Showing posts with label Jalan - jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan - jalan. Show all posts

Sunday, November 25, 2018

Dapatkan kupon dan T-money percuma dari KTO (Korea Tourism Organization)


Salam Readership. Sebenarnya Miela merancang nak pergi korea dalam bulan februari tahun depan. Doakan tau semoga urusan di pergi Korea dipermudahkan, sesungguhnya travel ke korea merupakan impian dah lama dah idamkan. Hehe tak sabar nak jumpa oppa kat sana 😝

Sebagai persedian, jadi Miela banyak research tentang travel ke Korea sebelum nak pergi. Kebetulan juga baru tahu Korea Tourism Organization ada offer sesiapa jawab survey akan dapat booklet voucher dengan T-Money free. T-Money paling penting ibarat Touch n Go dekat Korea. Kalau beli nak dekat RM10 covert duit Malaysia. Why not grab benda yang freee je muahahahaha.

Boleh jawab survey di website KTO

Caranya korang perlu daftar ahli dan jawab survey di Discover Korea Your Way (DKYW) 2018 . Disebabkan Miela jauh dengan Korea Plaza, jadi Miela sent photocopy IC dan tiket flight by post je. Miela sent sampul post laju prepaid warna oren size S. Dalam sampul kena sediakan siap sampul prepaid untuk Korea Plaza post balik yer.


Dah sampai bookletnyaa. Dia satu booklet inform tentang tempat menarik di korea dan satu lagi peta di Korea


Peta ni penting, tambah peta subway ni. Kena study betul-betul sebelum pergi sana. Kalau sesat negara sendiri takpe, sesat di negara orang faham-faham jelah aigooo



T-money sangat berguna di Korea nanti. Tinggal reload je nanti kat sana. 



Kupon sehingga promo 40%, banyak tuuu


Website Korea Tourism Organization banyak info berguna untuk merancang nak pergi Korea. Kalau nak tau setiap tahun KTO offer voucher free tau. Kalau korang nak dapat info atau lagi banyak voucher boleh je terus ke Korea Plaza dengan bawal salinan IC/pasport dan tiket flight.

Korea Plaza
Ground Floor, 
Menara Hap Seng,
Jalan P Ramlee,
50250 Kuala Lumpur

Sunday, September 02, 2018

Hiking Gunung Semanggol

Salam Readership. Terlalu lama rasanya tak mengupdate entri. Kisah hiking Gunung Semanggol dah lama sebenarnya. Kitaorang pergi masa bulan 4 hari tu. Sekarang dah masuk bulan 9, lamanya peram cerita 😂.

Actually Gunung Semanggol dekat je dengan rumah, dalam 15-20 minit dah boleh sampai. Cumanya baru dah tawan Gunung Semanggol ketika umur 24 tahun kah kah. Untuk trip hiking kami pergi seramai.... 1..2..3... * tengok gambar kat bawah. Haa......7 orang yer pergi, hehee



Nak cari gunung semanggol senang je, pakai waze tup tup sampai dah destinasi haha. Landmark dia kat Masjid An-nur, boleh parking kereta kat situ lepas tu boleh start jalan menuju ke kaki gunung. Sebelum naik hampa akan lalu ladang kelapa sawit. Mula-mula relax je, jalan rata tak mencabar sangat. Kalau bertuah ada lembu menyambut kedatangan korang hehe. 


Bila nampak kat sini baru start cabarannya, tu baru sikit. Kena panjat pakai tali. Silap je boleh jatuh. So kat kawasan sini kena hati-hati sikit terutamanya time nak turun. Kat sini juga, pun dah boleh nampak pemadangan  sawah padi


Of course curi masa sikit nak bergambar 


Hiking lagi, dah nampak laluan makin lama makin mencanak



Jeng bila part yang mencabar, banyak pula batu. Part sini memang mencanak. Time hiking jangan pernah percaya "nak sampai dah sikit lagi". Kejap-kejap benti sebab penat 😂


99.9 % sikit lagi nak sampai, rehat dulu sat sebab kat puncak ramai giler orang masa tuu. Ya Allah masa tu rasa lega sangat dah sampai, tapi fikir nak turun tu huhu rasa tak mau turun makkkk. Kalau boleh nak guling je sebab nak turun tu memang curam giler.


