Monday, July 24, 2017

Cara dapatkan balik duit anda setiap kali top up


Salam Readership. Percaya atau tidak sebenarnya setiap kali korang top up ke mana-mana nombor, korang sebenarnya berhak mendapat mendapat balik duit atau cashback. Serius tak tipu, actually baru tahu juga dalam petengahan tahun ni. Dan apa bila tahu caranya, wahh memang amat berbaloi.

Cara dia dengan melalui website Shopback. Kalau korang belum tahu lagi, shopback merupakan website pengantara antara website online shopping lain untuk mendapatkan cashback setiap kali korang shopping. Sebenarnya tak nak intro banyak pasal Shopback, sebab shopback very well known dalam kebanyakan blog. Korang google je mesti ada sebut kelebihan tentang Shopback. 

Cuma kali ni Miela focus cara nak dapatkan cashback setiap kali kita top up sebabnya top up benda yang kita selalui buat. Macam rugi pula kalau kita tak dapat balik cashback setiap kali kita topup.

1. Mula-mula perlu daftar akaun Shopback. Yang menariknya anda akan dapat RM5  terus ke akaun anda. Cuma nak up lagi kena selalu shopping dengan Shopback la.

2. Lepas dah daftar akaun Shopback klik Mobile Reload akan keluar macam bawah ni


2. Pilih mana-mana telco yang anda ingin top up. Sebagai contoh Hotlink.

3. Tekan shop now dan terus direct ke Lazada. Kalau boleh ada akaun Lazada senang sikit korang nak shopping.

4. Klik buy now untuk  nilai yang korang nak reload. Contonya RM10. Then add to chart dan checkout.



5. Ini paling penting. Pastikan nombor yang anda ingin top upkan tu betul. Alamat tu korang ignore kan sebab dia takkan top up melalui post. Tapi pastikan pilih alamat yang ada nombor telefon betul macam dalam kotak merah di bawah tu. Kalau tak, korang kena edit tukar nombr telefon yang lain.


6. Continue dan buat payment macam biasa. Lupa nak bagitahu kalau top up melalui lazada ni dia masuk agak lambat sikit. Paling lambat pun sehari. So jangan expect top up terus masuk.

7. Tunggu email dari cashback untuk sahkan transaction korang tu. 

8. Ini adalah contoh cashback yang Miela pernah dapat. Yang kotak merah cahsback hasil daripada top up melalui Shopback


9. Nak bagi mudah faham nilai cashback dapat daripada kita toup:

Top up RM30 dapat RM1.05
Top up RM20 dapat RM0.07
Top up RM10 dapat RM0.35

10. Lagi satu masa untuk redeemable dia ambik masa 3 bulan tak silap. Setiap kali baru habis top up akan masuk bahagian pending. Then bila habis tempoh pending terus masuk ke bahagian redemamble.


Nilai  nak redeem duit cashback hanyalah RM10. Bayaran boleh terus masuk ke akaun bank. Inilah cara satu nak jana pendapatan shopback. Sebenarnya banyak lagi kegunaan shopback selain top up. Kalau boleh apa sahaja barang cuba maksimumkaan beli barang melalui online andai kata harga barang dalam online tu murah. Macam contoh tadilah top up. Takda kan orang jual top up yang lebih murah selain daripada Shopback?. Jadi rajin-rajinlah shopping melaui Shopback.

Saturday, July 15, 2017

Review Mat Bulat Meatball

Salam Readership. Baru taip entri ni rasa lapar balik teringat kan Mat Bulat Meatball ni. Tahu tak Burger Bakar Abang Burn?. Sekarang depa expand business dengan bisnes meatball pula. 


Bila nampak iklan diatas macam ni tetiba aih teringin, iklan dia tu mengoda betul. Mana taknya, sos dia banyak penuh satu bekas. Dan nasib baik juga Mat Bulat Meatball banyak cawangan, tak perlu pergi jauh-jauh. Kalau nak tau cawangan Mat Bulat Meatball berdekatan boleh check di Facebook. Yang paling dekat cawangan kat rumah Miela ialah bagan serai. Jadi apa lagi terus terjah ke Mat Bulat Bagan Serai.



