Tuesday, May 14, 2013

Sama tapi tak serupa


Salam readership. Pernahkan anda terserempak orang atau rakan anda macam artis korea yang anda minat?. Hmm kalau Miela masih belum terserampak lagi kot, maklumlah saya ni pemalu jalan pun tunduk bawah mana ada tengok muka orang *pemalulah sangat ;P. Tapi kalau terserempak orang gaya ala-ala kpop adalah. Ada oramg kena dengan gayanya. Ada pula "hmm rumah dia takda cermin ke?. Kesianya...". Itu namanya tak ukur baju di badan sendiri. So tak kiralah nak bergaya kpop ke jepun ke, kena kesesuai ok?

Entri bukan nak bercerita tentang gaya, tapi tentang artis-artis Malaysia yang mungkin ada iras-iras artis korea. Ingin tahu siapakah gerangan artis itu, jom scroll ke bawah. Jeng jeng...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Nora Danish dan Song Ji hyo 
Peratus sama : 78%

Haa kenal tak?. Mestilah kenal. Ramai perasan muka nora danish macam song ji hyo bukan song ji hyo macam nora danish yer. Siap dapat gelaran Song Ji hyo Malaysia lagi. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Song Ji Hyo, Song Ji Hyo lebih natural beauty. Kalau tengok running man, Ji Hyo langsung tak mekap tebal dan selalu juga tak pun tanpa mekap. Nora danish apa kurangnya comel juga.

Shila Amzah dan Jessica SNSD
Peratus sama : 70%

Kedua-duanya comel dan berbakat besar bukan?. Shila Amzah nampak lebih ayu bila bertudung. Dah boleh nampak versi jessica pakai tudung. Jessica pula ahli group korea yang fames, SNSD. Tak lama lagi SNSD nak datang Malaysia untuk konsert 2013 Asia Super Showcase in Malaysia, malangnya Miela tak dapat pergi sebab tak berkemampuan. Aigooo.

Faralyna dan Han Ji Won
Peratus sama: 76%
Kenal tak Han Ji Won tu siapa?. Ala yang berlakon dalam drama Secret Garden dan King To Heart. Dua-dua drama dia jadi Heroin. Faralyna idris baru-baru ni berlakon dalam filem gila-gila remaja dengan Hairul Azreen.

Ariz Forteen dan Khuhyun Super Junior
Peratus sama : 68%

Aigoo, dua- dua jejaka nampak handsome woo. Pening gua nak pilih ni. Dua-dua handsome dan merupakan artis lelaki berkumpulan. Vocal Ariz dan Khuhyun memang mantap. Tapi kalau dengar betul-betul vocal suara mereka berdua bila nyanyi, ada persamaan sedikit?

Akim dan Lee Hong Ki
Peratus sama : 65%

Dah macam adik beradik dah dorang ni. Lee Hong Ki ahli kumpulan FT Island dan femes berlakon dalam cerita You are Beautiful dengan Park Shi Hye. Memang comel Lee Hong Ki dalam cerita tu. Akim pula sekarang keluar single terbaru Menunggu. Miela suka lagu baru akim tu, best

Almy Nadia dan Lee Sin Young
Peratus sama: 87%
Untuk terakhir sekali, Almy Nadia dan Lee Sin Young. Muka dorang memang nak hampir sama. Lee Sin Young yang berlakon cerita Boys Over Flower jadi kawan Geum Jan Di tapi sebenarnya jahat. Dia juga berlakon dalam cerita Wild Romance dengan oppa kesayangan saya Lee Dong Wook. 


P/S : Entri sekadar untuk suka-suka je. Tentang peratus tu, main agak-agak je, hahaha. Mungkin muka dorang sama, tapi tak serupa. Kan di dunia ni, ada 7 orang muka serupa?

4 comments:

  1. memang nak sama! haha.. tapi Kyu Hyun is still the best! ngeh3

    ReplyDelete
  2. rasanya almy nadia tu yg sama..banyak.hehe

    ReplyDelete
  3. hahahaha,kucing dan arnab tu memang nak sama

    btw, tq drop by at my blog
    salam kenal

    ReplyDelete
  4. yg almy nadia tu mmg sama gak ... :)

    ReplyDelete