Sunday, April 14, 2019

Trip ke South Korea 6 hari 5 malam PART 1

Salam Readership. Ambik mood juga yea nak update entri ke South Korea. Sebenarnya dah pergi ke Korea bulan 2 masa musim winter hari tu. Masa tu sempat merasa kesejukan musim winter. Gila sejuk bak hang, sejuk macam hampa beremdam dalam ketul ais tau.

Masa pergi Seoul dulu Miela naik MAS. Serius memang servis terbaik la. Asyik makan dalam flight je, kenyang wei. Kalau tak silap menu masa naik MAS dapat rasa makan nasi ayam, nasi lemak, breakfast dengan roti dan paling famous kacang masin dia. Sampai sorok bawak balik kacang masin turun dari flight.

Makanan dalam MAS Airline. Air pun dapat dua okay. Siap boleh mintak refill kopi tu

Sampai di Incheon Airport selepas 6 jam perjalanan

Sampai Incheon nanti kena serahkan arrival card kat imigresen. Takut juga sebab dengar imgresen kat Korea ketat tapi masa pergi tu biasa je sebab tak nampak mencurigakan kot. Tapi kat sana takde dah nak cop pasport, dia bagi slip je pastu hampa simpan sampai nak balik Malaysia nanti.

Sebelum nak jalan-jalan di Seoul kami tingalkan bag semua dekat guesthouse dulu. Tak boleh check in lagi sebab kami sampai awal sebelum check in. Nak tunggu pun 2 jam baru boleh masuk, so tinggal beg semua kat Namsan Guesthouse terus jalan-jalan.

Sebut Namsan Guesthouse ni. Namsan Guesthouse ni ada banyak kelebihan. Kitaorang tinggal Namsan Guesthouse 2. 5 minit je jalan dari Myeongdong Station. Tempat sangt strategik boleh jalan dekat Myeongdong. Miela hari tu booking direct dari website Namsan Guesthouse, boleh klik link  ni untuk usha. Untuk 5 orang dapat 200,00 krw bersamaan RM143.80 seorang untuk 6 hari 5 malam. Oklah memang budget sangat, so bilik agak sempit tapi ada kemudahan memasak dan laundry kira berbaloi. Yelahkan pergi sana bukan nak memerap dalam bilik haha.

Dapur Namsan Guesthouse 2. Kamera gegor pula
Pemadangan luar guesthouse, memang sama je macam dalam


Lagi satu kenapa Miela pilih Namsan Guesthouse dekat dengan Restaurant Halal iaitu KampungKu. Wajib tau pergi sebab harga berpatutan boleh dapat satu hidangan bawah 10,000 krw. Sesetangah kedai makanan halal cekit darah portion atas 10,000krw. Kalau rasa tak boleh move on masaakan malaysia, silakan pergi Namsan Guesthouse sebab ada masakan melayu.


Nasi Goreng Kimchi cuma 600 krw tak silap, sedap dan murah


Tempat pertama kami pergi Gyeongbokgung Palace.  Tempat ni memang wajib pergi, lagipun free je masuk kecuali sewa hanbook. Tempat zaman-zaman raja Jaseon dulu. Dapat feel macam drama korea ala-ala Scaralet Heart. Selalu orang pergi tempat ni mesti pakai hanbook untuk bergambar. Untuk sewa hanbook harga dalam 30,000 won untuk dua jam. 

Sebelum pakai Hanbok

Ada orang tanya tak sejuk pakai Hanbok saja. Sejuk wei, actually kami pakai dua lapis baju sorang kurang sejuk sikit. Plus orang yang sewakan hanbok ni bagi hotpack free
Di gyeongbokgung palace setiap jam ada pertunjukan tau


Dapat bergambar dengan pengawai istana. Serius je muka depa

Sampai sini sahaja part 1, kalau nak ceritakan semua berscroll hampa nak baca haha. Doakan Miela dapatan next entri part 2. Malas nak buat banyak part dah, nanti macam tergantung cerita. Insyallah iouls cuba siapkan entri part 2 dalam bulan ni yer.