Pengalaman ambil suntikan HPV secara PERCUMA
Salam Readership. Hari ni nak story pengalaman ambil suntikan HPV secara percuma. Secara jujurnya sampai umur 23 tahun tak pernah lagi ambil suntikan HPV ni. Bukan takut 😅 tapi tak sempat nak ambil, walaupun masa first year kat U dulu ada offer suntikan free. Lepas kejadian tak sempat ambik suntikan tu, rasa macam tak ambil kisah pasal suntikan HPV ni. Tapi sejak beberapa minggu isu suntikan HPV hangat kembali 💥 kat facebook, baru timbul kesedaran nak ambil suntikan HPV. Kebetulan tengah cuti lagi, so ada masa nak pergi klinik.
First kalau nak dapat suntikan free kena tahu klinik mana terdekat yang tawarkan suntikan free. Tak semua klinik ada suntikan free tau. Jadi kena rujuk website ni untuk cari klinik LPPKN yang berhampiran. Oh ya lupa, suntikan HPV hanya available untuk yang lahir 1990-1996 sahaja. Kalau terlebih umur takde rezeki nak dapat suntikan free, huhu. Lagi satu pastikan tak hamil masa ambik suntikan tu sebab suntikan HPV ada kesan sampingan sikit. Yang ceq ni sah-sah tak hamil lagi, kahwin pun tak 😂.
Klinik yang terdekat dengan rumah Miela ialah Klinik Nur Sejahera LPPKN Parit Buntar |
Dah tahu maklumat klinik mana yang terdekat so Miela pergilah Klinik Nur Sejahtera, Parit Buntar. Mula-mula pergi kaunter habaq nak ambil suntikan HPV percuma pastu nurse tu tanya lahir tahun berapa untuk melayakkan dapat suntikan free. Then cuak jugak tetiba nurse tu cakap "dos HPV habis dah dik". Pastu nurse tu check balik stock dos HPV ada tinggal sikit lagi. Nasib ada lag stock, kalau tak sia-sia jugak lah pergi. Pengajaran better call dulu sebelum nak ambil suntikan HPV. Nurse pun ada cakap sejak viral pasal suntikan HPV, ramai pergi klinik. Padahal tahun lepas banyak dos tapi takda sapa pergi. Tulah nama kuasa viral kat facebook.
Sebelum suntik tu dia akan bagi borang suruh isi. Pastu terang pasal suntikan suntikan HPV dan kesan sampingan lepas suntik macam lengan lenguh dan lembab tu perkara biasa. Masa suntik tu pulak dia cucuk kat lengan. Serious tak sakit langsung kena cucuk 😎, maybe sebab Miela dah biasa kena cucuk huhu.
Borang, kad dan pamplet bagi lepas kena suntikan pertama |
Korang jangan ingat lepas kena suntik takpayah kena suntik lagi 😯. Kena ambik lagi 2 dos untuk mencegah daripada kanser serviks. Nurse ada bagi kad appointment untuk suntikan seterusnya. Then dia juga bagi borang kesan sampingan kalau korang ada kesan sampingan yang teruk lepas kena cucuk. So far lepas kena cucuk ada rasa lengan lenguh dan lebam dalam 2 3 hari 😣. Lepas 3 hari dah takda rasa sakit.
Jadi kepada yang lahir tahun 1990-1996 yang belum ambil suntikan lagi, ambil suntikan untuk melindungi daripada kanser serviks. Kanser serviks merupakan kanser ketiga kerap dihadapi oleh wanita di Malaysia. Kalau ada peluang benda free ambilah, sebab suntikan HPV ni berkos RM600. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Gituuuu 😘.
5 Comments
Dah terlebih umur nk amik yg free.huhu
ReplyDeletetak pernah pi klinik amik suntikan HPV ni. gi hospital utk lawat sedara sakit, pi klinik p hantaq kawan yg sakit. memang kena ambillah? lama dah tak suntik2 ni ��
ReplyDeletefree untuk yang lahir 1990-1996. Di galakkan ambik sebab penyakit Kanser serviks merupakan kanser ketiga kerap dihadapi oleh wanita di Malaysia
DeleteKalau utk ketiga2 dos suntikan tu brp harganya ya bg yg bkn lahir thn 1990-1996??
ReplyDeleteDalam beratus jugak. 600 lebih
ReplyDelete