Tuesday, August 25, 2015

Rahsia yang tersimpan


Salam Readership. Sambil menghitung hari semester ke-5 yang akan bermula tak lama lagi, memcuba menghabiskan cuti semester dengan aktiviti boleh menyenangkan hati. Gila kau cuti dah nak habis, takkan nak dok termenung sahaja mesti kena menikmati sisa cuti sepuasnya. Contohnya membuahkan lagi entri baru dalam blog ni kihkih. Maklumlah nanti bila sambung study, kemungkinan besar blog ni akan terabai. Hmm nak buat macam mana, adat belajar tak mampu nak hadap blog selalu.

Sedar tak sedar dah 5 tahun Miela menulis blog. Miela start menulis blog pada Ogos 2010. Masa tu niat tulis blog suka-suka erti kata lain syiok sendiri pun ada jugak kah kah. Kalau tengok entri mula-mula tulis blog, macam tak percaya entri tu memang ditulis Miela sendiri. Dalam benak fikiran "Aku kah yang tulis?". Biasalah zaman muda dulu, masih tak berapa nak matang. Menulis pun syiok sendiri beb. Tapi bila umur semakin meningkat, banyak pengalaman kau lalui semakin matang dengan kehidupan ni. Ehhh lari topik ke?.

Miela sebenarnya bukan nak cerita sejarah blog ni, kalau nak cerita tentang sejarah blog ni kena buat satu lagi entri huhu. Sepanjang Miela menulis blog ada beberapa kawan yang tahu Miela ni ada blog. Kawan sekolah ramai dah tahu, cikgu pun ada tahu. Malu kitew tau depa baca entri merapu nieh. Of course BFF masa sekolah pun tahu, ada juga mereka baca blog ni. Depa bagi support sepenuhnya untuk Miela menulis blog, terharu rasanya.

But since masuk matrik, ada beberapa kawan matrik Miela ja tahu Miela ada blog. Itu pun sebab bio dalam twitter Miela letak link blog disitu. Siapa ada twitter tahu lah kan Miela ada blog, takda twitter tak tahu la *masa tu zaman twitter baru suam-suam kuku. Malas lah kecoh-kecoh kita ada blog haha. Tapi terkejut juga lecturer pun tahu Miela ada blog. Pelik jugak eh??. Macam mana lecturer boleh tau, entahlah. Blog ni takda femes mana pun.

Satu hari tu, ada kawan matrik bersembang pasal tentang blogger favourite dia. Habis nama Yuyu Zulaikha, Fatin Liyana, Cik Epal, Irine Nadia semua hat blogger femes dia sebut. Miela pun seronok dengar dia cerita, sebab Miela suka baca blog mereka ni. Tetiba pulak Miela mengaku, Miela pun ada blog. Tapi nak tahu apa reaksi kawan tu?. Dia tak percaya Miela ada blog. Entah kenapa pulak dia tak percaya. Dia kata blogger selalunya jenis perahsia, takkan bagitau rakan terdekat yang dia ada blog. So Miela masa tu malas nak pertahankan apa yang Miela cakap, anggap yang Miela cakap tadi tu gurauan huhuhu. Balik bilik terus delete link blog dalam bio twitter.


Bila masuk USM, siyes 2.8 billion takda sapa kawan univerisiti yang tahu Miela ada blog. Kecuali follower budak USM yang follow blog ni. Tapi rakan terdekat dalam U ni takda sapa yang tahu termasuklah roommate sendiri. Nak update pun main sorok-sorok haha. Masa dia tidoq ka, masa dia pergi kelas kalau Miela ada mood nak update blog Miela update. Sebabnya?? mungkin sebab peristiwa kat matrik tu kot. Tak jugak tapi yang pasti kitew segan kawan kitew baca blog kitew nih *gedik sangat jawapan tu haha*. Biarlah depa tak tahu, senang sikit Miela nak update entri tentang depa ni hehe. 

Yang penting segala kenangan dan kisah Miela akan tulis disini. Blog ni ibarat diari online. Walaupun laptop kena ribut terbakaq hangus sekali pun, blog takkan padam. Malah blog ibarat bank segala kenangan. Miela rasa awal-awal niat tulis blog syiok sendiri itulah tulah banyak menulis segala cerita. Bila baca balik entri lama, dapat flashback balik kenangan dulu-dulu. Sebab itulah Miela suka menulis blog. Rasanya blogger lain pun ada rasa yang sama, bukan??. 


Nota: Cuti semester dah nak habis. Dah nak masuk third year, tuanya rasa T.T.

4 comments:

  1. tempoh miela ada blog lebih kurang macam IQ, IQ start september 2009, lebih 5tahun jugak la..

    tapi kat universiti IQ ada group blogger, so...selalu la berinteraksi dengan dorang...dan buat aktiviti...

    ReplyDelete
  2. Salam Cik Miela,

    Sama kes dgn saya daa.. Mula2 malu nak menghebahkan blog sendiri tapi ada hati nak jadi blogger.. Last2 ada kwn bg support tanpa segan silu mengaku ada blog.. Uikshh mcm x caya..hehehe

    ReplyDelete
  3. akk pun kalau bleh takk nak org tdekat tahu..rse mcm xbest plak...huhuhu...by the way..akk da follow miela

    ReplyDelete
  4. betul. kawan-kawan saya pon tak tau yang saya ada blog XD

    ReplyDelete