Tuesday, July 11, 2017

Susu pisang dari Korea

Salam Readerships. Lama betul tak naik entri baru hehe. Dua tiga minggu ni internet ada problem sikit, tu susah nak update. Tahu tak korang banana milk/susu pisang dari Korea?. Kalau perasan dalam drama korea atau reality show ada juga susu pisang muncul dalam kaca tv.

Salah satu scene drama korea yang memaparkan produk susu pisang
Susu pisang atau dalam bahasa koreanya banana uyu. Jenama yang famous dengan produk ni ialah Binggrae. Beberapa artis korea pernah jadi duta produk ni seperti Lee Min Hoo, Lee Kwang So dan Girl Generation. Susu pisang ni merupakan salah satu produk korea miela suka selain kimchi dan samyang. Susu pisang korea agak mahal jual kat malaysia, harga sekotak RM4-RM6. Luckily Miela selalu dapat susu ni free sebab adik study kat korea haha.

Lee Kwang Soo pun pernah jadi duta

First dulu mula-mula rasa memang sedap sangat. Korang yang tak suka susu mesti suka punya susu jenis ni. Rasa pisang yang kuat dan susu bekrim perghhh rasa fresh ja. Recommend untuk rasa sendiri susu ni sebab sedap sangat. Jangan risau susu ni halal. Selain itu kalau korang nak dapat susu ni boleh dapatkan kat 11street, Lazada ataupun igshop.

Ni susu pisang asli dari korea yang Miela dah rasa. Feeling korea gitu

Susu pisang korea boleh juga didapati di Lazada. Klik gambar untuk terus ke lazada.

Jangan confius kenapa packaging agak berbeza dengan susu pisang dari korea dengan lazada. Actually sama je, malah sama brand. Kalau tengok betul-betul persamaan antara dua produk tu ada ada huruf B merah tandanya brand yang sama. Cumanya yang korea punya memang daam tulisan korea. Yang Lazada tu packaging untuk national sebab itu dalam english. Sebagai penutup entri Miel belanja korang tengok iklan susu pisang korea dibawah. 

Sunday, June 18, 2017

Domino's Pizza dengan harga RM3.90 sahaja!!


Salam Readership. Actually, promo Domino's Pizza dah lama release  beberapa minggu lepas tapi Miela baru story hari ni hehe. Hampir setiap minggu Miela takkan lepas nak beli pizza promo ni. Murah giler beb, pizza pasar malam tak dapat harga macam ni. Tambah pula Domino's Pizza dekat sangat dengan tempat kerja. Jadinya ceq nak ajak hampa juga untuk merasai promo Domino's Pizza terlajak murah ni, tapi ada cara-cara dia tau.


Mula-mula sekali hampa register dulu acc domino kat sini. Kemudian lepas isi detail apa semua klik order now dan akan muncul macam di atas. Untuk pengetahuan hampa, promo Domino's Pizza RM3.90 cuma ada hari selasa dengan syarat take away sahaja dan order perlu melalui online. Jadi kalau nak dapat promo kena ambik bahagian take away, dan pastikan hari selasa masa nak ambik tu.


Dah settle bahagian tu, cuba cari banner promotion pizza RM3.90 kat bahagian promotions macam gambar di atas. Kalau tak jumpa juga, boleh tekan link ni terus untuk direct promotion hampa idamkan. Jumpa kan?


Untuk promotion dia ada bagi 3 pilihan je, nama pun promotion so choose agak limited. But kalau korang nak tau pizza mana yang sedap, bagi Miela Aloha chicken yang terbaik antara 3 pizza ni. Mesti try tau!.


Nampak tak diskaun personal pizza RM8.90?, murah sangat dah tu!. Dah settle pilih nanti checkout yer. Biasanya Miela prefer bayar cash la senang sikit sebab nanti kena takeaway kat kedai. Masa ambik pizza kita bayar. Lepas checkout jangan lupa print resit. Tapi kalau tak print resit pun takpe, hampa screenshoot simpan kat phone. Penting resit tu, sebab nak tunjuk butik hampa dah order online masa ambik pizza nanti.


Selalunya Miela takeaway pizza setiap hari selasa di Domino's Pizza cawangan Parit Buntar. Just ambik, tak perlu nak tunggu masa lama pizza dah masak. Jom rasai promotion Domino's Pizza, sure duit poket hampa boleh jimat banyak. 

Saturday, June 10, 2017

KHAS tips mohon kerja bagi fresh graduate!!


Salam Readership. Bagi budak degree final year, sedang menghitung hari ke nak habis degree tu??. Habis degree bermula fasa hidup alam perkerjaan *bagi tak sambung master la. Ada yang final year student berintern, lepas habis intern terus serap. Jadi kira beruntunglah tak perlu cari kerja. Tapi tak semua yang intern akan terus diserapkan disebabkan beberapa kekangan seperti jawatan kat syarikat penuh huhu. Macam Miela juga, nak harap syarikat tu serap kita tapi nampak cukup dah pekerjanya.

Tinggal 2 minggu nak habis intern, tanpa buang masa Miela terus mencari kerja. Kalau boleh memang tak nak menganggur lelama. Habis degree banyak komitment, bayar ptptn, nak simpan asb, dan juga simpan duit kahwin jugak *haha entahlaaa*. 

Alamak banyak pulak membebel. Sambil cari kerja tu, Miela nak kongsikan tips kat korang nak cari kerja walaupun belum dapat lagi kerja just baru dapat interview huhu. Masalah fresh graduate sekarang takda pengalaman kerja sebab syarikat lebih gemar mencari pekerja berpengalaman. Jadi mana nak cari pengalaman kerja, namanya fresh graduate?. 

1. Edit resume lebih informatif
Biasanya resume fresh graduate nampak kosong sebab takda pengalaman kerja boleh listkan dalam resume. Andai korang pengalaman intern 3 bulan, letak je dalam resume. Letakkan detail apa korang buat masa intern tu supaya nampaklah pengalaman intern walaupun 3-4 bulan tapi agak berguna. Selain itu boleh jugak huraikan aktiviti korang join masa univerisiti. Tulis juga apa korang buat dalam aktiviti lebih terperinci. Mana tahu pengalaman join aktiviti universiti berguna dalam kerja?.

2. Cari kerja yang khas untuk fresh graduate/trainee
Misalnya di Job Street, di ruangan search sila cari jawatan untuk fresh graduate/trainee. Jadi company akan expect yang fresh graduate betul-betul fresh dari univerisiti tanpa pengalaman kerja.

contoh keyword Fresh Graduate


contoh keyword Trainee

Jadi seperti di atas memang sesuailah untuk graduan baru nak start berkerja. Tambah-tambah lagi description depa letak "fresh graduate welcome to apply", memang khas untuk fresh graduate macam kita walaupun tiada pengalaman kerja. 

Selain itu boleh cuba memohon di laman web syarikat besar seperti Celcom, Shell,Sime Darby dan lain-lain dibahagian career dimana ada iklan training untuk fresh graduate.

Shell Graduate Programme

Senarai syarikat menyediakan program khas untuk fresh graduate :


Jadi harap apa yang Miela share dapat membantu fresh graduate dalam usaha kerja. Bukan sahaja untuk korang, untuk Miela juga supaya tak perlu banyak-banyak nak bookmark senarai graduate program ni hiks.