Sunday, April 14, 2019

Trip ke South Korea 6 hari 5 malam PART 1

Salam Readership. Ambik mood juga yea nak update entri ke South Korea. Sebenarnya dah pergi ke Korea bulan 2 masa musim winter hari tu. Masa tu sempat merasa kesejukan musim winter. Gila sejuk bak hang, sejuk macam hampa beremdam dalam ketul ais tau.

Masa pergi Seoul dulu Miela naik MAS. Serius memang servis terbaik la. Asyik makan dalam flight je, kenyang wei. Kalau tak silap menu masa naik MAS dapat rasa makan nasi ayam, nasi lemak, breakfast dengan roti dan paling famous kacang masin dia. Sampai sorok bawak balik kacang masin turun dari flight.

Makanan dalam MAS Airline. Air pun dapat dua okay. Siap boleh mintak refill kopi tu

Sampai di Incheon Airport selepas 6 jam perjalanan

Sampai Incheon nanti kena serahkan arrival card kat imigresen. Takut juga sebab dengar imgresen kat Korea ketat tapi masa pergi tu biasa je sebab tak nampak mencurigakan kot. Tapi kat sana takde dah nak cop pasport, dia bagi slip je pastu hampa simpan sampai nak balik Malaysia nanti.

Sebelum nak jalan-jalan di Seoul kami tingalkan bag semua dekat guesthouse dulu. Tak boleh check in lagi sebab kami sampai awal sebelum check in. Nak tunggu pun 2 jam baru boleh masuk, so tinggal beg semua kat Namsan Guesthouse terus jalan-jalan.

Sebut Namsan Guesthouse ni. Namsan Guesthouse ni ada banyak kelebihan. Kitaorang tinggal Namsan Guesthouse 2. 5 minit je jalan dari Myeongdong Station. Tempat sangt strategik boleh jalan dekat Myeongdong. Miela hari tu booking direct dari website Namsan Guesthouse, boleh klik link  ni untuk usha. Untuk 5 orang dapat 200,00 krw bersamaan RM143.80 seorang untuk 6 hari 5 malam. Oklah memang budget sangat, so bilik agak sempit tapi ada kemudahan memasak dan laundry kira berbaloi. Yelahkan pergi sana bukan nak memerap dalam bilik haha.

Dapur Namsan Guesthouse 2. Kamera gegor pula
Pemadangan luar guesthouse, memang sama je macam dalam


Lagi satu kenapa Miela pilih Namsan Guesthouse dekat dengan Restaurant Halal iaitu KampungKu. Wajib tau pergi sebab harga berpatutan boleh dapat satu hidangan bawah 10,000 krw. Sesetangah kedai makanan halal cekit darah portion atas 10,000krw. Kalau rasa tak boleh move on masaakan malaysia, silakan pergi Namsan Guesthouse sebab ada masakan melayu.


Nasi Goreng Kimchi cuma 600 krw tak silap, sedap dan murah


Tempat pertama kami pergi Gyeongbokgung Palace.  Tempat ni memang wajib pergi, lagipun free je masuk kecuali sewa hanbook. Tempat zaman-zaman raja Jaseon dulu. Dapat feel macam drama korea ala-ala Scaralet Heart. Selalu orang pergi tempat ni mesti pakai hanbook untuk bergambar. Untuk sewa hanbook harga dalam 30,000 won untuk dua jam. 

Sebelum pakai Hanbok

Ada orang tanya tak sejuk pakai Hanbok saja. Sejuk wei, actually kami pakai dua lapis baju sorang kurang sejuk sikit. Plus orang yang sewakan hanbok ni bagi hotpack free
Di gyeongbokgung palace setiap jam ada pertunjukan tau


Dapat bergambar dengan pengawai istana. Serius je muka depa

Sampai sini sahaja part 1, kalau nak ceritakan semua berscroll hampa nak baca haha. Doakan Miela dapatan next entri part 2. Malas nak buat banyak part dah, nanti macam tergantung cerita. Insyallah iouls cuba siapkan entri part 2 dalam bulan ni yer.


