Salam Readership. Untuk masih tak tahu kenapa tetibe je muncul anime Boruto. Anime Boruto ni merupakan kisah kesinambungan genarasi selepas Naruto. Masa ni kira era pemerintahan Hokage ke-7 iaitu Naruto. Tapi cerita ni lebih fokus pada si anak dia Boruto daripada Naruto sendiri. Begitulah ringkasan mengenai Boruto dalam tiga ayat haha. 

Actually Miela sendiri tak sangka boleh terjebak anime walupun umur macam ni dah boleh kahwin  dah 😆. Ini semua pengaruh daripada adik la ni. Habislah setiap minggu ternanti episode baru siri Boruto ni. Lagipun siri ni baru lagi, kalau anime dah masuk ep 20. Nampak nak tunggu epsiode Boruto tamat maybe lagi 15 tahun nampaknya. Masa tu mungkin dah beranak pinak kot diri ni.



Yang terjebak beli komik Boruto pun satu pasal jugak haha. Bukan apa sejak menganggur ni lagi kuat sikit nak kawal pembelajaan. Kalau boleh nak berjimat dan utamakan beli keperluan. Tapi tadi tak dapat kawal nafsu, terbeli jugak 😂. Lagipun harga komik tak mahal, RM 7 satu buku. 

Isi komik Boruto vol 1

Isi Komik Boruto Vol 2

Miela beli komik ni dekat kedai komik Sunway Carnival Mall, Penang . Kalau nak dapat online boleh juga, boleh kat 77 Manga - Bahasa Melayu. Cuma beli kat kedai untung tak payah kena bayar postage hehe. Kalau dah terjebak beli daripada start vol 1 alamatnya mesti nak kena beli komik sampai tamat kisahnya. Dulu-dulu pun suka juga baca komik cuma tu la tak reti jaga semuanya kemudian hilang entah ke mana. Laa ni dah besaq, kena jaga elok-elok. Mungkin boleh diwarisi komik ni untuk keturunan 😁.

1 Comments

  1. Saya ikut anime Boruto juga! Menunggu Sarada temu Sasuke ><

    But the comic is not available yet in my country huhuhu:(

    ReplyDelete