Mat Bulat ada 3 jenis iaitu Ocobot, Dragon Ball dan Quarter Kilo. Harga dia boleh tengok diatas tu. Kalau nak tambah extra mash potato dan cheese sauce pun boleh. Bagi Miela mash potato paling sedap pernah rasa, memang puas kalau makan sekali ngan meatball.


Ni rupa sebenar Mat Bulat Meatball. Sorry nampak comot sikit, sebab benda ni terloncat sikit masa perjalanan balik. Hampa patut try Mat Bulat Meatball sebab rasanya memang puas. Mash potato tak kedekut, besaq ja. Jadi jangan sengan silu try Mat Bulat Meatball berdekatan dengan rumah ya.

Tuesday, July 11, 2017

Susu pisang dari Korea

Salam Readerships. Lama betul tak naik entri baru hehe. Dua tiga minggu ni internet ada problem sikit, tu susah nak update. Tahu tak korang banana milk/susu pisang dari Korea?. Kalau perasan dalam drama korea atau reality show ada juga susu pisang muncul dalam kaca tv.

Salah satu scene drama korea yang memaparkan produk susu pisang
Susu pisang atau dalam bahasa koreanya banana uyu. Jenama yang famous dengan produk ni ialah Binggrae. Beberapa artis korea pernah jadi duta produk ni seperti Lee Min Hoo, Lee Kwang So dan Girl Generation. Susu pisang ni merupakan salah satu produk korea miela suka selain kimchi dan samyang. Susu pisang korea agak mahal jual kat malaysia, harga sekotak RM4-RM6. Luckily Miela selalu dapat susu ni free sebab adik study kat korea haha.

Lee Kwang Soo pun pernah jadi duta

First dulu mula-mula rasa memang sedap sangat. Korang yang tak suka susu mesti suka punya susu jenis ni. Rasa pisang yang kuat dan susu bekrim perghhh rasa fresh ja. Recommend untuk rasa sendiri susu ni sebab sedap sangat. Jangan risau susu ni halal. Selain itu kalau korang nak dapat susu ni boleh dapatkan kat 11street, Lazada ataupun igshop.

Ni susu pisang asli dari korea yang Miela dah rasa. Feeling korea gitu

Susu pisang korea boleh juga didapati di Lazada. Klik gambar untuk terus ke lazada.

Jangan confius kenapa packaging agak berbeza dengan susu pisang dari korea dengan lazada. Actually sama je, malah sama brand. Kalau tengok betul-betul persamaan antara dua produk tu ada ada huruf B merah tandanya brand yang sama. Cumanya yang korea punya memang daam tulisan korea. Yang Lazada tu packaging untuk national sebab itu dalam english. Sebagai penutup entri Miel belanja korang tengok iklan susu pisang korea dibawah. 

Sunday, June 18, 2017

Domino's Pizza dengan harga RM3.90 sahaja!!


Salam Readership. Actually, promo Domino's Pizza dah lama release  beberapa minggu lepas tapi Miela baru story hari ni hehe. Hampir setiap minggu Miela takkan lepas nak beli pizza promo ni. Murah giler beb, pizza pasar malam tak dapat harga macam ni. Tambah pula Domino's Pizza dekat sangat dengan tempat kerja. Jadinya ceq nak ajak hampa juga untuk merasai promo Domino's Pizza terlajak murah ni, tapi ada cara-cara dia tau.


Mula-mula sekali hampa register dulu acc domino kat sini. Kemudian lepas isi detail apa semua klik order now dan akan muncul macam di atas. Untuk pengetahuan hampa, promo Domino's Pizza RM3.90 cuma ada hari selasa dengan syarat take away sahaja dan order perlu melalui online. Jadi kalau nak dapat promo kena ambik bahagian take away, dan pastikan hari selasa masa nak ambik tu.


Dah settle bahagian tu, cuba cari banner promotion pizza RM3.90 kat bahagian promotions macam gambar di atas. Kalau tak jumpa juga, boleh tekan link ni terus untuk direct promotion hampa idamkan. Jumpa kan?


