Sunday, November 12, 2017

My Graduation day!!

Salam Readership. Sudah tentulah hari bersejarah dalam hidup nak kongsikan dalam blog ni. Maklumlah kot anak cucu boleh tengok balik blog ni. Mila baru je konvo pada 31 oktober bertempat di USM Pulau Pinang. Sumpah rasa tak percaya jika dipikirkan jalan hidup Mila dari sekolah rendah macam takda harapan nak masuk U haha. Paling tinggi cita-cita nak ambik diploma dah cukup. Alhamdulilah pada 31 Oktober Mila dianugerahi Ijazah Sarjana Pengurusan Kepujian (Pemasaran). This is my first time my formal graduation, sebab Mila dulu skip ambik diploma sebaliknya ambik program matrikulasi dulu. Here I just wanna share a few picture on my graduation day.



Selfie dulu dengan kawan-kawan school sebelum naik pentas 😁




Berdebar-debar tak naik pentas?. Mula-mula kat tempat duduk rasa berdebar juga, tapi lama-lama tu rasa berdebar tu hilang sebab menunggu turn naik atas pentas sejam lebih. Alhamdulilah takde buat mistake apa kat atas pentas haha.  Yang penting gambar masa kat pentas tu cantik sebab kite cover cun 😝.


Lepas je keluar dewan tu dapat juga tangkap gambar dengan  family kawan baik. Bukan senang nak tangkap gambar macam ni family kawan baik. Tempat duduk dalam dewan jauh-jauh, ingatkan tak sempat jumpa lepas habis majlis.





Lepas tu pula, ada juga beberapa orang junior sudi datang majlis konvo kita. Mereka semua kenal sebab join program Kampus Sejahtera sama-sama. Masih ingat jugak lah kat hakak ni walaupun hakak dah habis study huhu.



Last but not least majlis konvo kurang bermakna kalau takda family sekali. Alhamdulilah Mila anak sulung dan yang pertama dapat ijazah dalam family.


Tak lupa juga yang sudi bagi hadiah konvo. Tau-tau je Mila memang minat gila doraemon 😂😂😂. Suka sangat hadiah depa bahagi.


Thats all the story about my graduation day. Segala usaha dan pahit manis dalam mencapai ijazah 4 tahun kini terbalas jua. Ada banyak lagi story nak update dalam blog. Cuma kekangan masa bila dah bekerja ni. Next entry insyallah tentang shoot outdoor konvo pula 😄.