Sunday, August 02, 2020

Pulau Jerejak, Pulau Pinang Malaysia

Sebelum raya Aidiladha kami ada berjalan ke Pulau Jerejak yang terletak di Pulau Pinang. Sebelum ni Miela pernah pergi tempat menarik dekat Pulau Pinang seperti Kampung Agong Penanga dan The Top, Komtar . So nak try pula  tempat viral Pulau Jerejak. 

Pulau Jerejak dulu asalnya zaman dulu-dulu merupakan tempat banduan yang dibuang negeri. Tapi sekarang Pulau Jerejak dah jadi tempat pelancangon. Tambah-tambah tempat ni memang jadi tumpuan untuk orang ramai terutama yang sukakan bergambar.

Nak cari Pulau Jejerak mudah je dari jambatan Pulau Pinang memang tak jauh tak sampai 10 minit, memang berhampiran dengan Queensbay Mall. Harga tiket masuk RM20 termasuk pergi balik. Disarankan untuk tempah tiket boat secara online supaya tak sold out. Dan mudah tak perlu beratur lama, kena masuk 15 minit je dah boleh naik boat. Nak order tiket boleh order di link https://jerejak.trip4asia.com/facebook.php?pid=579 .

Jeti buka seawal 6.30 pagi. Macam kami hari tu pergi memang naik boat pukul 9.30 pagi, waktu tu memang cahaya pun okay dan tak panas. Kami tempah tiket 2 hari sebelum pergi. Mujur tak hujan masa tu. Kalau pergi waktu covid belum reda lagi memang wajib pakai mask. Sediakan kan juga handsanitizer di poket selalu. So I nak share beberapa gambar semasa berjalan di Pulau Jerejak.


Depan-depan  nii boleh nampak kawasan kilang area bayan lepas



Tangga ni jadi port wajib bergambar bila di Pulau Jerejak








Pulau Jerejak pun ada port tangkap gambar ala-ala bali


Tangkap gambar dekat jeti pun cantik jugak siap ada pemadangan itik comel terapung lagi


Tips bergambar nak dapatkan hasil yang lawa rajin-rajin tengok dekat instagram search tempat korang nak pergi dengan set bahagian place. Kat situ Miela dapat ilham nak posing macam mana, takda kekok sangat bergambar hehe. 

So kalau takda idea nak berjalan mana dekat Pulau Pinang ni, boleh try ke Pulau Jerejak. Balik Pulau Jerejak boleh lah singgah ke Queensbay Mall pula. Boleh sejukan badan  sikit  dalam mall berecon lepas bergambar dekat tengah-tengah panas semata-mata nak hasilkan gambar yang memuaskan 😂. 

2 comments:

  1. alaaaa orang da pindah dari Penang baru depa nk buat jerejak ni lelawa..
    dulu mana ada apa.. isk isk.. xpela ada rezeki p sana as pelancong pula hehehe..

    tapi 1 je jerejak ni.. panaih !!

    ReplyDelete
  2. menarik sungguh port2 bergambar dia ek...

    salam kenal kembali, kita da lama follow miela..hihihi

    ReplyDelete