Untuk promotion dia ada bagi 3 pilihan je, nama pun promotion so choose agak limited. But kalau korang nak tau pizza mana yang sedap, bagi Miela Aloha chicken yang terbaik antara 3 pizza ni. Mesti try tau!.


Nampak tak diskaun personal pizza RM8.90?, murah sangat dah tu!. Dah settle pilih nanti checkout yer. Biasanya Miela prefer bayar cash la senang sikit sebab nanti kena takeaway kat kedai. Masa ambik pizza kita bayar. Lepas checkout jangan lupa print resit. Tapi kalau tak print resit pun takpe, hampa screenshoot simpan kat phone. Penting resit tu, sebab nak tunjuk butik hampa dah order online masa ambik pizza nanti.


Selalunya Miela takeaway pizza setiap hari selasa di Domino's Pizza cawangan Parit Buntar. Just ambik, tak perlu nak tunggu masa lama pizza dah masak. Jom rasai promotion Domino's Pizza, sure duit poket hampa boleh jimat banyak. 

Saturday, June 10, 2017

KHAS tips mohon kerja bagi fresh graduate!!


Salam Readership. Bagi budak degree final year, sedang menghitung hari ke nak habis degree tu??. Habis degree bermula fasa hidup alam perkerjaan *bagi tak sambung master la. Ada yang final year student berintern, lepas habis intern terus serap. Jadi kira beruntunglah tak perlu cari kerja. Tapi tak semua yang intern akan terus diserapkan disebabkan beberapa kekangan seperti jawatan kat syarikat penuh huhu. Macam Miela juga, nak harap syarikat tu serap kita tapi nampak cukup dah pekerjanya.

Tinggal 2 minggu nak habis intern, tanpa buang masa Miela terus mencari kerja. Kalau boleh memang tak nak menganggur lelama. Habis degree banyak komitment, bayar ptptn, nak simpan asb, dan juga simpan duit kahwin jugak *haha entahlaaa*. 

Alamak banyak pulak membebel. Sambil cari kerja tu, Miela nak kongsikan tips kat korang nak cari kerja walaupun belum dapat lagi kerja just baru dapat interview huhu. Masalah fresh graduate sekarang takda pengalaman kerja sebab syarikat lebih gemar mencari pekerja berpengalaman. Jadi mana nak cari pengalaman kerja, namanya fresh graduate?. 

1. Edit resume lebih informatif
Biasanya resume fresh graduate nampak kosong sebab takda pengalaman kerja boleh listkan dalam resume. Andai korang pengalaman intern 3 bulan, letak je dalam resume. Letakkan detail apa korang buat masa intern tu supaya nampaklah pengalaman intern walaupun 3-4 bulan tapi agak berguna. Selain itu boleh jugak huraikan aktiviti korang join masa univerisiti. Tulis juga apa korang buat dalam aktiviti lebih terperinci. Mana tahu pengalaman join aktiviti universiti berguna dalam kerja?.

2. Cari kerja yang khas untuk fresh graduate/trainee
Misalnya di Job Street, di ruangan search sila cari jawatan untuk fresh graduate/trainee. Jadi company akan expect yang fresh graduate betul-betul fresh dari univerisiti tanpa pengalaman kerja.

contoh keyword Fresh Graduate


contoh keyword Trainee

Jadi seperti di atas memang sesuailah untuk graduan baru nak start berkerja. Tambah-tambah lagi description depa letak "fresh graduate welcome to apply", memang khas untuk fresh graduate macam kita walaupun tiada pengalaman kerja. 

Selain itu boleh cuba memohon di laman web syarikat besar seperti Celcom, Shell,Sime Darby dan lain-lain dibahagian career dimana ada iklan training untuk fresh graduate.

Shell Graduate Programme

Senarai syarikat menyediakan program khas untuk fresh graduate :


Jadi harap apa yang Miela share dapat membantu fresh graduate dalam usaha kerja. Bukan sahaja untuk korang, untuk Miela juga supaya tak perlu banyak-banyak nak bookmark senarai graduate program ni hiks. 