Sunday, March 17, 2019

Persiapan sebelum ke Seoul, Korea PART 2 : Tips Jimat dan Mudah


Untuk entri kali ni Miela nak terangkan lagi detail tentang persiapan sebelum ke Seoul especially kepada yang nak pergi Korea tanpa tour guide. Syarat penting pergi tanpa tour guide ni, mesti kena rajin buat research. Kalau tersesat biasalah tu haha. Masa Miela pergi korea memang tak ambil tour guide, sebab ada adik sendiri yang tinggal di Korea 5 tahun. Cuma ada beberapa hari tu kitaorang  jalan tanpa adik sebab dia ada hal.

Basicly, Miela suggest korang cari group Road to Korea dekat facebook dalam group tu ramai orang Malaysia, so dorang akan bagi tips tempat-tempat makan, guesthouse, naik train dan lain-lain. Korang nak tanya apa-apa pun boleh, nanti ramai yang tolong.

Group Road To Korea di Facebook


Selain korang nak dapat info berguna tentang melacong ke korea bole dapatkan info di website KTO (Korea Torism Organization) . Sambil dapat info korang berpeluang dapatkan t money secara percuma. T money ibarat touch n go di Malaysia. Cara dapatkan tu boleh baca di entri  Dapatkan kupon dan T-money percuma dari KTO (Korea Tourism Organization)

Kemudian hampa juga kena mahir tentang selok belok naik train di Seoul. Mula-mula tengok mesti pening. Hampa kena faham peta dorang, setiap line ada kaler masing-masing. Contoh korang dari Anguk (Line oren) nak ke Myeongdong (line biru). Korang kena tukar line dekat station kat Chongmuru sebelum berhenti kat Myeongdong.

Klik link ini untuk lihat map lagi jelas

Ada apps yang berguna semasa di Seoul, so boleh downlod siap-siap di Malaysia. Macam Kakao Metro, Subway Korea, Naver (apps untuk jalan kaki), Klook (apps untuk dapatkan diskaun) dan google map. Kalau nak cari mood nak pergi Seoul boleh guna Google Street View pakai laptop dulu tengok jalan Seoul jalan macam mana, ibarat hampa tengok jalan-jalan Seoul depan mata walupun takde lagi kat sana.

Untuk pergi waktu musim winter, kalau nak jimat beli baju sejuk boleh beli di kedai bundle tak pun di Carousell. Yang extra accessories winter juga boleh beli di Daiso. Masa Miela pergi Seoul suhu dalam -0 sampai 3. Seriuse sejuk, 3-5 lapis pakai. It's depands orang, sesetangah boleh survive 3 lapis sebab baju sejuk dia tebal. Cuma accessories musim sejuk warm hand, mufler atau facemask penting juga sebab bahagian tu muka dengan tapak tangan tak dapat nak cover dengan  banyak lapisan dengan angin sejuk huhu. Untuk hotpack suggest beli di Seoul sebab murah 1000 won je. Paling best pakai hat gambar askar, tahan lama dan panas.

Best hotpack masa dekat Seoul


Lagi satu Miela lupa perkara paling penting, of course tiket flight. Kalau takda tiket flight macam mana nak fly ke Korea kan??. Nak murah sentiasa alert dengan harga tiket.   follow talegram Pemburu Tiket Murah. Baru-baru ada offer harga pergi Jeju cuma RM400++ pergi balik je.

Akhir sekali untuk pergi tanpa pakej mana-mana perlulah buat itinerary sendiri. Bersepah itinerary di social media, pendek kata kalau tak sure boleh tanya group Road To Korea. Selain itinerary jangan lupa list barang perlu dibawa dan budget. Bajet lah siap berapa seperti bajet makan, shopping, tiket masuk dan transportation, supaya bila pergi Korea korang tak payah nak convert duit Malaysia dalam otak masa shooping sebab boleh hilang mood fikir convert duit Malaysia haha. Bila dah list bajet, contoh bajet makan sehari 30,000 won korang tak payah fikir duit Malaysia berapa sebab sat lagi convert duit Malaysia akan rasa mahal.

