Tuesday, August 01, 2017

Resepi Ayam Masak Paprik Mudah

Salam Readership. Terlalu lama rasanya Miela tak update entri berkaitan resepi. Adakah Cik Miela sudah jarang ke dapur? 😅😅😅. I'm not sure. Kadang-kadang ke dapur, kadang-kadang tak jugak haha. Yang pasti rindu nak update entri pasal resepi ni.

Kali ni Miela nak kongsikan resepi Ayam Masak Paprik. Resepi ni sangat senang. Kalau korang try buat ikut cara yang betul sumpah rasa Ayam Paprik macam masak kat kedai. Actually masak Ayam Paprik mudah je, campak-campak je gitu. 



Bahan-Bahan
Ayam bahagian dada di potong kecil
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar pes tomyam (jika sukakan aroma ala Thailand)
Sedikit kicap manis
2 ulas bawang dihiris halus
1 bawang besar dihiris bulat
1 cili merah dihiris
5 biji cili padi diketuk (kalau suka pedas boleh lebih)
Sayur-sayuran seperti Kacang panjang, Jagung kecil, Lobak merah dan daun limau

Cara-cara

1. Tumis bawang kecil dan bawang besar sehingga wangi
2. Masukan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
3. Masukan semua sos. Kacau hingga sebati
4. Masukan isi ayam dan jangan lupakan masukan air supaya kuali tidak kering
5. Masukan garam dan serbuk perisa
6. Akhir sekali masukan cili dan sayur yang anda suka.
7. Masak sehingga sayur empuk dan sedia untuk dihidangkan


Mudah tak resepi ni?. Isi ayam hampa agak-agak makan 4-5 orang. Actually keenakan paprik sangat bergantung kombinasi sos tu. Sos cili bagi rasa pedas, sos tiram bagi rasa masin dan sos tomato dia ada rasa masam-masam sikit. Tapi kalau sos terlalu banyak tak best juga, kena ada air sikit jangan terlalu pekat betul-betul macam sos dalam botol 😂 tau.

4 comments:

  1. Nampak gambar saje pun dah rasa kesedapannya.. Mesti sodap ni kan miela.. Leh la try nanti.. :)

    ReplyDelete
  2. Alahai sedapnya paprik. Favourite nih..

    ReplyDelete
  3. salah satu lauk aida suka masak.
    anak-anak suka tau.
    letak cili padi 3-4 btg, kasik pedas.

    ptg ni in shaa Allah nak buat telur sweet sour :)

    ReplyDelete