Sunday, July 17, 2016

Cara membuat Eko Enzim

Salam Readership. Tahu tak apa itu eko enzim?. Eko enzim atau nama english dia eco enzyme merupakan sejenis cecair yang diperbuat daripada sisa-sisa sayur atau buah buahan, gula perang dan air. Selalunya ia digunakan dalam pertanian, ternakan, sistem saliran, dan pembersihan.

Masa kat USM, Miela rajin buat kompos. Dalam proses membuat kompos tu ada belajar cara nak membuat eko enzim sebabnya eko enzim ni digunakan dalam proses membuat kompos supaya kompos tu senang menjadi. 

Anatara hasil eko enzim kami buat untuk kompos

Ok let go macam mana nak buat eko enzim. Mudah sahaja uolz.

Bahan yang diperlukan;
- 1/4 Sisa Buah atau sayur untuk botol 1.5 liter
- Gula perang 150g
- Air secukupnya
- Botol 1.5 liter

* untuk hasilkan1.5 liter botol eko enzim

Cara-cara:
1. Potong buah atau sayur kecik-kecik supaya nanti sisa tersebut senang terurai.
2. Isi air dalam botol 1.5 leter, jangan penuh. Agak-agak 3/4 gitu. Tujuan adalah untuk bagi ruang gas proses fermentasi tu bertindak balas.
3. Kemudian masukan gula perang dan buah di potong.Kemudian tutup botol dengan penutup botol tetapi tidak telalu kejap
4. Siap untuk memerap sisa buah/sayur untuk 3 bulan untuk menghasilkan eko enzim yang sempurna. 

Untuk seminggu pertama rajin-rajinlah bukak penutup botol tu untuk buang gas. Jangan bukak terus ye, takut ada letusan tak diingini. Bukan apa pernah ada kes student bukak penutup botol yang ada enzim tak kena gaya habis meletop satu bilik. Mau berbau buah basi dalam bilik tu huhu. Ini kerana sisa buah/sayur tu sedang bertindak balas dengan gula perang untuk proses pemerapan menghasilkan gas. Buka penutup botol tu perlahan-lahan sehingga keluar gas. Bau gas kurang menyenangkan sikit la. Tapi bila lepas 3 bulan tak busuk da bau dia.

Buah yang dipotong
Buat enzim tepi lokang pun pernah. Nasib longkang tu bersih

Ni eko enzim versi lebih dekat

Lepas 3 bulan enzim dah perap, kami tuang untuk proses buat kompos

Eko enzim memang banyak sangat kegunaan dia bukan sahaja untuk buat kompos, malah korang juga boleh dijadikan eko enzim sebagai pencuci semula jadi untuk kotoran lantai, dapur, tandas dan lain-lain. Kebaikan dia juga sekurang-kurangnya daripada kita membazir sisa buah dan sayur yang tak pakai lebih baik digunakan eko enzim. Jadi jangan ingat sampah atau sisa tidak langsung berguna, sebenarnya boleh menemukan "new treasure".

Saturday, July 16, 2016

Cara manfaatkan cuti semester anda

Salam Readership. Hari ni Miela nak kongsikan tips cara nak manfaatkan cuti semester korang. Haa dok rumah tapi tak tau nak buat apa. Tetiba hampa rasa nak balik U. Tapi bila kat U hampa rasa nak balik rumah. Macam mana tu?.

Seeloknya cuti semester hampa buat aktiviti yang berfaedah sikit. Jangan biaq masa tu burn tak buat apa dok termenung asyik scroll facebook saja. Haha macam benda ni korang tak pernah buat masa cuti?. Ok jom tengok cuti ni apa yang korang boleh buat.


1. Kerja Part Time



Selalunya time cuti nilah ramai berebut cari duit lebih dengan kerja part time. Tak kiralah kerja kat restaurant fast food ka, jadi promoter ka, jaga butik ka, kerja kilang, cikgu tuisyen ka dan lain-lain asalkan halal. Walaupun sesetengah kedai/syarikat tak da offer kerja kosong, boleh je tanya ada tak kerja kosong. Contohlah si Aminah nak kerja partime kat kfc, dia pergi terus tanya kat pekerja ada kerja kosong tak. Pastu pekerja tu minta tinggalkan no telefon nanti kalau ada kerja kosong depa contact. 

Cara lain lagi kerja part time dari rumah. Contohnya jual barang online. Kalau takda modal, boleh jadi dropship tak perlu simpan stock. Modal pun zero *untuk dropship tanpa bayaran komitment. Rajin-rajin google butik mana tawarkan dropship agent. Tak pun search #dropshipwanted atau #dropshipdiperlukan di social media, insyallah jumpa.

2. Belajar third language




Jika korang berkebolehan menguasai third language seperti Chinese, German, Frace, Korea, Japan atau bahasa lain-lain sangatlah benefit nanti bila grad nanti. Sekarang ni belajar third language boleh google internet then boleh self study. Kalau tempat korang ada offer kelas bahasa, join je tak rugi pun. 

Kalau takde jugak tempat korang offer kelas bahasa, macam Miela mention tadi boleh cari dalam google ataupun study di Youtube lagi mudah. Contohnya nak study bahasa Cina boleh ke channel Learn Chinese With Emma, study bahasa German di channel German Pod 101.com dan study bahasa Korea di Korean Class 101.

