Salam Readership. Lambat sikit update tentang berita gembira ni ya. Sebenarnya dalam dua hari lepas tak sangka dapat emel yang Blog Cik Miela lulus goodle adsense. Waktu dapat emel masa tu waktu nak lelapkan mata dalam pukul 11.55pm macam tu. Rasa tak percaya, terus bukak laptop double check emel. Memang betul blog ni dah lulus letak ads dari google. Apa lagi masa tu terus letak iklan dalam blog secepatnya.



Sebelum ini Miela pernah juga mohon google adsense tapi tak lulus. Tapi untuk kali kedua mohon, alhamdulilah lulus. Seriously tak letak harapan untuk blog lulus google adsense sebab blog Miela sendu sikit. Update tak la selalu, sebulan pun update hanya beberapa entri sahaja. Pageview kurang daripada 500 je sehari. Tapi maybe sebab Miela dah berblogging dah lama, sejak zaman sekolah menegah lagi. Walaupun jarang update selalu, tapi Miela selalu pastikan blog ni hidup. Paling busuk pun sebulan kena ada 2 entri haha. Sehingga hari ni jumlah entri dipublish 490.

Masa kali pertama kena reject tak rasa nak mohon lagi sebab rasa tak confident 😂. Tapi semangat nak mohon kali kedua tu datang bila ramai blogger mohon kebanyakanya dah lepas. Jadi tak salah nak cuba lagi sebab bukan rugi pun kan.

Waktu tunggu lulus adsense agak lama jugak. Dalam 2 3 minggu macam tu. Tapi tak rasa tertunggu pun, macam kata tadi tak letak harapan sangat. Tapi alhamdulilah lulus juga dengan jayanya. Jadi rakan blogger yang belum lulus tu boleh mohon lagi tau. Disamping tu update entri blog, kumpulkan follower dan try buat entri SEO. Insyallah blog korang pun ada pontensi untuk lulus adsense. 

7 Comments