Okay itu je tips yang mampu Miela share. Untuk jenis suka mengembara, cabaran dan tak kisah kalau tersesat boleh travel tanpa tour guide. Jalan dekat Seoul rasa macam selamat sikit, sebab dorang banyak buat hal masing-masing, mostly banyak penjalan kaki kat sana.


Entri berkaitan:
- Persiapan sebelum ke Seoul, Korea PART 1 : Daiso Shopping Haul
- Dapatkan kupon dan T-money percuma dari KTO (Korea Tourism Organization)
- Cara memohon pasport Malaysia

Saturday, March 09, 2019

Persiapan sebelum ke Seoul, Korea PART 1 : Daiso Shopping Haul

Salam Redership. Sepatutnya Mila update entri sebulannnnn yang lepas. Tapi sebab kekangan masa baru sekarang nak update. Alhamudulilah dah selamat pulang dari Seoul, Korea dua minggu lepas. Mila tak tak tahu entri sekarang ni valid untuk masa sekarang ni sebab sekarang Seoul dah hampir penghujung musim sejuk. So pembelian barang banyak more to winter season. Tapi takple laaa untuk mana tahu berguna entri ni untuk masa akan datang hehe.


Tadaa inilah barang Miela beli kat Daiso sebelum travel. Selalu barang-barang winter mahal sikit, dapat kt daiso boleh beli macam-macam. First time shopping banyak sikit kat Daiso, selalu beli beli 2 3 barang je sebab nak jimattttt, takut beli tak guna haha.



Glove winter ada macam-macam jenis, masa beli tu pilih ada touchscreen glove konon-konon boleh main phone sambil pakai glove siap test lagi kat sana. Tapi bila pakai rasa walaupun glove boleh touchscreen prefer buka lagi sebab lagi selesa nak main phone dan tangkap gambar. Glove daiso walaupun murah boleh tahan sejuk wei, cuma hampa kena pandai pilih hat tebal lagi best pakai macam belah kanan dalam gambar.


Penutup mata konon nak pakai masa dalam flight 6 jam, senang tido. Tapi realiti tak boleh tido, dan banyak habiskan masa tengok drama dan movie dalam flight haha.


Yang ni hat kecik ada 8pcs, sebernarnya banyak size tapi harga yang sama dan kuantiti yang berbeza. I suggest beli dulu heatpack Malaysia tapi jangan banyak just sebagai awal-awal sampai Korea dulu sementara nak heatpack dekat Seoul. Sebab heatpack dekat Seoul lagi best pakai, nanti Miela share best heatpack kat Korea next entri yee.


Beli jer, mana tahu boleh pakai. Sebab daalam ni ada 80pcs, boleh tahan 2-3 bulan 😆


Vacuum bag, item wajib beli sebelum travel sebab dia akan jimatkan space bagasi korang. Tambah-tambah baju winter yang tebal, masuk dalam vacum beg jadi leper. 


Biasanya musim sejuk, telinga salah satu anggota badan sensetif bila kena sejuk. Mila beli dua jenis, hat jenis berbulu motif nak ootd je kot 😂. Sedangkan tengok orang Korea tak pakai sangat benda berbulu-bulu kat telinga.


Last earphone daiso. Sound dia biasa je tapi earphone jenis tahan lama. Dulu time berlajar pernah beli, tahan nak dekat setahun kalau beli kat mr diy yang murah-murah sikit cepat rosak.


Total shopping semua RM53.10. Actually banyak barang bagus-bagus kat Daiso, satu jam tak cukup duduk kat Daiso kalau nak explore barang best kat Daiso ni.


Entri berkaitan:

Sunday, January 27, 2019

Makan spaghetti di Border's Tea Parit Buntar

Salam Readership. Bila taip ni sebut tentang spaghetti rasa lapar balik la pulak. Sebab tak boleh move on rasa spaghetti yang sedap tu. Kalau kat Parit Buntaq tempat makan yang famous wastern ni salah tu nya ialah Border's Tea. Border's  Tea sebenarnya banyak juga cawangan kat kawasan yang lain. Ceq suka sangat Border's Tea sebab harga murah sangat wei.



