ni nie.. Ok enjoy yaaa

Nae meoriga neomuna nappaseo
Neo hanapakke nan moreugo
Tareun sarameun pogoittneun neon
Ireon naema-eumdo moreugettji

Neoui harue naran eoptgettji
Tto chu'eokjoch'a eoptgettjiman
Neoman paraman pogoittneun nan
Chakku nunmuli heureugoisseo

Neoui dwaetmoseubeul poneungeotdo nan haengbokiya
Ajik naui ma-eumeul mollado
Kkeutnae seuch'ideusi kado

Niga neomu pogosip'eun nalen
Neomu kyeondigi himdeul naleneun
Neoreul saranghanda ipgae maemdola
Honja dasi tto CRYING FOR YOU
Honja dasi tto MISSING FOR YOU
Baby! I love you! I'm waiting for you!

Neoui harue nan eoptgettji
Tto kieokjoch'a eoptgettjiman
Neoman paraman pogoittneun nan
Honja ch'ueokeul mandeulgo isseo
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/s/ss501/because_im_stupid.html ]
Naegen sarangiran areumdaun sangch'eokat'a
Neoui yeppeun misoreul poado
Hamkke nan utjido mothae

Niga neomu saenggaknaneun nalen
Kaseum sirigo seulp'eun naleneun
Niga pogosip'ta ipgae maemdola
Honja dasi tto CRYING FOR YOU
Honja dasi tto MISSING FOR YOU
Baby! I love you! I'm waiting for you!

Bye, bye, never say goodbye
Ireohke chapji mothajiman
I need you amu maldo mothae I want you
Paraedo dasi paraedo

Niga neomu pogosip'eun nalen
Neomu kyeondigi himdeul naleneun
Neoreul saranghanda ipgae maemdola
Honja dasi tto CRYING FOR YOU

Niga neomu saenggaknaneun nalen
Kaseum sirigo seulp'eun naleneun
Niga pogosip'ta ipgae maemdola
Honja dasi tto CRYING FOR YOU
Honja dasi tto MISSING FOR YOU
Baby! I love you! I'm waiting for you!

Friday, September 16, 2011

Satu hari di hari trial raya

Baju raya
Di pagi-pagi tu ramai dok pakat pakai baju raya. Yelah nak sambut hari malaysia dan hari raya. Macam-macam baju diaorang pakai merah, kuning, hijau, biru tak cukup dengan tu ada juga pakai baju kebaya, dah la ketat. Hmm, pelik betul perangai manusai ni. Tapi yang tak bestnya, kami exam trial fizik, just dapat pakai baju raya je yang menyambutnya tak. Haha satu dewan habis rainbow sebab hampir semua pakai baju raya, tapi ada yang tak pakai. Malu kot.

Exam
Giler nak bagitau exam trial fizik susah especially paper 1, jadi main tembak jelah. Cuma kertas 3 senang sebab dah tau solan yang masuk, yang hafal experiment tu betul-betul masuk,hihi. Paper 2 susah la jugak sebab ada solan elektronik memang killer cik miela. Cik Miela memang tak suka tajuk tu, tapi kalau tajuk form 4 memang boleh. Nasib baik ada soalan form 4 punya.


Exam sambil pakai baju raya. Pelikkan?


Jadi cinderella
Hari tu memang malang buat diriku. Ada ka patut jadi cinderella tanpa putera, kalau ada tak pa la jugak,hihi. Masa kat dewan exam, kasut Cik Miela rosak tapak kasut tercabut. Memang malu sampai ada yang gelak. Tapi nasib baik tak ramai yang tahu. Tu baru satu. Selepasa tu nasib baik kawan Cik Miela bawa kasut spare. Tapi malang terjadi lagi, tiba-tiba pakai kasut tu tali tercabut la pulak. Alamak tak kan nak kaki ayam dalam dewan. Dengan rasa terpaksa, Cik Miela ambil kerongsang dari tudung dan sambung tali kasut yang terputus. Malang memang tak terhidu.


Kasut yang tercabut tu
p/s; kisah diatas bertarikh 15-9-2011 pada hari khamis. Itu hari yang pahit dilalui oleh Cik Miela,uhhuu. Tak pa la Cik Miela oi, nak enjoykan hati cer tengok video ni.....



