Salam readership. Waktu petang begini daripada Miela terperap di bilik asyik dok scroll FB dan Twitter, hmmmm apa kata Miela update blog pulak. Nak study waktu sekarang, orang cakap study lepas asar tak masuk. Baik buat benda lain. Lagipun trafik blog ni makin lama makin merudum T.T , memang blog ni memang jarang update time belajaq ni. Nanti lepas habis exam nak catch up balik trafik blog huhu.

Jadual exam

Alhamdulilah Miela dah selesai jawab 4 paper, lagi 2 paper to go, yeahhhhh. Miela habis exam 22 haribulan, memang tak mention pun dalam jadual kalau hampa nampak jadual tu. Sebab hat * ni exam kempulan kecil, so boleh ditentukan sendiri nak exam bila. So bincang dengan classmate akhirnya paper penyelidikan pemasaran tu exam pada 22 haribulan.

So disini bermakna terpaksa Miela berpuasa di perantau selama 4 hari. Ini bakal masuk kali kedua puasa di perantau selepas zaman matrik. Ingatkan kalau habis 18 haribulan sempat buka puasa di rumah, tapi tersangkut pulak dek satu paper ni. Takpalah pasarah jelah ekkk. 

Tak taulah macam mana suasana berpuasa dekat USM. Ini mungkin satu pengalaman yang menarik bagi student. Sahur gaya student, kadang-kadang makn biskut dan roti je, itu yang sedih tuu. Kalau hat rajin tu sahur kat kedai mamak kot. Bila time berbuka mungkin meriah macam Miela berbuka puasa zaman matrik dulu sebab berbuka dengan kawan. Apa-apa pun 9 hari lagi nak balik. Cepat cepatlahhhh, hehe.

4 Comments

  1. kalau mira dulu sahur kat u, tak rajin langsung nak sahurnye pon. kakaka. btw goodluck for thte next paper :D

    ReplyDelete
  2. comelnyaa gamba kat atas tuh!! haha! all the best eh :D

    ReplyDelete
  3. best of luck untuk paper yg masih berbaki tu... Selamat berpuasa.. :D

    ReplyDelete
  4. All the best, yunk :)

    Do visit me :
    http://duniamahabbah.blogspot.com/2015/06/students-assignments.html

    ReplyDelete