Thursday, May 25, 2017

Kek Montel Warna Warni


Salam Readership. Hari ni nak cerita tentang kek Actually. Miela ni bukan cake lover pun, sebab kalau makan kek cepat muak terutamanya yang banyak krim. Sedangkan kek secret recipe satu sliced kek jenuh nak habiskan 😥. 

Ahad tadi baru sahaja order kek montel. Selalu nampak kawan post kek ni di facebook. Pastu Miela pun friend orang buat kek ni. Stalk facebook dia huhu comel kek dia. Jadi secara tersengaja terorder kek montel 8 bijik. Tuptup akhirnya kek montel dah sampai depan rumah


Tadaa ni Miela kek montel yang Miela order. Berbola ada 8 bijik dihiasi pelbagai jenis toping seperti coklat, cheese dan jem. Nak makan pun sayang. Sampai nak makan fikiaq nak makan ke tak sebab comel sangat. Hmm lastly makan jugak haha. Simpan pun buat apa lama-lama basi macam tu


Seperti dalam gambar, bulat-bulat comel dalam dia sebenarnya kek coklat. Pastu lapis untuk bahagian bawah kek comel ialah coklat dan bahagian atas dilapisi cheese dan coklat jugak. Rasanya memang sedap. Berbaloi jugak beli dengan harga RM15 sekali cod sampai depan rumah. Jadi sesiapa duduk area Parit Buntar, Kuala Kurau, Tanjung Piadang dan Bagan Serai boleh order kek dengan kak Syara Eyja ya. Serious kek montel ni sedap sangat!.

Sunday, May 21, 2017

Jalan-jalan ke Bukit Larut, Taiping Perak

Salam Readership. Ini adalah pertama kali Miela berjalan ke Bukit Larut walaupun dah banyak kali ke Taiping tapi langsung tak terpergi ke sana. Nama tajuk ni jalan-jalan so memang tak hiking la kan walaupun Bukit Larut sebenarnya femes dengan tempat hiking. Tapi kami anak muda yang pemalas 😂 jadinya kami naik puncak Bukit Larut dengan menaiki Jip. Untuk naik Jip ke Bukit Larut ambil harga tiket RM10 pergi balik. Waktu perjalanan ada pukul 10.30 am, 12.30 pm, 3.30 pm yang Miela ingat la.


Ni pintu masuk ke Bukit Larut. Naik Bukit Larut tak boleh masuk dengan kenderaan biasa. Kena naik Jip.



Sementara nak tunggu Jip sampai, kami perkena dulu Roti Jantan. Sedap tambah suka makan telur separuh masak, perghhhh. Kalau pergi Bukit Larut mesti try Roti Jantan, ada jual kat gerai kaki Bukit Larut. Dah habis makan barulah kami naik Jip dalam 12.30 petang macam tu.



Inilah Jip yang kami naik. Penjalanan ke puncak dengan menaiki Jip kira-kira 30 minit tapi rasa macam lama gila. Peringatan keras kalau hampa jenis tak tahan pening dan suka jalan berpusing sila sediakan ubat pening dan plastik takut muntah pulak dalam Jip. Ini sebab naik Jip ke puncak sangat mengerikan mungkin, tapi Miela rasa seronok sebab mencabar 😆. Naik Jip hampa kena hadap 77 selekoh tajam dengan Jip punya laju depa bawak. Risau juga kalau jatuh dalam gaung, tapi I percaya pemandu Jip memang pengalaman. 






Ini antara pemandangan kat Bukit Larut. Kalau nak tengok lagi lawa kenalah datanglah ke sana. Di puncak berpulang makan angin selama 2 jam sebelum turun pukul 2.30. Kat atas boleh nampak seluruh bandar taiping. Sangat nyaman, sebab atas sejuk. Tengah hari pun tak rasa panas. Biasalah kan Bukit Larut merupakan tempat paling banyak menerima air hujan di Malaysia sebab tu rasa sejuk


Sebelum turun tangkap gambaq dulu of course. Banyak pokok-pokok dan bunga-bunga cantik disini. Sayangnya Bukit Larut ni banyak terbiar, macam rumah-rumah tumpangan kat sini macam terbiar je, kalau malam mesti seram huhu. Bukit Larut berpontensi  dimajukan pusat pelancongan tapi mungkin kereta kabel pun tak da hanya ada beberapa bijik Jip untuk naik keatas. Bukit Larut sesuai tempat nak cari ketenangan gitu, sebab udara disana nyaman. Kalau hiking boleh juga, ada trek sekali rasa ambik masa 3-4 jam untuk sampai. Jangan jadi macam kami pemalas tak nak hiking hahaha. 