Antara menu di Border's Tea

Yang Miela suka Border's Tea di ada set mini. Set mini kiranya portion sikit tapi murah. Sesuai kalau orang tu nak tengah cheat day tapi nak makan skit wastern tu. Kat Border's Tea Parit Buntar paling suka spaghetti dia, sedap giler. Sedap lagi spaghetti kat Secret Recipe dengan harga dua kali ganda lagi murah.

Mini Spaghetti  De'Bolo Meat cuma RM6.90

Special Carbonara apa benda tah tak ingat just RM10.90

Kat Border's Tea wajib minum cawan besaq, yang milk chocolate RM5.50


Jadi kalau mai Parit Buntaq atau duduk berdekatan boleh try makan di Border's Tea dekat dengan Post Laju Parit Buntar berdepan dengan UpTown. Border's Tea cuma tutup hari Isnin je, hari lain bukak. Tengah hari dah bukak dah, cuma ada set makanan tengah hari. Untuk wastern ke pergi pukul 3 ke atas, boleh rasa menu-menu wastern dengan harga berbaloi

Saturday, January 19, 2019

Review Bioaqua 24K Gold Skin Serum


Salam Readership sume. Macam suka je buat entri review ni haha. Tapi kebanyakan Miela review item harga murah-murah. Kali ni Miela nak review Bioaqua 24K Gold Skin Serum. Kalau nak tau serum ni dekat Shopee and Lazada boleh dapat bawah RM10 😱. Giler kot serum emas 24K harga macam tu. Tapi tak pelik produk Bioaqua dari China.

Macam mana terjembak beli serum Bioaqua sebab nak habiskan voucher tinggal beberapa ringgit je kebetulan Bioaqua serum ni sale RM6.30 dengan free postage lagi. Tapi Miela sebelum nak beli serum murah ni memang baca review habis-habis sebelum beli. Yelah barang murah lepas tu nak tempek muka kita kalau jadi apa-apa naya nanti. Tapi so far review okay, Miela ada screenshoot kat bawah ni.



Dah beli serum dah lama, ambil masa sebulan Miela nak review nak tengok effect dia. Alhamdulilah nak dekat sebulan pakai tak de kesan buruk jerawat ke apa kat muka ni. Walaupun ada terskip 2 3 hari tak pakai serum Bioaqua huhu


Tesktur Bioaqua 24K Gold Skin Serum pada kulit

Tesktur serum agak melekit sikit dan ambil masa sikit nak meresap pada kulit. Suggest pakai waktu sebelum tidur, esok pagi mesti kulit lembab giler. Nak pakai sebelum makeup pun boleh, tapi lama nak prep muka tu sebab nak tunggu serum betul-betul meresap kat kulit hehe. Selepas pakai beberapa minggu, kulit jadi lembut sikit. Cuma tak de kesan besar sangat macam kulit makin cerah ke, jerawat kecut sebab serum kekuatan dia lebih kepada lembabkan kulit.


Rate
3.9/5

Recommended
Untuk money saver nak jaga kulit tapi nak murah tak berbahaya boleh pakai serum ni. Tapi kalau ada duit lebih better beli serum ada jenama

Boleh didapati
Shopee atau Lazada

Sunday, January 06, 2019

Review makeup brand Focallure



Salam Readership. Pernah dengan brand Focallure?. Brand Focallure agak femes dengan MUA Youtuber. Sebab dia brand makeup murah giler tapi berkualiti. Yang penting dia bukan produk timbang kilo. Focallure ni murah sebab dia dari China, tapi kualiti okay macam barang kat watsons. Boleh hampa cari review brand ni dekat youtube juga.


Untuk pertama kali try brand Focullure, Miela beli Focallure Waterproof Matte Liquid Lipstick, Focallure 14 Colour Glitter Shimmer Tropical Vocation EyeShadow dengan Focallure Waterproof Long Lasting Eyebrow Pencil. Kesemuanya RM24.20 jer, murah kan?


