Monday, July 14, 2014

Jerman menang, kampung lain dapat nama

Gambaq sapa tah, hehe main letak je

Salam Ramadhan. Agak-agak basi tak nak update pasal Jerman menang pagi tadi?. Ni dah lebih 12 jam. Arghh lantaklah nak update jugak, kihkih. Seperti hampa tau Jerman menang 1-0 lawan Argentina. Actually Miela tak tengok fully perlawanan tu, lepas sahur terlelap sekejap. Bangun-bangun, Jerman dah menang. Miela dah agak dah Jerman pasti menang sebab dorang main bola macam hebat je. Padahal jarang tengok bola hehe, cuma tengok 3 4 kali sebab kebetulan tengok bola pada waktu sahur. Nak bangun semata-mata tengok bola, memang taklah huhu.

Ok taknak cerita panjang-panjang pasal bola, sebab Miela kurang arif pasal bola ni. Haa hampa nak tau dalam Malaysia ni ada Jerman?. Eh macam pelik je?.  Betul, namanya Kampung Parit Jerman terletak di Setiawan, Perak dan jugak di Pontian, Johor. Ada dua tempat tuuu. Kalau dekat Setiawan ni dari tempat Miela makan dua jam nak pergi ke sana, tapi belum berkesempatan melawat kampung ni, kalau dapat pergi mau selfie habis depan board, hehe.

Jerman di Malaysia?


"Kami rasa amat gembira dengan kemenangan ini dan berpuas hati pasukan Jerman yang sama nama dengan kampung kami telah mempamerkan mutu permainan yang baik," kata Ketua Kampung Kawasan (1), Mukim Ayer Masin, Mohd Asri Ali. 

Kemaraan Jerman ke peringkat akhir pertandingan bola sepak berprestij itu telah melonjakkan nama Kampung Parit Jerman di laman sosial sehingga menjadi tumpuan media tempatan. 

Ditemui pada majlis itu yang diserikan dengan aktiviti bersahur makanan terkenal masyarakat Jawa nasi ambeng, serta durian, manggis dan kuih-muih tempatan, Mohd Asri berkata sebelum ini beliau tidak menyangka kampung itu turut mendapat tempias daripada Piala Dunia. 

"Kita boleh lihat ramai yang singgah di jalan masuk ke kampung ini untuk bergambar di papan tanda nama kampung. Ramai orang sudah mengenali kampung ini," kata Mohd Asri. 


Jeng jeng inilah dikatakan Jerman menang,  kampung lain dapat nama. Tak pasal-pasal Kampung Parit Jerman, kena tempiasnya. Fomous dah noh Kampung Parit Jerman. Eh tapi bukan satu kampung je ada dua kampung, twins gitu. Oklah that's all for today, salam Nuzul Quran.


No comments:

Post a Comment