Friday, September 28, 2012

Main Petanque??


Assalamualaikun readership. Sememangnya apabila keseorangan di dalam bilik no ** tingkat * Sri Intan tetiba terlebih rajin menbuahkan satu entri baru di blog ni. Teringat zaman kegemilangan dulu, rajin benarnya Cik Miela mengupdate blog. Tetapi sejak belajar kat matrik, boleh dikatakan 1 bulan 1 entri 1 Malaysia yeah (tetiba pula =="). Tajuk pun tak tahu nak tulis apa, hetam sajalah lah, haha.

Nak cerita tentang apa ya?. Haha tanya orang pula. Haa tentang Petanque ( dah benda tu tetiba ada di fikiran :P). Apa tu Petanque?. Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau bola yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu (ayat kopi dan pasta).


Haa nampak tak gambar di atas tu? itulah petanque. Best tau main benda alah ni, Haha maklum sahajalah kat Kmpk ahli kelab Petanque. Cik Miela ambil subjek kokurikulum pada semester 1, so kena masuk mana-mana kelab. Akhirnya kelab Petanque juga dipilih. Sebab kalau main petanque tak penat macam badminton, ke bola sepak, bola tampar dan sewaktunya denganya. Yang kaler merah tu jet, tapi kalau kat luar tak semestinya asal merah je jet kaler lain pun boleh.

Cara bermain, korang baling benda yang kaler sliver a.k.a boule. Tapi kena ada cara pegang betul tau, Kena letak boyle kat tapak tangan, gengam dan tangan mesti ke bawah then baling boule hingga menghampiri jet. Kalau banyak boyle korang dekat ngan jet dapatlah mata.




Yang dalam gambar tu ketika bermain pada waktu kokurikulum. Ni gara-gara takda keja,hehe. Gambar curi-curi. ahakss. Best tau main game ni. Trylah. Mesti nak main lagi.hee. 


Saturday, September 22, 2012

Dari Sains Tulen ke Akaun

Di suatu ketika di makmal fizik


Salam Readership. Sudah lama blog ni tak terupdate. Berhabuk pulak tu. Kesian follower yang follow blog nie, tak dapat baca entri yang segar bugar dari blog ni. Maaf ye, miyane. Thanks yea kepada follower yan masih setia follow blog yang jarang update. Maklumlah sejak masuk matrik, macam liat sikit nak up to date blog nie.

Cik Miela masuk matrik ambil course akaun yang memang sangat bertentangan course saya ambil kat sekolah. Of course lah, memang takda basic langsung akaun, Bukan akaun je bisnes dan ekonomi sekali. Sebenarnya tak pernah terfikir pun nak ambil akaun, then masa mohon matrik main-main je pun, ikut kawan pilih akaun. Masa tu fikir, tak mahu masuk matriklah. Matrik susah kena study hard, kalau fail terus kena tendang.

Namun takdir siapa menduga, UPU tak dapat terpaksa jugalah masuk matrik nie. Ingat nak jadi engineer. Tapi bila masuk baru dapat tawaran course Cik Miela minat, tapi tak sampai hati pula nak hampakan hati kedua ibubapa. Mak bapak Cik Miela tak galakkan saya ambil course engineer, katanya susah dan tak sesuai untuk perempuan. Masa tu rasa kosong je, so kena teruskan juga ambil course akaun.

Mula belajar akaun, perghh blur. Apa tu debit, kredit?. Tetiba ada ABB la ABT. Memang tak faham langsung masa tu, sampai menangislah. Masa tu Cik Miela rasa sains lebih senang dari akaun sebab kalau sains kita ada basic. Tapi nasib baik pensyarah tahu yang saya ada masalah dengan subjek akaun, buat kosultasi selama beberapa minggu kemudian Ujian Pertengahan Semester (UPS).

Dan bila  result  UPS keluar, A bersamaaan 4flat untuk subjek akaun.Moral of the story, akaun sebenarnya tak susah mana pun dan lebih senang dari sains tulen, Senang nak score markah even tulis beberapa angka nombor. Yang susahnya bila nak belajar tu, bila tahu buat senang jadinya. Tapi lagi senang kalau ada basic akaun. Eh, kenapalah aku tak ambil course akaun je kat sekolah??. Bagaimanapun Cik Miela tak pernah menyesal belajar sains tulen kat sekolah walaupun kat matrik dah pencen dengan subjek tu. Sebaliknya, banyak ilmu Cik Miela dapat tak kira akaun mahupun sains. Kan kita kat dunia  nie menuntut ilmu kerana ALLAH?. Tiada istilah rugi pun kalau menuntut ilmu walaupun tak aplikasikan.


Kami pelajar akaun. Apa yang kami mahu 4Flat!!.