Salam readership. Saya suka makan kek, tetiba nak buat acc keek. Pantun apakah? *-__- . Keek sekarang dah jadi fenomena sekarang tambah-tambah lagi  musim gwiomi. Bersepah-sepah orang malaysia buat acc keek  ni hah. Artis Malaysia pun ada buat acc keek antaranya Dato' Siti, Nora Danish, Zizan, Hairul Azreen, Emma Maeebong dan ramai lagi termasuk Izzue Islam *dia dah nak kahwin :( .

Keek ni tak sama dengan youtube tau. Melalu keek kita boleh share video ringkas selama 36 saat jerrr. Kalau nak buat video berminit-minit hah pergi youtube sana tu. Selain tu, kalau kita nak komen video orang kat keek kita boleh pakai text ataupun keek back iaitu komen guna video.

Bagi Miela aplikasi keek boleh tahan bestnya, sebab kita boleh kenal orang tu macam mana dengan tengok secara real orang yang dalam video tu . Miela terlintas nak buat acc keek pun nak menghilangkan bosan, maklumlah cuti panjang 4 bulan. Lagipun Miela memang suka stalker video artis tambah-tambah lagi  keek Izzue Islam *mention nama yang sama lagi :P.

So kalau nak follow Miela punya keek, klik sini  . Tapi baru ada dua video je, itupun video kelas. Video diri sendiri tak ada pun. Masih malu nak mempoyokan diri kat keek, hahaha. Oklah, Miela tinggalkan satu video keek yang merupakan video kenangan di kmpk. Lagu dalam video ni, lagu rasmi kmpk tau. So siapa nak masuk kmpk , kena hafal lagu ni tau. Nanti kat sana, kena nyayi sorang-sorang kalau tak kena tendang dari bumi kmpk *gurau je :P.

.

0 Comments