Sejarah kelahiran Doraemon
Salam Readership. Sapa disini peminat Doraemon angkat tangan!!!. Wahhh banyaknya, Miela pun tak terkecuali juga peminat tegar Doraemon. Kalau pergi kedai hadiah, yang Miela cari barang Doraemon dulu. Ada beberapa koleksi Doraemon yang Miela simpan, tak banyak pun. Ada beli sendiri ada yang orang bagi. Walaupun beribu-beribu kartun baru muncul, Miela tetap setia kartun Doraemon ni huhu. Minat Doraemon pun sejak dari kecil, dibesarkan dengan cerita kartun tersebut.
Dalam berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus episode siri Doraemon korang tengok pernah tak suatu hari terfikir macam mana Doraemon dicipta?. Kalau korang peminat Doraemon wajib tahu okay?. Kalau tak tahu, meh Miela nak cerita sedikit tentang asal usul Doraemon.
Wajah asal Doraemon. |
Doraemon asalnya dicipta berbentuk robot kucing berwarna kuning mempunya dua telinga pada abad ke-22. Kenapa Doraemon sekarang berwarna biru?. Haa sebenarnya ada peristiwa pahit kenapa Doraemon bewarna kuning boleh bertukar menjadi warna biru.
Ketika Doraemon dicipta ada satu peristiwa, disebabkan ada masalah teknikal ketika proses pembuatan robot Doraemon, Doraemon menjadi robot kurang sempurna daripada robot lain yang dicipta. Malah dalam ujian dan latihan robot, Doraemon asyik gagal je. Macam kisah nobita pulak haha. Akhirnya Doraemon dihantar ke Akademi Robot untuk improvekan prestasi robot Doraemon supaya menjadi robot yang berguna.
Doramiyako |
Di Akademi Robot Doraemon bertemu dengan Doramiyako, kucing penari yang Doraemon pernah jumpa masa Doramiyako menyelamatkan dia hampir dibuang di pusat pelupusan robot. Walaupun Doraemon sering merasakan diri dia robot yang tak berguna, Doramiyako selalu bagi semangat supaya Doraemon tidak berputus asa. Akhirnya Doraemon telah lulus dari Akademi Robot dan dipilih oleh keluarga keturunan Nobita.
Doraemon ditugaskan untuk menjaga bayi bernama Sewashi sehingga besar. Namun ada peristiwa hitam berlaku ketika Sewashi memperbaiki patung berupa Doraemon. Sewashi telah mengunakan robot tikus untuk membaiki patung Doraemon, tetapi disebabkan ada technical error pada robot tikus, robot tikus tu pergi makan telinga Doraemon yang sebenar. Dah nampak kan kenapa Doraemon kenapa Doremon fobia dengan tikus sedangkan dia tu robot kucing hehe.
Maka Doraemon dimasukkan ke hospital robot untuk rawatan lanjut. Telinga Doraemon tidak dapat diselamatkan. Ketika Doramiyako melawat Doraemon, Dormiyako ketawa terbahak-bahak melihat Doraemon tanpa telinga. Jadi Doraemon pun sedih dan menangis sehingga warna pada badan dia luntur dan bertukar menjadi warna biru.
Begitulah kisahnya dari jadi robot kucing warna kuning yang bertelinga sampai menjadi robot "kacak" berwarna biru. Tapi agaknya apa peristiwa selepas Doraemon bertukar warna biru sebelum di hantar ke zaman Nobita?. Nak tahu kena tengok video dalam ni. Klik subtitles/cc untuk sarikata. Kalau takda subtitle tak faham kartun ni cakap apa. Selamat menonton!!
Nota: Harap masa konvo nanti ada orang bagi hadiah patung Doraemon hiks.
8 Comments
Hehehe...dulu tak pernah tinggal tengok doremon ni..
ReplyDeletetak pernah tahu pun asal-usul doraemon ni macam mana dulu. hehe. by the way Fatin singgah sini sambil klik iklan maggi dan IKEA :)
ReplyDeletehaha... kena terus... rasa mcm awak tengah bercakap pasal saya sbb kwn kwn aisy panggil aisy doraemon
ReplyDeletelol...nice sharing dear. baru tahu...hihi
ReplyDeleteNi betul peminat doraemon :p
ReplyDeletelama x tgk doreamon.. dulu peminat setia.. hehe
ReplyDeleteEntry terkini.. Jemput singgah "Lantai Cilik Musim Ke-3"
Join GA ni "Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015"
kawan kak yoorin ada sorang hantu doremon... memg suka gila lah doremon..kereta rumah dia semua hias dengan barang2 doremon
ReplyDeletebaru tahu jugak... hihihi.. dulu baca kat komik, just cakap sebab kena gigit ngan tikus je.. rupa2nya robot tikus yek... Hehehe
ReplyDelete