Disebabkan ramai bertanya macam mana nak kerja kalau nak rentas negeri?, so I decide nak tulis entri ni. Sudah seminggu seminggu sebenarnya berkerja merentas negeri ni. Actually memang normal orang-orang daerah Kerian berkerja balik hari di kawasan Pulau Pinang dan Kedah disebabkan kawasan ni banyak peluang perkerja juga menawarkan gaji lebih dari tempat tinggal.

So Miela dari Bagan Serai bekerja merentas negeri ke Bandar Perda, Bukit Mertajam lebih kurang sejam sahaja perjalanan. Dokumen untuk merentas negeri untuk bekerja mesti perlukan surat dari company semasa tempoh PKPB. So surat wajib ada if pengawai polis tanya. Polis akan check juga bekerja area mana. Kalau jauh sangat tempat kerja tak logik juga merentas negeri ni.

Contoh surat merentas negeri

I suggest hampa bila dah sampai roadblock tu seeloknya letak surat dekat bahagian pemandu supaya memudahkan kerja polis untuk check. Yelah roadblock selalu lama juga bila time balik kerja, kadang sampai 1 km jem sebab roadblock huhu. Kesian abam polis kena check satu satu.


Apa Miela nampak polis selalu akan tahan kalau bawak lebih daripada seorang, orang-orang muda keluar tanpa tujuan yang jelas, kemudian yang bawak kanak-kanak. Selalunya orang yang tujuan berkerja akan senang lepas tambah tambah pakai baju kerja. Tapi kalau tahan tunjuk surat kerja sebab memang kita niat nak pergi kerja pun.

Sepanjang berkerja rentas negeri masa tempoh PKPB dari Bagan Serai ke Perda boleh jadi 2 atau 3 rodblock. First area bagan serai, kedua dekat sempadan selepas simpang 4 Pematang Tok Mahat dan ketiga di Plaza Tol Jawi. Mungkin minggu depan seminggu nak raya boleh jadi bertambah roadblock dekat Plaza Tol Juru.

Itu sahaja pengalaman boleh diceritakan, boleh jadi peraturan berubah mengikut perkembangan semasa. Cuma nak pesan jangan dok saja-saja rentas negeri tanpa sebab, tak pasal-pasal kena kompaun RM1000. Stay safe okay!