Haa nampak tak pemadangan kat belakang tu, boleh nampak sawah padi kan?. View kat atas memang cantik sangat


Tempat ni memang jadi tempat wajib untuk bergambar. Rugilah pergi hiking Gunung Semanggol kalau tak tangkap gambar kat sini sebagai bukti yang kitaorang pernah tawan Gunung Semanggol. Agak-agak bila nak tawan hati awak pulak? cia cia cia.

Last, lupa nak cakap durasi hiking Gunung Semanggol dalam masa 1.30 jam ke 2 jam macam tu. Orang cakap tak macam gunung sebab kalau yang terer boleh sejam suku pun sampai huhu. Kalau nak hiking yang lagi mencabar hampa kena lepas dulu panjat Gunung Semanggol sebab yang mencabar akan lagi tinggi nak panjat. Di hujung entri Mila belanja semasa hiking, jangan lupa komen okay!


Wednesday, April 11, 2018

Jungle Trekking di Taman Negara Pulau Pinang

Salam Readership uolss. 11 March yang lalu (dah sebulan dahhh) Miela dengan sahabat-sahabat officemate telah ke Taman Negara Pulau Pinang untuk berjungle trekking disana. Ini termasuk kali ketiga datang ke Taman Negara. Nampak tak kalau repeat tempat yang sama, mesti tempat tu best punya haha. 

Sebelum nak pergi tu, trip kitaorang sebenarnya hampir-hampir tak jadi disebabkan dengar khabar angin trek untuk jungle trekking tu tutup sebab ribut. Disebabkan Miela memang teringin sangat nak pergi tempat tu I had ask my friend kebetulan tengah bercamping disana. Nasib baik dia cakap half trek je tutup. Maknanya kami berjungle trekking sampai pantai kerachut sahaja dan perlu naik boat untuk ke monkey beach. So aktiviti jungle trekking kami on. 

Awal-awal perjalanan memang syiok berselfie bagai. Jalan pun rata je, sambil menikmati keindahan hutan siap boleh gelak-gelak lagi. Masa tu memang tak rasa penat lagi.

okay lagiii

Dah start mendaki sikit


Time ni rasanya dah pertengahan hutan. Walaupun kami penat sikit tidak mematahkan lagi semangat nak "berselfie" wakakaka 😂. Actually trek kat Taman Negara Pulau Pinang ni tak sukar mana pun cuma ada sesetengah part kena mendaki sikit tapi kalau untuk yang beginnner tempat ni memang sesuai sebab takde penat sangat pun sebab banyak jalan rata.


 Okay lagi 5 minit nak sampai

Masa ni dah nak sampai pantai kerachut bila nampak kat titi gantung menghadap pantai

 Selfie lagi tunggu boat nak sampai ambik kami

Nextttttt..... Selepas naik boat kami tiba di destinasi terakhir iaitu Monkey Beach. Sepatutnya kami perlu jungle trekking ke Monkey Beach tapi disebabkan trek ke sana tutup memang pergi naik boat laa jawabnya. Selepas relaks-relaks sat menikmati keindahaan monkey beach main pula game Pirate Roulette Game. Tag kat sini takdelah pula gambar hehe. Semua aktiviti ada dekat video diakhir entri nanti. 

Selepas puas spend time bersama-sama di Monkey Beach, pulang pun menaiki boat daaa

Last but not least

Berjunggle trekking di Taman Negara Pulau Pinang memang dah jadi tempat favourite Miela. Sebenarnya tempat ni Miela banyak spend time dengan sahabat-sahabat lain di trip sebelum ni, bukan je jimat duit sebenarnya haha tapi menikmati keindahan hutan disamping bunyi laut tu sangat priceless okay. Terus boleh hilang stress sekejap. Sebagai penamat entri Miela belanja video trip kami kat bawah ni okay 😉.


p/s: Taman Negara Pulau Pinang merupakan tempat yang patut korang pergi kalau datang Penang tauuu

Sunday, February 11, 2018

Penang Cat Studio & Spa, Bayan Baru Penang

Salam Readership. Dua minggu lepas Miela berkesempatan melawat ke Penang Cat Studio & Spa, Bayan Baru Penang. Sejujurnya ini kali kedua Miela pergi. Untuk kali pertama Miela pergi time tu sebelum beberapa hari nak konvo. After kali kedua pergi, Miela rasa nak pergi tempat tu. Boleh hilang stress tau tengok kucing comel-comel ni. 