Sunday, May 14, 2017

Segmen Mencari Bloglist By Kinah

Salam Readership. Tumpang lalu ya, Cik Miela pun nak join segmen bloglist ni hehe. Kebetulan tarikh tutup pula hari ni. Kalau nak join cepat-cepat tau sebelum tamat

Klik Banner untuk join

Syarat-syarat:

Follow blog Kinah
Like Facebook Page Love Is Simple
Berlangsung dari 6hb Mei hingga 14 Mei 2017
Blogger Kinah sedang mencari 10 bloglist


Sunday, May 07, 2017

Pengalaman jual beli di Carousell

Salam Readership. Hampa suka tak beli barang second hand?. Actually Miela suka juga beli second hand sebab berbaloi. Sayang kot, barang boleh pakai tapi tuan empunya dah taknak barang tu. Ataupun beli barang tapi tersilap beli, nak return balik ke kedai dah tak terima. Daripada buang gitu je, apakata jual balik. Kadang-kadang tak tahu kat mana boleh jual barang yang tak nak guna dah. Jawapannya di Carousell!



Carousell macam-macam ada. Sesuai la kalau hampa nak jual barang terpakai seperti baju, alat makeup, gadget, buku, tv , sofa etc macam-macam boleh jual. Tapi jangan jual kawan sudah 😂😂😂. Kalau takda barang nak jual pun boleh juga cuci mata kat sini. Paling menarik di mata ioulss ada orang jual tudung duck wehh. Kalau harga original pun mahal, tapi yang second hand murah sikit la, tu pun belum cukup pitis nak beli huhu. Makeup orginal pun ada orang jual macam NYX dan MAC, cuci mata ja la sekarang noh. Ok banyak sangat marepek ni. So nak cerita pengalaman menjual dan membeli barang di Corousell.

Jual barang di Corousell

Miela start jual barang di Corousell kira start bulan 3 hari tu. Tu pun tak banyak pun nak dijualnya. Mostly Miela jual novel-novel terpakai. Tapi sebab rak buku dah penuh, so Miela decide nak jual kat Corausell. So far dah 3 buku dah terjual, dan ada bakal customer still berminat nak beli. Nak jual barang kat Carousell senang je, snap letak detail sikit pastu dah boleh jual.


Macam gambar di atas, macam ni kalau nak start jual barang di Carousell. Korang boleh tetapkan kategori, detail dan harga barang. Jual barang di Carousell mudah je, bila ada customer nak beli dia akan dm kita. Dan jangan risau bayaran semua boleh direct dengan kita,


Beli barang di Carousell
Kalau dah menjual, Miela  juga tergoda orang lain punya barang yang dijual. Miela ada pernah sekali beli barang di Coursell. Miela beli shawl Ereeka Jusoph. Harga asal RM40 50++ something kot tapi yang dijual RM20 include postage. 


Mudah je nak beli dm cakap berminat, buat payment apa semua tunggu barang nak beli tu sampai di rumah.


Akhirnya dapat shawl yang diidamkan tu dengan keadaan begitu baik. Still elok di pakai hehe. 


Carousell memang aplikasi yang best. Korang boleh dapatkan di Apps Store dan Google Play store. Tambah lagi kalau yang suka bergaya nak merasa barang orginal tapi tak mampu nak beli boleh beli barang di Carousell. Yang nak jual, silakann mudah je semua benda ada dihujung jari. Hanya perlu dafar di Carousell.  Hampa jangan lupa juga, add Miela di Carousell dengan username CikMila94. Kat situ Miela banyak jual novel-novel terpakai. Dapatkan sebelum orang lain grab, hehe.

