Salam Readership. Untuk entri kali ini Miela nak berkongsi sedikit pengalaman menghadiri interview untuk internship walaupun masih menunggu jawapan samaada dapat ke tak tempat intern di interview huhu. Miela study dalam course pengurusan jadinya tempat internship yang dimohon mestilah berkenaan course yang kita ambil kan. Ada internship perlu interview ada internship terus serap masuk sahaja. Tapi yang ada interview at least ada pengalaman untuk kita tempuhi pengalaman bila interview yang real punya. 

So far miela dah hadiri interview untuk internship sudah dua kali. Dua-dua company memang sangat berbeza cara interview dia. Miela takkan dedahkan nama company ni tapi cukup korang tahu interview ni memang company kat Penang. 

Interview company R

Jawatan internship dimohon sales and marketing sebuah syarikat web development. Langsung seriously never though internship interview ada ujian bertulis. Dah macam exam pula, nasib baik ada ingat sikit apa dibelajar pasal marketing ni. Ada soalan agak menguji minda jugak. Tapi mostly dia tanya pengetahuan asas tentang laman-laman web ni. Nama pun syarikat web development. Ada soalan test Miela ingat sampai hari ni soalan lebih kurang jika anda ke luar kawasan untuk bercuti bagaimana anda nak update social media tanpa internet. Of course jawapanya buat schedule post kan. Dan ada jugak soalan beberapa case korang kena cari solutionnya.

Selepas test bertulis. Orang yang interview kita mula-mula akan scan resume kita. Kemudian macam biasa minta perkenalkan diri. Then dia tengok balik jawapan apa yang ditulis masa ujian bertulis. Kalau ada jawapan menarik atau tak kena di mata dia, orang tu akan tanya kenapa kita letak jawapan macam tu. Dan perlukan justifikasi kenapa jawab soalan macam tu.


Interview company D

Interview company D tak sehard company R. Inteview simple-simple soalan dia. Tapi sebelum datang interview kena isi soalan personality test. Sesuai position untuk internship. Key point interview dia tanya pengalaman kerja. Tapi Miela memang langsung takde pengalaman kerja jadi dia tengok project atau event yang kita involve masa universiti. Nasib baik ada beberapa kali jadi pengarah boleh dijadikan point untuk tunjuk kita ni berkebolehan. Jadi kena terang apa program tu macam mana penjalanan dia, target , apa yang kita dapat dan role sebagai project director.

Kesimpulan
Dua-dua company memang cara inteview sangat berbeza sebab ada ujian bertulis yang tak. Kalau yang ada ujian betulis atau soalan dia susah ini menunjukan masa internship bersiap sedia dapat kerja yang susah atau maybe kurang diberi tunjuk ajar sebab company tu expect kita tahu semua benda. Kalau yang tanya soalan agak common tu ada kemungkinan internship kita akan lalui ada tunjuk ajar. Persamaan kedua-dua interview ni lastly akan tanya tentang transport nak pergi tempat kerja, then kita tinggal kat mana masa interview dan willing tak untuk intern lebih daripada masa internship yang ditetapkan oleh univerisiti. Jadi Miela harap pengalaman interview yang tak seberapa boleh dijadikan rujukan untuk korang interview masa internship nanti. 

1 Comments