Miela memang sangat mengharapkan ada zoo mini kucing di kawasan utara, maklumlah kalau nak pergi KL jauh sangat noks. Tapi Alhamdulilah ada juga di kawasan Penang. Meh Miela belanja sikit gambar sis bulus yang comel-comel nie.



Si bulus sedang makan friskies


Kucing pun pandai exercise tauuu. Miela tengok kucing ni banyak kali dok main benda ni, patutlah kurus 😂😂

Decoration yang menarik


Di Penang Cat Studio & Spa, Bayan Baru korang akan diberi masa sejam untuk main sepuas-puasnya kucing kat sini. Malah ada juga tools diberi untuk korang berjinak-jinak kucing kat sini. Kucing kat sini hampir semuanya manja-manja uollss. Kat sini juga ada macam-macam jenis baka kucing ada seperti bengal, golden, cinnamon, British short hair, munchkin, vegdoll, dan Turkish angore. 


Overall Miela sangat puas hati tempat ni. Sekurang-kurangnya korang bayar tiket masuk dapat berjinak-jinak dengan kucing. Kucing kat sini agak hyperactive, memang kelakar tengok telatah kucing comel ni. Layanan staff sini sangat okay dan ramah bercerita tentang habit kucing kat sini.


Haarga tiket masuk 
Dewasa hanya RM9.00 
Kanak-kanak RM5.00
Student RM5.00 (untuk weekdays sahaja)

Alamat
1-1-25,The One Terrace Plus Shop,
Tingkat Mahsuri 4,
11950 Bayan Baru, Pulau Pinang

Waze
Penang Cat Studio And Spa

No telefon
013-3029788

Facebook

p/s: Korang yang pencinta kucing tinggal area penang wajib tau pergi!

Sunday, May 21, 2017

Jalan-jalan ke Bukit Larut, Taiping Perak

Salam Readership. Ini adalah pertama kali Miela berjalan ke Bukit Larut walaupun dah banyak kali ke Taiping tapi langsung tak terpergi ke sana. Nama tajuk ni jalan-jalan so memang tak hiking la kan walaupun Bukit Larut sebenarnya femes dengan tempat hiking. Tapi kami anak muda yang pemalas 😂 jadinya kami naik puncak Bukit Larut dengan menaiki Jip. Untuk naik Jip ke Bukit Larut ambil harga tiket RM10 pergi balik. Waktu perjalanan ada pukul 10.30 am, 12.30 pm, 3.30 pm yang Miela ingat la.


Ni pintu masuk ke Bukit Larut. Naik Bukit Larut tak boleh masuk dengan kenderaan biasa. Kena naik Jip.



Sementara nak tunggu Jip sampai, kami perkena dulu Roti Jantan. Sedap tambah suka makan telur separuh masak, perghhhh. Kalau pergi Bukit Larut mesti try Roti Jantan, ada jual kat gerai kaki Bukit Larut. Dah habis makan barulah kami naik Jip dalam 12.30 petang macam tu.



Inilah Jip yang kami naik. Penjalanan ke puncak dengan menaiki Jip kira-kira 30 minit tapi rasa macam lama gila. Peringatan keras kalau hampa jenis tak tahan pening dan suka jalan berpusing sila sediakan ubat pening dan plastik takut muntah pulak dalam Jip. Ini sebab naik Jip ke puncak sangat mengerikan mungkin, tapi Miela rasa seronok sebab mencabar 😆. Naik Jip hampa kena hadap 77 selekoh tajam dengan Jip punya laju depa bawak. Risau juga kalau jatuh dalam gaung, tapi I percaya pemandu Jip memang pengalaman. 