Facebook : Carousell MY
Twitter : @thecarousell

Saturday, May 06, 2017

Cara Mohon Sijil Matrikulasi KPM

Salam Readership. Sebenarnya dah hampir lupa tentang sijil matrik. Dah lama kot mohon sijil, dalam hujung bulan 1. Dan dalam  bulan Mei baru dapat, lama kan?? 😂. Ada terdetik nak call pihak KPM kenapa lama sangat sijil tak sampai-sampai ni, tapi dah dapat it's okay 😉. Dapat pun sebelum habis intern, nanti habis intern nak mohon keja boleh show off sijil matrik hoho 😎.

Sebelum korang tanya, baik ioulss bagitau cara macam mana nak dapatkan sijil matrik. Sijil matrik tak kira mana-mana batch boleh dapatkan walaupun dah 10 tahun dah habis matrik. Dapatkan sijil matrik tau, hak kita tuu huhu. Tak susah pun nak mohon.

Inilah rupa sijil matrikulasi. Simple je


1. First pergi laman web kat sini untuk pemohonan sijil matrik. Klik link biru tu and download.

2. Baca panduan dan isi borang. Baca dengan teliti okay panduan tu. Dia ada dua option sama ada nak hantar borang by email or surat. Yang duduk jauh dari putrajaya better hantar surat sebab korang kena hantar sampul pos ekspress sekali untuk pihak matrikulasi hantar balik sijil ke rumah.

3. Kalau nak hantar borang permohonan biaq sampul surat tu besaq dari sampul surat sampul pos ekspress. Beli sampul ekspress dalam 353 x250 mm (A4 size) untuk pihak matrikulasi masukan sijil dalam tu nanti. So dalam sampul surat ada borang permohonan + sampul pos ekspress untuk di hantar. 

3. Kalau cop pengesahan pulak boleh dapatkan daripada pegawai kerajaan kumpulan A macam lecturer, pegetua sek menengah, pengawai daerah etc. List pegawai kerajaan A boleh tengok disini

Korang akan dapat sampul pos ekspress yang dihantar ke KPM setelah sijil tu siap

Pesanan Cik Miela, better nak mohon silalah mohon sekarang. Proses agak lama, jangan expect mohon bulan ni bulan depan dapat. Berapa batch yang mohon sijil matrik, belum campur satu Malaysia lagi, huhu. Tapi lama atau cepat, janji dapat. Kita kena bangga sijil matrik sekarang dah laku wei.

 


p/s: Entri asal daripada post saya di Facebook sini. Tapi version blog saya update version membebel lebih sikit haha. Thanks for reading 😘.

Wednesday, April 26, 2017

Ezbuy Mudah Murah dan Cepat !!

Salam Readership. Mana nak cari website shopping global yang murah kalau bukan Ezbuy Malaysia. Banyak jugak pelbagai jenis barang, baju, makanan, kasut dan pelbagai barang international. Pendek kata hampir semua ada boleh didapati harga berpatutan malah ada yang lebih murah daripada harga produk local di Malaysia. Jadi korang tak perlu lah tempah tiket flight semata-mata nak dapat barang luar negara sebab segalanya ada di Ezbuy!!.



Untuk pengetahuan korang Ezbuy Malaysia dimiliki oleh EZbuy Holdings Limited sebuah syarikat yang menawarkan servis membeli belah profesional di atas talian. Barang-barang yang dijual merangkumi barang daripada negara seperti China, Korea, USA dan Taiwan. Jom kita tengok produk apa yang menarik di Ezbuy:


Klik gambar untuk lihat product Kdrama


Kdrama Product
Product macam ni paling Miela suka sangat 😍😍😍. Kalau dapat ni boleh feeling-feeling jadi watak herion, cuma hero je takda 😝. Antara barang dijual inspirasi daripada drama favoret korang seperti Goblin, Weightlifting Kim Book Joo, The Legend of The Blue Sea and Descendants the Sun.

Klik gambar untuk lihat Goblin doll

Antara produk kategori Kdrama, Miela suka Goblin Doll, omoooo nomu-nomu cutetaaa. Walaupun drama Goblin lama dah habis, tapi macam tak boleh move lagi nampaknya 😂.


