Jalan-jalan Tempat Menarik dan Makan Menarik di Kuala Sepetang & Taiping
Salam Readership. Jarang-jarang Miela nak share tentang jalan-jalan ke Taiping sebabnya selalu ke Taiping sebab dekat sangat. Jarak dari rumah Miela ke Taiping tidaklah terlalu jauh, dalam 40 minit. Tapi kali ni berbeza sedikit. Nak share tempat menarik yang mungkin ramai tak tahu, jadi Miela share disini.
Kami mulakan pagi perjalan direct terus ke Kuala Sepetang. Kalau jarak dari Taiping ke Kuala Sepetang kira-kira setengah jam sahaja. Tempat kami tuju ialah Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang atau dikenali Matang Mangrove Forest Reserve. Normally selalu Pusat Eko Pelajaran tempat lawatan budak-budak sekolah untuk lawatan sambil belajar. Dan ini bukanlah kali pertama Miela pergi, sebelum ni dah pergi tempat ni masa study dulu. Tempat ni orang luar ramai tak tahu sebenarnya, tapi kecantikan tempat ni boleh buat port ootd untuk bergambar
Harga tiket masuk RM5, manakala satu kenderaan yang masuk dikenakan RM2/kenderaan
Keindahan pokok bakau amat menyenangkan
Lepas puas ootd dekat hutan paya bakau ni, of courselah lapar. Jadi terus ke Doli Kuey Teow Goreng. The best Kuey Teow Goreng dekat Taiping. Jarang tak penuh makan dekat sini. Kalau datang Taiping nak makan Kuey Teow Goreng wajib cuba . Doli Kuey Teow Goreng sederet jalan ke Taiping Mall.
Kuey Teow Goreng dan Mee Sup di Doli Kuey Teow Goreng
Tak puas lagi bergambar dekat Kuala Sepetang, sambung pula bergambar dekat Taman Tasik Taiping. Rugilah kalau ke Taiping tak singgah Taman Tasik Taiping, sebab kawasan sini banyak pokok-pokok terpelihara. Kira Taman Tasik ni ibarat kebangaan orang Taiping sebagai tapak warisan merupakan merupakan Sustainable Global Top 100 Destinations Award . Tempat ni pun best untuk beriadah tau.
Last short trip kitaorang berakhir di Cendol Ansari untuk basahkan tekak. Ini pun sedap jugak cendol dia, dan memang sentiasa ramai orang. Cendol serendah RM2.50, sangat murah. Tak ingat kat mana, tapi dekat je dari Taman Tasik Taping. Kalau waze Ansari Famous Cendol confirm jumpa.
0 Comments