Mulai semalam, 15 Oktober 2019 para penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh menyemak kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 202  di portal rasmi KPDNHEP.  Berikut adalah syarat-syarat kelayakan penerima.



“Walaubagaimanapun, saya ingin menekankan bahawa data ini masih memerlukan penambahbaikan dan ingin memohon rakyat dalam kategori B40 untuk menyemak status mereka,” kata 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddindalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, jika ada daripada golongan yang layak menerima BSH dan memiliki kenderaan sepertimana kriteria dalam PSP tetapi belum berdaftar dengan BSH, mereka diminta untuk segera mendaftar program BSH dengan Kementerian Kewangan.

“Jika anda adalah penerima BSH tetapi baru membeli kenderaan yang layak, sila mendaftar kenderaan anda dengan JPJ dan membuat permohonan baharu di portal PSP,” katanya.

Beliau, bagaimanapun mengingatkan bahawa semakan kelayakan hari ini belum lagi termasuk golongan bukan penerima BSH yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam ucapan Belanjawan 2020.

“Proses serta tarikh permohonan baharu untuk penerima PSP daripada golongan bukan penerima BSH akan diumumkan setelah butiran pelaksanaannya diperhalusi bersama Kementerian Kewangan,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus melalui hotline 1800886800, emel: psp@kpdnhep.gov.my atau melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-2786356.


Sumber: Harian Metro



Jadi apa yang kita dapat konklusikan bahawa pemilik motosikal akan mendapat RM12 Sebulan bersamaan RM144 setahun. Manakala pemilik kereta akan mendapat RM30 Sebulan bersamaan RM360 setahun. Bagi yang baru mendaftar kenderaan sama ada motor atau kereta tetapi dalam semakan belum layak mestilah daftar dengan JPJ dan membuat permohonan baru di portal PSP. Jadi jom semak sekarang layak atau tidak dapat subsisdi petrol ni. Untuk semakan boleh klik di link bawah. 


LINK SEMAKAN:

0 Comments