Klik gambar untuk lihat K-Beauty product

K-beauty Product
Seperti kita tahu, di Korea juga terkenal natural product terdiri barang makeup dan skin care. Kalau rasa nak jadi persis artis korea macam Song Hye Kyo, Lee Sung Kyung, Kim Soo Hyun boleh bolehlah memcuba dengan harga berpatutan. Pelbagai jenama dalam kategori K-Beauty dijual seperti Etude House, Nature Republic, Laneige, The Face Shop dan lain-lain. Mostly barang K-beauty dijual direct daripada Korea so takda ragu-ragu samada produk tu fake atau tidak. 

Klik gambar untuk lihat Laneige BB Cushion Pore Control

Leneige BB Cushion memang antara product BB Cushion terbaik di dunia. Memang recommended untuk beli sebab bila apply rasa smooth je muka. Di Ezbuy korang boleh dapat harga diskaun sebanyak 40%.

Klik gambar untuk lihat K-Fashion product


K-Fashion Product
Dah pakai skin care dan makeup product dari korea, try pulak K-Fashion barulah rasa macam orang korea betul 😂. Dalam Ezbuy, banyak fashion inspirasi dari Korea seperti dress, blouse, skirt, topi dan sweater memang cantik la. Harga berpatutan hanya boleh dapat di Ezbuy je.

Klik gambar untuk lihat topi Kang Gary
Paling terkejut sekali bila tengok harga topi Kang Gary, serious weh murah. Selalu tengok tempat lain mau harga mahal berpuluh-puluh. Sini dapat belas-belas je, berbaloi kalau korang beli.


Banyak kan barang-barang menarik di Ezbuy. Ezbuy juga ada pakej menarik iaitu Prime Membership Program. Kelebihan Prime Membership Program korang dapat harga shipping fixed iaitu RM8.80 tidak mengira berat, size parcel ataupun kuantiti. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik info Prime Mambership Program.

Alang-alang dah cerita tentang Ezbuy, Miela nak share korang RM15 voucher. Caranya klik RM 15 voucher dan jangan lupa register yer. Then, enjoy your shopping 😘.


Sunday, April 23, 2017

Sushi King bukan sekadar sushi

Salam Readership. Kerap jugak eh blog ni update pasal makanan. Nak buat macam mana, modal update entri cuma makanan ja 😂. Maybe I'm food lover. Baru-baru ni Miela baru makan Sushi King. First time kot pergi sebab Miela bukan peminat sushi. Tapi entah macam mana tah mood macam orang mengidam, tetiba nak makan benda tak berapa suka makan. Actually bukan nak makan sushi pun, sebab I tergoda iklan kat Facebook Sushi King. Baru tau Sushi King bukan ada jual sushi je, tapi makanan Jepun lain seperti udon, ramen, salmon grill dan lain-lain. Nampak sedap pulak tengok iklan dia. 



Dalam Sushi King mesti ada benda alah ni. Yang sushi bergerak-gerak macam kat tempat letak luggage kat airport tu. Yang ada kat situ tu untuk side dish, kalau nak ambik, boleh ambik je. Tapi jangan lupa bayar ek 😁.



Antara menu yang ada selain Sushi. Sebenarnya banyak lagi tak sempat nak tangkap gambaq semua sebab excited nak order. Miela pilih mixed bento kemudian Milo Dinosaur. Adik pulak pilih Udon Black Paper dengan sushi sotong.


Tadaa makanan dah sampai. Untuk taste paling sedap kitorang order ialah Udon Black Paper. Kalau korang pergi Sushi King mesti try Udon Black Paper, sedap weh. Harga dia cuma RM10++. Yang Mixed Bento sedap jugak, especially salmon dengan ayam goreng. Ayam Goreng dia sedap sangat. Nasi dia pulak nampak ja sikit tapi makan sikit je dah kenyang, sebab dia lembik macam ada letak something yang kita rasa kalau makan sikit pun kenyang. 

Jadi kalau nak merasa keenakan makanan di Sushi King boleh pergi ke cawangan terdekat. Untuk lebih lanjut boleh ke website Sushi King atau Facebook Sushi King