Ini antara pemandangan kat Bukit Larut. Kalau nak tengok lagi lawa kenalah datanglah ke sana. Di puncak berpulang makan angin selama 2 jam sebelum turun pukul 2.30. Kat atas boleh nampak seluruh bandar taiping. Sangat nyaman, sebab atas sejuk. Tengah hari pun tak rasa panas. Biasalah kan Bukit Larut merupakan tempat paling banyak menerima air hujan di Malaysia sebab tu rasa sejuk


Sebelum turun tangkap gambaq dulu of course. Banyak pokok-pokok dan bunga-bunga cantik disini. Sayangnya Bukit Larut ni banyak terbiar, macam rumah-rumah tumpangan kat sini macam terbiar je, kalau malam mesti seram huhu. Bukit Larut berpontensi  dimajukan pusat pelancongan tapi mungkin kereta kabel pun tak da hanya ada beberapa bijik Jip untuk naik keatas. Bukit Larut sesuai tempat nak cari ketenangan gitu, sebab udara disana nyaman. Kalau hiking boleh juga, ada trek sekali rasa ambik masa 3-4 jam untuk sampai. Jangan jadi macam kami pemalas tak nak hiking hahaha. 

Tuesday, October 25, 2016

Trip Ke Pulau Pangkor Part 2

Salam Readership. Entri lepas dah cerita tentang macam mana kitorang pergi ke Pulau Pangkor dan aktiviti hari pertama. Tak sempat baca, boleh baca entri Trip ke Pulau Pangkor Part 1. Untuk entri kali ni nak story tentang hari kedua dan hari ketiga.

Second Day
Hari kedua ni kami banyak buat aktiviti laut. Pagi-pagi dalam pukul 8 dah bertolak nak pergi pantai ni. Kalau lambat-lambat nanti panas nak main-main ayaq laut ni. Plus ayaq pasang. Better pergi awal. Untuk sarapan pagi, kami makan free je sebab pakej en suhami RM150 tu termasuk dengan sarapan pagi. Tapi yang ni je sarapan free, esok sarapan makan asing-asing.

Get ready untuk snorkeling

Aktiviti pantai pertama ialah snorkeling. Tak ingat dah snorkeling belah mana. Snorkeling sebenarnya kena pandai berenang takpun kena biasakan dengan ayaq laut dulu. Jangan jadi macam kami masuk laut dah gelabah tak pandai berenang padahal ada ja jaket berenang. Sebab tempat snorkeling banyak batu-batu so kena berhati-hati sikit snorkeling kat situ supaya tak cedera.

Lepas habis snorkeling round island naik bot

Habis snorkeling kitaorang main banana bot. Ni pun tak ingat berapa, sorang kepala RM10 kot. Dapat main satu benda sebenarnya selebihnya main mandi pantai kat laut huhu. Serious best, memang lupa pasal study apa semua ni.

Aktiviti petang pusing island naik kereta sewa. Tengok-tengok mana tempat kami tak lalu lagi. Lalu singgah kat kilang Pak Su. Kilang tu proses hasil laut kemudian banyaklah produk beliau hasilkan seperti sotong kering, keropok ikan, sate ikan dan lain-lain. Recommended especially orang melayu nak dapatkan product makan laut kering yang halal. Kalau untung sabut boleh tengok proses macam mana produt beliau dihasilkan.

Kat kedai Pak Su
Kemudian kitorang lepak-lepak kat pantai lagi tapi nak menikmati pemandangan matahari terbenam gitu. Sambil tu dapat merasai naik kuda dekat tepi pantai. Then malam barulah cari-cari makan.

Naik kuda tepi laut

Third Day
Yang third day pulak takde gambaq. Dah cerita entri sebelum ni phone rosak so banyak gambaq hilang. Walaupun gambaq takde, kenangan tentang terpalit dalam memori, gituuuu kauu. Third day tak banyak sangat aktiviti sebenarnya. Pagi-pagi tu cuma shopping souvenir yang tak cukup lagi kemudian singgah muzium Pulau Pangkor. Masuk muzium free okay, haruslah kena pergi dok syiok jalan tapi sejarah tempat tak tau. Lepas zohor barulah kami bertolak balik dan sampai USMnya malam.


