Wednesday, May 08, 2013

Gigi yomi Gigi yomi


1 + 1 = Gwiyomi

Salam readership. Ok apa kata kita lupakan isu politik dulu, kita berhibur dengan Gwiyomi sebentar. Haha memadai memadai ja ubah nama Gwiyomi kepada Gigi Yomi.Sebenarnya fenomena Gwiyomi menular di Malaysia dah lama sejak Miela study weeks kat matrik. Seakarang jer gegeh nak update pasal gwiyomi kat blog, maklumah banyak macam terluang.

Miela kenal gwiyomi kat facebook, kemudian search kat google then tengok video di youtube. Masa tu Miela kenal waktu pada study week. Untuk melepaskan tension study, boleh pulak buka lappy buat benda lagha-lagha ni kan?. Rupa-rupanya Gwiyomi ni bermaksud comel. Akak-akak comel macam artis korea bolehlah aksi-aksi gwiyomi ni kan?. Kalau lelaki muka tak cute macam Kim Bum tu *hehe maaf* buat asyik gwiyomi, memang buat kening terangkat la jugak.

Dah praktik ke?

ideohagi ineun gwiyomi
samdeohagi sameun gwiyomi
gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
sadeohagi sado gwiyomi
odeohagi odo gwiyomi
yukdeohagi yugeun chu chu chu chu chu chu gwiyomi  gwiyomi


Kat Malaysia pun apa kurangnya, ramai artis Malaysia buat asyik gwiyomi atas permintaan peminat. Antara artis tersebut, Nora Danish, Wawa Zainal, Nazim Othman, Elfira Loy, Dato' Siti pun ada dan lain-lain. Blogger pun ada juga buat asyik gwiyomi, tapi kucing dialah siapa lagi kalau bukan blogger yang sudah femes Hanis Zalikha . Ada jugak orang biasa pun buat gwiyomi sampai budak matrik perak buat juga tak padan dengan minggu study, haha malas pulak nak mention namanyer. But Miela suka satu video artis Malaysia ni buat, kalau dah suka buat apa pun jadi suka, hehe.


Gila, kelakarnya dorang amer dengan one forteen buat?. Hilang tension tengok video dorang ni. Izzue Islam  bila nak buat gwiyomi?. Haaa? oh ok, Izzue tak lama lagi nak kawin : (  *patah sejuta. Soalan cepumas "Kau bila lagi nak buat gwiyomi?". Jawapan  NO WAY!!. Memang taklah kan nak buat video gwiyomi, saya tahu saya tak secomel Yuyu Zulaikha ataupun Fatin Liyana. Lebih rela lari guni satu kampung daripada buat-buat benda macam tu, walaupun saya memang suka tengok orang buat gwiyomi. Tak apalah, saya tinggalkan gambar ni. Konon-konon nak buat nak buat gwiyomi. Tapi sekali lagi saya ulang memang tak akan buat video gwiyomi ni. Bagilah free toup seratus *eeh?* jawapanya memang tidaklah.

Budak ni bajet buat gwiyomi :P

No comments:

Post a Comment