Salam Readership. Hari ni genap seminggu dah kitaorang pergi ke The TOP, Komtar Penang. Tak plan langsung datang sini. Tapi sebab Wonderfly , kita orang last minute plan untuk weekend 2019 jadi wonderful and amazing. Nak tau, kena baca sampai habis.

The Top Komtar terletak dalam bangunan Komtar itu sendiri dimana korang boleh masuk ke kaunter Tingkat 6 untuk masuk. Tapi sebab Wonderfly, tak payah beratur lama-lama scan QR code pastu terus masuk. Sebab kitaorang dah booking awal hihi. 

Kuanter tiket tingkat 6
Kami pergi The Top Komtar untuk pakej Windows of the TOP & Raibow Skywalk sahaja. Nak tengok-tengok pemadangan penang dari atas Komtar.

Lepas ke kaunter tiket, akan dapat dapat wristband macam ni

Mula-mula untuk ke skywalk kitaorang dibawak oleh staff The TOP ke tingkat 65 Observatory Deck. Masa tu diorang dibriefing tentang sejarah pembinaan the TOP and rules-rulesnya. Tingkat 65 cuma boleh tengok dari tingkap dan bukan open view macam skywalk. Tapi tempat ni pun boleh buat spot bergambar haha. Sini boleh buat aktiviti ekstrem The Gravityz tapi kena bayar.

Pemadangan dari Observatory Deck, Tingkat 65
Kemudian kitaorang ke tingkat 68 untuk ke Skywalk. Bila nak ke Skywalk akan lalu restaurant yang cantik tu. Harga tak pasti berapa ye, sebab tak makan kat sini 😆




Sinilah Rainbow Skywalk. Kenapa rainbow?. Rasanya sebab dia bentuk rainbow kot haha. Nak lalu kat Rainbow Skywalk ni kena beratur dan kena pakai shoes cover. Kat sini hampa boleh stay 5 minit ja. Kalau nak lama lagi kena sambung beratur untuk masuk balik.



Nampak tak bawah tu, Rasa terapung kat udara je. Nasib bai ioulss tak gayat, lagi suka adaa 😂

Ootd tepi skywalk. Kat sini pun boleh nampak laut


Kat area sini ada meja dan sofa untuk relax sambil tangkap gambar. Nak pusing satu The Top puas-puas pun boleh

My signature post 😆

Tempat ni orang panggil the luckiest Chair. Tak tau lah untung ke tak. Yang penting percaya apa yang Tuhan bagi semua the best planning.


Paling best dapat tengok sunset dari The Top

Sebenarnya ada kisah dekat The Top ni. Kitaorang dah seronok sangat bergambar dekat The Top mengunakan dslr. Bila dah turun bawah keluar kaunter aisehhh baru teringat yang kitaorang tertinggal bag dlsr dengan lens. Nasib staff the Top sangat membantu. Dorang contact staff the Top yang jaga kat Skywalk untuk cari barang kami yang hilang. Akhirnya jumpa juga tak sampai 15 minit, nasib baik. Memang staff management dorang memang top macam nama tempat tu jugak.

Kalau korang datang Penang, jangan lupa singgah The Top. Tambah-tambah pulak memang satu bangunan Komtar, mercu tanda Pulau Pinang. Nak tahu tempat yang best-best lagi kat penang dan nak offer tiket harga yang best boleh ke website Wonderfly okay.

2 Comments