Pulau Pangkor boleh dijadikan percutian bajet. Miela spent duit pergi pulau pangkor dalam bawah RM400, so memang berbaloi. Walaupun Pulau Pangkor dekat perak dengan bangga nak habaq Miela orang perak memang nilah first time pergi Pulau Pangkor huhu. Diharapakan pengalaman yang Miela ceritakan ni bolehlah dijadikan untuk korang yang nak pergi ke Pulau Pangkor.

Monday, October 24, 2016

Trip ke Pulau Pangkor Part 1


Salam Readership. Sudah sebulan berlalu pergi Pulau Pangkor ni. Awalnya memang tak daa mood nak update pasal Pulau Pangkor. Bukan tak best Pulau Pangkor, best sanggat. Tapi tapi............ sedih nak habaq handphone lama yang banyak rakam masa trip pulau pangkor hilang T.T. Malah draf nak tulis entri pasal trip ni sekali detail budget hilang dalam handphone.

Tapi tak palah, gagah jugak nak update pasal trip Pulau Pangkor ni. Walaupun banyak loading tempat kat Pulau Pangkor nak kena ingat. Miela guna gambaq whatsapp yang kawan-kawan bagi tu, bolehlah ingat sedikit. Oklah daripada tak update langsung. Demi untuk reader blog ni jugak kan.


Kitaorang pergi pulau pangkor seramai 6 orang. Waktu kitaorang pergi masa hari Malaysia iaitu Jumaat, memang sesuai untuk kitaorang bercuti sebab dah cuti 3 hari deret. Sebelum kitorang pergi ke Pulau Pangkor kitaorang dah tempah pakej melalaui Suhaimi Pangkor Gateway. Pakej 3 hari 2 hari dua malam termasuk  penginapan homestay, Island Hopping, kereta sewa sekali dengan petrol, snorkling, sarapan pagi dan island tour. Harga pakej tu hanya RM`150 sahaja!!!. Murah kan??, kalau nak pergi pulau pangkor bolehlah ambik pakej dari Encik Suhaimi dengan number telefon 0192177614.

First Day
Kitaorang pergi ke Pulau Pangkor dari stesen bas Butterworth ke stesen bas lumut. Perjalanan dari Penang ke sana ambil masa dalam 3 jam. Kemudian sampai ke jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor kami perlu menaiki Feri. Untuk harga tiket feri RM10 untuk pergi balik. Naik feri sampai Pulau Pangkor dalam kurang daripada sejam macam  tu.

Dalam Feri
Sampai je Pulau Pangkor kami dapat kereta sewa and terus ke homestay En Suhaimi bagi. Homestay dia sangat okay, siap ada dapur lagi, boleh main-main masak. Jadinya tengah hari kitorang makan dalam homestay dengan mengunakan perlaratan dapur sedia ada.

Petang tu pulau kami island tour kat Pulau Pangkor. Jalan kat pulau pangkor macam ular tapi senang nak ingat jalan. Kitaorang pergi tengok batu bersurat, Kota belanda, Taman Fu Ling Kong, tempat orang buat kapal dan lalu dikawasan sekitar pantai Pulau Pangkor. 

Selfie dengan batu bersurat. Batu Bersurat makin lama makin membesar katanya.
Tapi batu dia memang besaq pun
Ni dekat Kota Belanda. Banyak juga hasil tinggalan sejarah
Tempat ni best spot nak bergambar
Naik tangga sikit dapatlah tengok pemadangan sekitar Taman Fu Ling Kong

view dari bawah. Nampak tak kitorang duduk kat atas tu
Tips nak beli souvenir belilah kat Taman Fu Ling Kong sebab dalam Pulau Pangkor kat situlah paling murah sekali. Memang sakan beli souvenir kat situ. Tapi kalau malam taman tutup dah. Nak dekat pukul 7 depa dah kemas-kemas barang nak tutup kedai.

Untuk makan malam pula kami makan kat restaurant Thai Food Project *kalau tak silap nama, huhu* yang berdekatan dengan 7 eleven dan kfc. Kat situ memang sedap, sambal belacan perghhh dua mangkuk kami mintak.



Untuk next day dan seterusnya Miela akan update dalam Part 2. Pasalnya banyak benda pulak nak cerita bila jari sibuk menaip ni. Part berscroll korang nak baca,huhu. Part 2 tungggu na, I will update soon.

Trip ke Pulau Pangkor Part 2