Gaya pun sama. Adakah ia satu kebetulan? jeng jeng jeng

Kepada fans-fans Fatin Liyana dan Yuyu Zulaikha jangan naik angin dulu ya kerana tajuk entri ini yang agak PANAS, haha panas la sangat. Entri ni bukan untuk melaga-lagakan Fatin Liyana dan Yuyu Zulaikha mahupun menbandingkan mereka, tapi memberi tabik spring buat mereka berdua. Cuma tajuk entri je agak wayang :P. Siapa yang tak kenal Yuyu Zulaikha dan Fatin Liyana, amat-amatlah kesian. Kalau tak kenal, tanya pak cik google siapa mereka?. Artis ke?. Mereka berdua adalah blogger cun yang agak popular di Malaysia. Kagum betul Cik Miela dengan akak-akak cantik nie. Nak tahu lagi, siapa mereka berdua?. Jom teropong siapakah mereka.


Fatin Liyana seorang student jurusan ijazah kedoktoran. Wow dah lah HOT blogger, pandai pula. Bestnye kalau jadi dia yang bakal doktor tu. Tetapi sorry to say for me, sebab Cik Miela memang takut pada darah. Kagum kat dia, sebab dia selalu dapat pergi ke luar negara, kalau Cik Miela lima tahun lagi belum tentu dapat jejak oversea melainkan Pulau Pinang :P. Dia juga seorang model muslimah sambilan, memang padanlah dengan rupa yang cantik tu. Fatin Liyana juga tersenarai dalam Top 10 google fastest rising people. Fatin Liyana juga pernah muncul dalam majalah Wanita Disember 2011, Metro 25 Disember 2011, Dara Mei 2011 dan majalah lain.


Kak Yuyu Zulaikha yang comel ni juga model sambilan sama dengan Fatin Liyana, biasalah dah muka cantik kan?. Yuyu Zulaikha merupakan pelajar KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa) yang ambil Bach. Of Islamic Finance. Yuyu Zulaikha juga pernah muncul rancangan Generasi Y Tv1.Tapi malangnya masa tu Cik Miela tak dapat tengok Kak Yuyu muncul di TV, sebab masa tu ada di Bukit Gambang, Pahang, hmmm. Yuyu Zulaikha berasal dari Langkawi, so dia nie orang Langkawi la. Bagi Cik Miela, Yuyu Zulaikha ramah orangnya. Kalau kita komen kat Fanpage Yuyu Zulaikha ,insyaallah dia balas. Kirannya kat Fanfage Yuyu Zulaikha pun ramai pengikut juga.


Kedua-dua blogger mempunyai persamaan iaitu Cantik dan Popular serta ramai folower di blog. Persoalan di kepala Cik Miela, adakah orang cantik sahaja blog dia akan meletup-letup?. Arghh, biarkan. Impian nak jadi blog sefemes blog mereka bukanlah impian Cik Miela pun , masih banyak impian lagi nak dicapai. Mereka berdua merupakan inpirasi buat Cik Miela dalam menulis blog. Suka ayat-ayat dalam entri mereka, santai gitu.Entri mereka taklah simple yang hanya layak dijadikan status Fecebook atau berjela-jela sampai boleh dijadikan satu buku. Bagi Cik Miela Yuyu Zulaikha dan Fatin Liyana sama hebat, tiada pemenang dan tiada pengalah (haha ayat sapalah tu). Kepada kak Fatin Liyana dan kak Yuyu Zulaikha teruskan menulis blog. ==' sebenarnya tak tahu nak tulis ayat penutup,haha.

3 Comments

  1. Hi Miela... Comeikan mereka nie.

    ReplyDelete
  2. follow my blog :
    http://disyaenterprise.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. blog akak pun apa kurangnya...
    missdeen13.blogspot.com

    ReplyDelete