Wednesday, December 16, 2015

Semester 5 dah nak habis



Salam Readership. Faham-faham lah korang, bila sibuk dengan kehidupan universiti memang tuan blog ni jarang mengupdate blog. Geram tau, banyak cerita nak letak dalam ni, tapi masa takda. Sampai minggu terakhir kuliah, barulah ada masa nak update. Inipun nak update cerita ringkas-ringkas sahaja.

Kalu boleh semua nak cerita dari suprise birthday, pergi escape, pergi makan-makan, karenah anak buah, pergi pantai semua tu. Boleh kata A sampai XYZ Miela nak ceritanya. Erm, tunggu cuti semester lah kot nak update story. 

Dalam minggu terakhir kuliah ni, Miela cuma ada 2 kelas sahaja. Hoho untung kan kelas dah habis awal. Sekarang ni memang takda kelas, Jumaat ni baru ada last kelas. Merepot sekejap 2 hari tunggu last class. Lepas tu start study week kemudian final exam. 


Maka inilah jadual exam Miela. Bestlah jugak, ada gap sedang-sedang gitu. Kiranya 2 subjek ada satu minggu. Ada masa nak study, study week rasa tak cukup nak study actually T.T. Agak sadis semester ni sibuk dengan urus sekretariat sampai tak sedar semester dah nak habis. Sampai tak sedar, sebenarnya semester aku belajar apa ek?, lost jugak. Tapi nasib baik mid term mark tu boleh tahan la, not so good, not bad. Tapi perlu banyak improvement

Doakan kan terbaik untuk Miela menghadapi final exam yang mendatang ni. Terangkan hati dan minda masa nak jawab soalan final ni. Risau juga, tak start study apa lagi. Baru semak-semak nota dan chapter apa nak kena study ni. Nanti lepas habis exam, tinggal 3 semester to go before graduation. Ok tak sabar nak sebenarnya nak habis study walapun lambat lagi haha. 

Wednesday, November 11, 2015

Handphone hilang


화요일, 11월 10일

오늘 슬프해요,
오전 아홉시에 백화점 갔어요
10 물병 샀어요
그러면, 핸드폰  실종해요

Salam readership. Eh intorduction dah pakai ayat korea. Hehe saja practice taip tulisan korea, sebab semester ni ambil bahasa korea level 2. Practice make perfect gitu. Sebenarnya maksud tulisan korea ayat basic cerita secara ringkas bagaimana handphone boleh hilang. Taip ayat korea yang basic ja mampu hee. Sebut pasal handphone sedihlah pulok, hmmm.

Oklah mehlah Miela cerita, walaupun sebenarnya tak boleh move on pasal kes ni. Kisahnya di suatu pagi, semalam. Semangatlah pagi-pagi bersiap nak serang 7Eleven, yelah ada promotion barang terpilih just  RM 1. Siapa taknak kan?. So, merempitlah sampai ke 7Eleven. Dapat beli 10 botol air, 7 Lipton, 3 Yeo's.

Sampai rumah ja, cari-cari phone dah hilang. Call pun terus takdapat dihubungi. Macam mana phone boleh hilang?? Misteri~. Kali terakhir Miela pegang phone lepas beli barang, duduk atas motor sat sambil check Whatsapp. Kemungkinan besar handphone jatuh semasa bawa motor pulang ke rumah. Hmm gitulah cerita dia.




Handphone yang hilang ialah Sony Xperia Z. Sedih sebenarnya phone ni hilang, dah beli pakai duit biasiswa *Opsss hehe. Miela suka sangat phone ni sebab kualiti gambar sangat best, rakam video pun cantik ja gambar. Memang kalau nak pakai phone ni sampai rosak la, sebab phone ni puas hati.


Biasanya benda yang hilang, pasti ganti yang baru kan. So memadangkan komunikasi sangat penting zaman sekarang, nak taknak kena ganti baru. Sekarang ni pakai Asus ZenfoneGo ja mampu beli, nak ganti sebijik sama yang hilang duit pulak tak ada. Tunggu nanti kerja, nak beli Xperia Z, maybe Xperia Z 8 9 10? haha. Ok itu sahaja kisah handphone hilang, huhu.