Saturday, May 06, 2017

Cara Mohon Sijil Matrikulasi KPM

Salam Readership. Sebenarnya dah hampir lupa tentang sijil matrik. Dah lama kot mohon sijil, dalam hujung bulan 1. Dan dalam  bulan Mei baru dapat, lama kan?? 😂. Ada terdetik nak call pihak KPM kenapa lama sangat sijil tak sampai-sampai ni, tapi dah dapat it's okay 😉. Dapat pun sebelum habis intern, nanti habis intern nak mohon keja boleh show off sijil matrik hoho 😎.

Sebelum korang tanya, baik ioulss bagitau cara macam mana nak dapatkan sijil matrik. Sijil matrik tak kira mana-mana batch boleh dapatkan walaupun dah 10 tahun dah habis matrik. Dapatkan sijil matrik tau, hak kita tuu huhu. Tak susah pun nak mohon.

Inilah rupa sijil matrikulasi. Simple je


1. First pergi laman web kat sini untuk pemohonan sijil matrik. Klik link biru tu and download.

2. Baca panduan dan isi borang. Baca dengan teliti okay panduan tu. Dia ada dua option sama ada nak hantar borang by email or surat. Yang duduk jauh dari putrajaya better hantar surat sebab korang kena hantar sampul pos ekspress sekali untuk pihak matrikulasi hantar balik sijil ke rumah.

3. Kalau nak hantar borang permohonan biaq sampul surat tu besaq dari sampul surat sampul pos ekspress. Beli sampul ekspress dalam 353 x250 mm (A4 size) untuk pihak matrikulasi masukan sijil dalam tu nanti. So dalam sampul surat ada borang permohonan + sampul pos ekspress untuk di hantar. 

3. Kalau cop pengesahan pulak boleh dapatkan daripada pegawai kerajaan kumpulan A macam lecturer, pegetua sek menengah, pengawai daerah etc. List pegawai kerajaan A boleh tengok disini

Korang akan dapat sampul pos ekspress yang dihantar ke KPM setelah sijil tu siap

Pesanan Cik Miela, better nak mohon silalah mohon sekarang. Proses agak lama, jangan expect mohon bulan ni bulan depan dapat. Berapa batch yang mohon sijil matrik, belum campur satu Malaysia lagi, huhu. Tapi lama atau cepat, janji dapat. Kita kena bangga sijil matrik sekarang dah laku wei.

 


p/s: Entri asal daripada post saya di Facebook sini. Tapi version blog saya update version membebel lebih sikit haha. Thanks for reading 😘.

17 comments:

  1. ada jugak cikja baca ni kt fb tp xsempat nk buat lg hehe

    ReplyDelete
  2. Tu la.. Ada terbaca jugak kat facebook haritu.
    Nice sharing ^^ sy dtg nk jmput join giveaway ni :) http://akhalilah.blogspot.my/2017/05/giveaway-by-butik-julita-anje-saya-nak.html?m=1

    ReplyDelete
  3. Nak guna sampul ape ye untuk hantar? Saiz?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampul surat biasa. Biasanya lebih besar daripada sampul surat pos ekspress supaya sampul surat pos ekspress boleh masuk sekali dalam sampul nak hantar tu

      Delete
    2. Cik miela, post ke kpm borang tu guna setem biasa ke atau poslaju

      Delete
  4. Nak tanya, yang..

    "Surat rasmi Permohonan Sijil Matrikulasi KPM (BMKPM/UDM-06) yang mengandungi maklumatNama Penuh, No. Kad Pengenalan, No. Matrik Pelajar, Sesi Pengajian, Kolej Pengajian, Jurusan serta Alamat surat-menyurat"

    ^ ni yang mana eh? Transkrip Akademik kita ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau awak dah download borang tu kan, surat rasmi tu ada sekali dkt borang tu. Tak silap page ke 3 kot.
      (BMKPM/UDM-06) no siri ni awak boleh tengok dkt penjuru kanan atas.

      Delete
  5. batch 16/17 boleh mohon skrg ke even result pspm II tak keluar lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak perlu mohon, mereka akan sediakan..yg perlu mohon yg batch sebelum ni

      Delete
  6. betulker mereka yang sediakan untuk batch 16/17

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ask ur lecturer la weii...tapi start batch yg dia umumkan ada sijil matric tu mmg suppose to dia bagi la lepas korg abis matric...kiteorg yg batch lama2 ni je kena mohon..

      Delete
  7. Assalamualaikum, nak tanya. sampul surat pos ekspres yang kita pos sekali dengan borang permohonan tu, perlu ke kita isi awal2 nama dan alamat rumah kita? terima kasih :)

    ReplyDelete
  8. Boleh ke kalau kita buat permohonan untuk 2 orang then hantar dalam satu sampul? Contoh mcm pasangan kembar.

    ReplyDelete
  9. Surat rasmi Permohonan Sijil Matrikulasi KPM (BMKPM/UDM-06) ada syarat dalam permohonan. kat mana nk download ya? sbb kat website x de pon

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kat website yang cik miela bagi, terus akan nampak ni 'Borang Permohonan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Muat Turun Borang-Permohonan-Sijil-2017.pdf'.. kalu awak tak jumpe boleh bagi emel,, nnti saya forwardkan borang nye...

      Delete