Saturday, December 29, 2012

Meja Belajar

Semangat mengupdate blog tetiba je muncul selepas menbaca blog Fatin Liyana. Memang selalu jugak follow story kak Fatin Liayana. Cara dia tulis eh bukan, sebab blog mana boleh tulis guna pen atau pensil bak kata Saudi, sebut taiplah senang cite. Perghh memang best ayat-ayat dia. Suka tengok blog yang entri guna ayat bersahaja je tak payah guna ayat-ayat skema sangat. Nanti bosan.

Ok ok ok, tujuan Miela update entri ni sekadar nak tunjuk-menunjuk study table Miela kat Kmpk ni :P bukan promo untuk sellling eh,. Tahulah meja study meja hak kerajaan Malaysia, yang tak seberapa sangat. Tapi meja nilah nak study, nak makan, nak main laptop dan hah meja nilah nak update blog pun. Thanks yea meja, hahaha.

Cantik tak cantik tak?


Ada basket, beg, meja, buku, segala benda dekat meja study tu. Meja Miela takdelah selawa meja-meja budak kmpk yang lain. Takdalah cantik, tapi asalkan tak nampak macam sarang tikus dah kira bagus. Hahaha

Laptop mesti ada.
Nampak serabut je charger laptop dengan charger fon

Buku-buku yang tersusun
Nampak tak nampak tak? (nampak ape? -,-'). Buku Muet, buku tutor, buku add math SPM pun ada. Ingat tak pakai ke buku SPM  bila masuk matrik? masih boleh digunakan lagi tahu?.  Kalau korang perasan buku yang hujung belah kanan tu buku tu bertajuk ' The Secret of Dajal'. Serius buku tu memang best, sesuai untuk kita sebagai manusia akhir zaman. Moga-moga kita dilindungi daripada fitnah dajal. Amin...

Softboard

Habis softboard dipenuhi oleh note, jadual, kelendar dan gambar. Note kalau letak depan mata senang nak ingat. Bolehlah korang nak follow tips ni untuk study.Then, gambar kelas pun ada kat softboard ni, hari-hari dorang tengok Miela study. Boleh jadi pembakar semangat gitu #Ehh. Kalendar pun ada, senang nak hitung hari bila nak cuti. Isk-isk orang menghitung hari nak exam, dia pula menghitung hari nak cuti.



Sekian sahaja story untuk hari ini

No comments:

Post a Comment