First dapat packaging bubblewrap memang nice giler, memang confirm barang tak pecah. Okay jom review barang satu-satu.


Focallure Waterproof Matte Liquid Lipstick


Miela beli code deep cheesenut. Malangnya code tu tak berapa sesuai dengan kulit Miela kaler dia cerah sangat macam sapu water colour buncho tu 😂 , serius. Tapi kalau nak sesuaikan kena pakai foundation cerah sikit kat muka atau mix kaler nude atau warna deep red dengan lipstick ni baru sesuai. Tapi yang best lipstick ni tahan lama dengan harga RM5.20 agak berbaloi. Cuma texture agak terlalu kering, kena pakai lipbam sikit baru okay. Peringatan lipstick susah sikit nak tanggal kalau pakai sekejap. Kalau pakai lebih 8 jam memang ok je tanggal.


Focallure 14 Colour Glitter Shimmer Tropical Vocation EyeShadow


Miela tak tahu nak review eyeshadow ni, sebab inilah firstime seumur hidup , umur 25 tahun baru merasa beli eyeshadow pallete ni haha. Sebab sebelum ni prefer pakai stick eyeshadow tapi macam tak best pulak sebab tak boleh combine banyak warna kalau stick ni. Ramai orang cakap eyeshadow foccallure memang pigmented giler. Oklah untuk beginner makeup boleh try eyeshadow mampu milik ni hehe. So far Miela suka combine code heat dengan desert, memang cantik je pakai.


Focallure Waterproof Long Lasting Eyebrow Pencil


Abaikan background kucing kat belakang tu 😆. Miela ni pengemar eyebrow pencil sekali sikat disediakan. Lagi-lagi yang jenis tak payah nak asah pencil. Payah nak jumpa eyebrow macam tu kat Watsons. Banyak yang pencil kena asah je. Kalau ada, agak mahal sikit, tapi benda tu cepat habis. Suka yang macam ni sebab lagi mudah lukis kening, dia kalau pakai memang tak nampak over kalau hampa pandai buat teknik macam korea makeup lukis kening. Nampak natural. So far antara tiga barang, Focallure Waterproof Long Lasting Eyebrow Pencil ni paling puas hati sebab murah giler and pigmented. Kalau compare kat Watsons boleh dapat 3-4 eyebrow tau dengan focallure. Rasa nak beli lagi banyak-banyak, buat stock beberapa bulan hihi.



Ok sampa sini sahaja review Miela untuk kali ni. Kita review jujur tauu 😇. Untuk brand focallure brand wajib korang try sebab tak rugi pun sebab murah sangat. Kalau nak murah beli kat Shopee, postage RM5.20 jer.

Tuesday, January 01, 2019

Dapatkan Photobook FREE sempena 2019 (LIMITED TIME ONLY)


Salam Readership. Alhamdulilah dah masuk 2019. Mesti banyak kenangan dan memori sepanjang 2018 kan?. Apakata abadikan kenangan 2018 dalam photobook?. Sekarang ni Photobook Malaysia tengah offer free photobook tau.

Macam nak nak dapatkan photobook free??. Mula-mula korang pergi website Photobook Malaysia dan log in seperti biasa. Kemudian klik bar promotion > cupon code dan klik get it now.


Dekat bahagian Free 6" X 6" Softcover Photobook klik Reedem Now. Jangan lupa copy siap2 code voucher kat mana-mana dulu. 



Klik readybook yang kat atas yang Miela bulatkan tu, pilih template korang nak. Nanti pilih orientation kotak 4 segi tu, dan kilik Mini square 6"X 6". Sebab photobook yang free 6" X 6" jer. Dan designlah photobook ikut kreativiti korang. Dah nama design sendiri, free pulak tu memang ambik masa jugak nak faham tools nak mengedit tu hehe. Jangan lupa sebelum payment kos postage masukkan kod voucher tau.


Bila dah siap, cuma bayar RM8 untuk kos postage. Jimatkan??. Promo photobook softcover size 6"x 6" sampai 7 Januari 2019 tau. Cepat-cepatkan abadikan memori di Photobook okay