Rezeki Carousell: Terjual 6 Novel sekaligus
Salam Readership. Alhamdulilah hari ni murah sangat rezeki sebab ada customer beli novel preloved dari Corousell sebanyak 6 biji novel sekaligus. Makin lama rak novel agak lenggang sikit. Sememangnya Corousell boleh dijadikan sumber pendapatan untuk menjual barang-barang terpakai. Setakat ni sudah 10 novel/buku sudah terjual di Corousell.
Miela sukakan jual barang di Corousell sebab laman web/aplikasi Corousell sangat ringan dan mesra pengguna. Tiada tempoh had masa iklan berlangsung dan Corousell selalu buat event yang boleh dijadikan platform untuk promote barang yang kita jual. Pengalaman pertama mengunakan apps Corousell juga Miela pernah cerita disini.
Ada orang tanya macam mana nak jualan laku di Corousell?. Miela biasanya akan upload barang nak dijual pada waktu tertentu dan tidak upload semua barang sekali gus. Kenapa? sebab kalau upload semua barang yang kita nak jual dalam satu masa listing barang akan muncul dalam satu masa sahaja. Tetapi upload lain-lain masa contohnya pagi upload buku terpakai, tengah hari upload baju dan petang upload barang makeup atau selang sehari upload supaya listing senang naik. Lagi satu kita nak tunjuk yang kita seller aktif kalau update jualan setiap hari.
Tapi jangan risau, kelebihan Carousell ni walaupun barang hampa dah jual berminggu still muncul dalam listing cuma hampa kena rajin bukak akaun Carousell. Sebab kalau tak aktif akaun coursell barang listing susah sikit nak up. Dan satu tips lagi untuk jualan laku di Carousell ialah dengan rajin sertai event-event ada Carousell. Selalunya Coursell akan bagi notifikasi event akan datang dan kita boleh join dengan pakai hashtag atau tetap harga bersesuaian dengan event.

Event terbaru Carousell #SemuaPercumaMarket dimana-mana barang dijual semuanya percuma dan mungkin ada syarat tertentu dari seller. Boleh usha di link ini untuk grab barang percuma. Selamat menjual dan membeli di Corousell!!.
5 Comments
hurmm menarik ni.. Nanti leh la try jual brg preloved kat situ..
ReplyDeleteCcl baru tahu pasal corousell. Esok boleh terjah lman web
ReplyDeleteJempht ke entri ccl http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2017/08/7-cara-menjawab-soalan-temuduga-dalam.html
hmm aida x tahu pasal corousell ni.
ReplyDeletetq for sharing. nanti nak terjah survey tgk.
awesome ~
ReplyDeletetransaction fee berapa
ReplyDelete