Thursday, September 15, 2011

TIPS: Bagaimana nak score BM dalam Karangan

Ehmm, kali ni nie Cik Miela jadi cikgu BM korang. Untuk pengetahuan semua entri ini sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah jer. Tapi yang lepas sekolah sekolah pun boleh juga, apa salahnya kan?.Kotlah nak bagi sedap ayat-ayat entri blog korang?. Sebenarnya Cik Miela nie budak giler-giler cermelang karangan, tapi entri ni cuma sekadar perkongsian maklumat. Ilmu nie tentu dari cikgu BM cik Miela laa, tak kan dari cikgu matematik pula. Mungkin ramai tak tahu untuk menghasilkan karangan yang berkualiti sebenarnya memerlukan kosa kata berkualiti atau lebih senang cakap ayat power dalam karangan. Budak-budak sekolah memang takut letak ayat power dalam karangan. Sekarang tak perlu takut, bila hampa baca baru tau (alamak cakap penang la pulak). Berikut adalah contoh kosa kata berkualiti yang boleh digunakan dalam karangan

1. Seyogia
Bermaksud: sepatutnya
Contoh: Seyogia, sebagai remaja haruslah meluangkan masa dengan lebih berfaedah.

2.Cakna
Bermaksud: ambil berat
Contoh: Semua pihak perlu cakna terhadap isu ini.

3. Hemat
Bermaksud: pendapat
Contoh: Pada hemat saya, kecuaian permandu merupakan salah satu faktor kemalangan.

4. Wahana
Bermaksud: alat/medium
Contoh: Media massa merupakan wahana dalam membentuk peribadi remaja pada hari ini.

5. Kompak
Bermaksud: bersatu-padu
Contoh: Kita perlu kompak untuk menangani gejala sosial yang kian menjadi-jadi.

6. Kemaslahatn
Bermaksud: Faedah/keabaikan
Contoh: Terdapat kemaslahatan yang kita dapati melalui internet.

7. Efektif
Bermaksud: Berkesan
Contoh: Penguatkuasaan undang-undang sangat efektif bagi menbendung gejala rasuah.

8. Kekangan
Bermaksud: Halangan
Contoh: Terdapat banyak kekangan daripada pihak luar dalam merealisasikan misi tersebut.


Lapan kosa kata saja Cik Miela bagi, yang lain bolehlah cari kat internet sendiri yer. Tak susah pun just gunakan kosa kata tersebut macam kata sinonim. Oklah, Selamat Berjaya!!...:D

LUCKY DRAW DUIT RAYA



Haha dah lama tak join contest, rindu la nak join contest.
so cik miela join contest nie:

so nak duit raya tak?join la contest nie..

Monday, September 12, 2011

Entri popular sepanjang zaman


Hai kali nie cik miela nak tujuk lima entri cik miela popular sepanjang zaman. Untuk pengetahuan korang cik miela dah berblogging lebih kurang setahun. Tapi baru 192 follower, cik miela tak kisah pun sebab umur cik miela baru 17 tahun, cuba kalau sepuluh tahun akan datang. Agak-agak berapa ramai follower cik miela?. Oklah Cik miela dah tak sabar nie nak tunjuk entri yang popular nie

tadaaaa

-

-

-

-


Disini cik miela sediakan link top entri BLOG dan jumlah view....
1. Keistimewaan kucing menurut Islam 1486 view
2. Ending cinta melody 723view
4. Spongebob squrepants 418view

Kesimpulanya:
Rasanya cik miela tahu kenapa entri keistimewaan kucing menurut Islam banyak view sebabnya ramai cari gambar kucing kat goggle, betul tak?. Yang no dua tu, popular jugak sebab penangan cinta melody entri tu sampai ada yang copycat tanpa izn,isk-isk. Tapi Cik Miela bangga yang nombor satu tu sebab tu antara entri terawal cik miela...Apa-apapun kita berblogging bukan semata-mata untuk popular tapi untuk menyebarkan pandangan.

Friday, September 09, 2011

Gambar raya saya!!

Ahaa baru raya ke berapa hari tah(haha tak ingat la tu), baru nak letak gambar raya. Gambar di bawah nie agak kecil, bukan apa cik miela saja letak gambar kecik sekarang nie ramai orang tak bertanggujawab curi gambar pastu tayang kat mana-mana tah. Kalau gambar kecik sape nak ambil kan? so kepada blogger perempuan buatlah cara cik miela ni,haha...Bercerita pasal raya, best la jugak kan, sebab tahun nie dapat beraya ngan kawan-kawan tercinta. Dulu mana dapat sebab rumah jauh pastu takde moto dan lesen. Kini dengan adanya motosikal dan lesen boleh beraya kemana-mana saja,ngee. Tengok-tengoklah gambar di bawah tu.


raya sakan nie. Kami datang nak duit raya..haha

best friend forever <3

i with ema

i with kilafairy..bukan namanya kila je

posing raya,hehe