3 Pekara WAJIB perlu anda tahu jika SAKIT ketika travel
Mimpi indah kan kalau dapat
peluang travel ke luar negara terutama bila kita boleh spend masa travel bersama
orang tersayang. Sapa je tak suka travel ni, Miela pernah sekali travel ke luar
negara serius rasa nak repeat lagi. Waktu travel ni lah kita boleh spend masa
yang sepenuhnya untuk mereka. Sekarang ni banyak pilihan airline yang boleh
kita guna untuk travel ke luar negara bergantung pada bajet yang kita ada.
Kalau nak airline yang low cost boleh lah beli dekat Scoot Airline dan Airasia.
Kalau kita ada bajet lebih sikit dan nak travel jauh dalam keadaan yang selesa
boleh cuba terbang dengan Qatar Airways Airline
atau Emirates. Semestinya lah harga tiketnya lebih mahal tetapi memang berbaloi dengan servisnya sentiasa
tiptop. Semua tiket dan hotel untuk trip kita ni sebenarnya kita boleh tempah melalui Traveloka sebab ia menyediakan
servis yang berbaloi untuk kita berbanding kita beli tiket flight dan hotel
secara berasingan. Dan semestinya ia bergantung kepada individu itu sendiri,
mengikut bajet yang dah kita buat di awal peracangan.
Macam yang kita semua tahu,
travel ni merupakan 1 benda yang fun. Kalau boleh kita minta sangat dijauhkan
daripada segala jenis penyakit bila travel. Tapi korang kena ingat tak ada
siapa pun yang boleh jamin kita tak akan sakit langsung. Orang kata tu biarlah
kita sediakan payung sebelum hujan. Selain perancangan bajet travel,
perancangan mengenai kesihatan ketika travel juga korang kena prepare tau sebab
kita tak akan pernah tahu apa yang akan berlaku nanti. Manalah tau waktu pergi
kita sihat je, masuk hari kedua tetiba demam ke accident ke kan. Kalau boleh minta
jauh sangat lah benda ni jadi. So, Miela nak share sikit apa yang boleh kita
buat untuk rancang perjalanan kita dari aspek kesihatan.
Travelling
takaful/insurans
Jujurlah I kata, sebenarnya tak pernah ambil berat tentang
insuran travel ni sebelum ni. Tetapi bila dah baca pengalaman orang lain rasa
risau kalau tak ambil. Sebab kita semua tahu, yang kos perubatan untuk
mana-mana negara pun akan mahal lagi-lagi kita bukanya wargangara mereka jadi
langkah selamat baik ambil pelindungan takaful bila pergi travel. Takaful atau
insurans ni pun ada 2 jenis, 1 yang kita bayar dulu pastu baru claim dan yang
lagi 1 kita boleh terus guna Guarantee Letter (GL) tanpa keluarkan duit kita.
Semestinya Miela prefer pilihan kedua sebab kita tak perlu risau untuk
keluarkan duit kita dulu. Yelah bukannya sikit kalau nak guna duit kita dulu
malah boleh mencecah ratusan ribu. Jadi sebelum beli takaful tu pastikan kita
dah betul-betul clear dan faham ia sediakan plan yang mana. Setakat yang Miela
tahu Etiqa Tripcare 360 je yang ada sediakan GL takaful lain tu kurang pasti.
Dan untuk pengetahuan korang, kos untuk takaful ni pun tak adalah sampai
mencecah ratus, dalam range puluh-puluh je dan benefit yang kita dapat pun
banyak. So, jangan berkira untuk beli
travelling takaful atau insurans ni ya.
Basic ubat
Selain takaful, bekalan ubat-ubat yang basic juga perlu
untuk kita sediakan prepare sebelum travel. Lebih baik kalau kita memang dah
ada travelling kit untuk ubat. Ubat yang wajib ada:
Panadol
Ubat Selsema
Minyak Angin
Gaviscon
Plaster
Ni yang paling asas lah, kalau ada lagi ubat yang kita rasa
penting bergandung pada aktiviti kita nanti bawa lah siap-siap. Contoh macam
kita pergi island hopping ada yang mabuk laut, prepare awal-awal. Kalau ada
aktiviti yang banyak jalan atau hiking, boleh sediakan salonpas dan seangkatan
dengannya lah. Kalau kita memang ada penyakit yang memang memerlukan ubat,
jangan lupa untuk bawa juga seperti inhaler dan sebagainya.
Klinik dan Hospital
Terhampir
Kita dah prepare dengan takaful dan ubat-ubatan, jadi benda
yang lain kita kena sediakan adalah list klinik atau hospital yang terhampir
dengan tempat penginapan kita duduk ketika travel. Jadi senanglah kita tahu kemana tempat patut
kita pergi jika sakit. Sebab tu takaful adalah benda utama yang perlu kita buat
dari aspek kesihatan bila travel. Apabila sakit, kita boleh terus ke klinik
atau hospital tanpa perlu risau mengenai bayaran kalau kita ambil yang gunakan
GL.
Jadi inilah 3 benda asas yang perlu kita tahu kalau kita
sakit ketika travel. Harap-harap tips yang Miela kongsikan dapat bantu korang
untuk. Sekurang-kurangnya bila kita settle 3 benda ni, boleh travel dengan
tenang. Jadi, Selamat Bercuti!!
1 Comments
Great tips! Kadang tu bab medical kit ni ramai yang terlupa untuk masuk dalam travel checklist. Travel insurance tu sangatlah penting dan boleh dapat serendah RM20 je
ReplyDelete