Sunday, December 02, 2018

Honest Review Facial Cleanser Tea Tree Oil Cosmoderm

Salam Readership. Hari ni Miela nak bagi honest review tentang satu produk Cosmoderm. Serius ini bukan review berbayar. Tapi kalau berbayar pun memang bagi honest review juga hehe. Tujuaannya Miela nak bagitau kat hampa, kalau tengah alami masalah jerawat tu better korang cuba pakai Facial Cleanser Tea Tree Oil dari Cosmoderm.

Kalau first time dengar brand Cosmoderm mesti ingat produk luar negara punya. Langsung takde ciri krim kilo ke apa. Tapi sebenarnya Cosmoderm produk keluaran tempatan Malaysia yang berkualiti okay. Produk ni senang je dapat di farmasi, Watson dan Guardian. 

Macam mana terdetik nak try?. Sebelum ni pernah dengar and baca dekat socmed pasal bagusnya produk Cosmoderm. Tapi tak rasa nak beli lagi, sebab pencuci muka dulu boleh pakai lagi haha. Tapi masa pergi Watson, ada offer dalam RM12++ jerrr, harga asal RM18++ tak silap. Murah kot, dengan function boleh redakan jerawat. Sebab sebelum ni pakai pencuci muka lain jerawat macam tu je tak berubah 😂


Dengan kawalan minyak


Apa yang best
- Ada vitamin E 200 I.U boleh kurangkan kawalan minyak, kotoran dan pori tersumbat
- Ada  minyak Tea Tree Oil yang terkenal dengan fungsi meredakan jerawat dan iritasi
- Bau wangi dan berbuih
- Harga berpatutan dengan pencuci muka 125ml

Selepas Miela gunakan pencuci muka Tea Tree Oil Cosmoderm, jerawat jadi akan cepat reda setiap kali jerawat baru timbul. Selalu kalau ada jerawat ni, mesti kena sapu ubat jerawat. Tapi bila pakai yang ini, ubat jerawat macam tak perlu kot. Sebab pencuci muka ni dah pandai redakan jerawat. So far pencuci muka yang ni dah ngam dengan kulit muka Miela. Jadi kalau korang nak dapatkan Facial Cleanser Tea Tree Oil Cosmoderm boleh dapatkan di farmasi, Watson atau guardian. Ataua boleh dapatkan di Shopee dan Lazada 😄

No comments:

Post a Comment