3. Sertai aktiviti kemasyarakatan


Apakata gunakan tenaga orang muda macam korang dengan join aktiviti kemasyarakatan. Kalau di universiti ada buat program masa cuti, join je untuk tambah lagi pengalaman. Ataupun berbakti dengan sekolah lama dengan menjadi fasilitator program motivasi di sekolah. Pendek kata kalau ada peluang program sukarelawan, join sahaja walaupun takda upah dari segi wang tunai sekurang-kurangnya kita berbakti kepada masyarakat. Sekarang ni nak join program sukarelawan tak susah, dalam social media pun ada mereka tawarkan contoh Muslim Volunteer Malaysia sering buat program sukarelawan sekitar ibu kota. 

4. Kembangkan bakat anda 


Tak kira korang ada bakat menyanyi ke, memasak ke, melukis ke atau mana-mana bakat yang rasa boleh dikembangkan tu, masa cuti ni lah sangat sesuai untuk expandkan bakat yang kita ada. Contohnya rasa diri tu boleh memasak, try memasak pelbagai lagi resepi terbaru. Kalau pandai berangan tu jangan duduk saja boleh saja tulis manuskrip then nanti bila dah siap boleh hantar ke penerbit. Kalau pandai melukis, lukis gambar yang lebih mencabar sikit dan postkan di social media. Kadang-kadang bakat yang kita ada ni kena bagitau kat orang macam post dalam sosial media tu. Sebab dari situ orang akan nampak kebolehan kita dan mana tahu boleh jadi sumber pendapatan?

5. Melancong


Ok yang ni last. Mesti ramai yang suka melacong?. Untung cuti semester ni biasanya tak jatuh pada waktu cuti sekolah jadi kebanyakkan pakej pelacongan, harga tiket, harga bilik yang termasuk yang semua tu termasuk kos nak melancong akan jadi lebih murah. Lagipun melancong time cuti semester *bukan waktu weekend atau cuti umum* biasanya tak ramai orang, menjadikan pencutian lebih selesa. Bila lagi kalau nak melancong kalau bukan waktu cuti kan?. Sebaiknya kalau merancang untuk melancong perlulah buat sebelum cuti supaya dapat offer yang menarik dan murah. 


Itu sahaja 5 tips yang Miela kongsikan. Semua tips tu yess memang Miela amalkan waktu cuti semester. Tapi kadang-kadang tak semua. Contohnya melancong kalau takde duit tak jalan jugak huhu. Sebaiknya manfaatkan cuti semester korang. Nanti bila dah masuk alam pekerjaan, susah tau nak cuti panjang macam cuti semester ni.

Wednesday, July 13, 2016

Cari Kerja di Neuvoo




Salam Readership. Tahu tak Neuvoo adalah enjin pencarian kerja yang paling diperlukan oleh job seekers.  Ia boleh didapati di lebih daripada 63 negara di dunia ini. Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai tahap persaingan yang tinggi. Neuvoo dapat membantu job seekers untuk mencari pekerjaan dengan efektif start daripada takda kelayakan pendidikan yang tinggi seperti pelayan dan housekeeping sampai la ke jawatan pengurusan atau jawatan eksekutif. Pendek kata semua adalah.


Apakah perbezaan Neuvoo dengan enjin pencarian kerja atau lembaga kerja yang lain?
  • 4x kali ganda tawaran kerja di bandingkan dengan enjin pencarian kerja yang lain di Malaysia.
  • Antaramuka pengguna yang senang digunakan dan diakses.
  • Menawarkan peluang pekerjaan anda atau mencari kerjaya idaman anda secara percuma
  • Hantaran notifikasi e-mel secara langsung kepada para pencari kerja setiap hari apabila terdapat tawaran kerja yang baru.

Neuvoo bukan hanya enjin pencarian kerja yang biasa biasa tau, tetapi Neuvoo sangat inovatif dan sangat up-to-date gituu. Keperluan job seekers dapat disatukan bersama pada Neuvoo. Selain inovatif dan sangat up-to-date, Neuvoo juga memiliki fungsi-fungsi yang canggih tidak boleh didapati di enjin pencarian pekerjaan yang lain. Meskipun Neuvoo memiliki fungsi-fungsi yang canggih, tetapi Neuvoo adalah alat pencarian kerja yang sangat mudah digunakan dan diakses oleh para job seekers. Terkini, Neuvoo menawarkan lebih dari 60 ribu pekerjaan di Malaysia. Banyak kan?. Tambahan pula, majikan-majikan dapat menawarkan peluang pekerjaan mereka di Neuvoo untuk mendapatkan tenaga kerja yang diperlukan.

Senang cerita, Neuvoo macam Google yang khas untuk mencari tawaran kerja. Neuvoo ni berusaha dan fokus kepada membantu  job seekers sehingga mendapat pekerjaan diidamkan.

Neuvoo bersiap sedia untuk membantu job seekers untuk mendapatkan pekerjaan impian mereka! Nak dapat perkerjaan yang diidamkan bolehlah kunjungi laman web Neuvoo di http://my.neuvoo.com


Pencarian pekerjaan anda bermula di sini: Uni Emirat Arab | Argentina | Austria | Australia | Belgium | Bahrain | Brazil | Kanada | Switzerland | Chile | Colombia | Republik Czech | Jerman | Mesir | Sepanyol | Perancis | UK | Greece | Hong Kong | Hungary |Indonesia | Ireland | India | Itali | Jepun | Kuwait | Kazakhstan | Luxembourg | Maghribi | Mexico | Malaysia | Nigeria | Netherlands | Norway | New Zealand | Oman | Peru | Poland | Portugal | Qatar | Romania | Rusia |Arab Saudi | Sweden | Singapura | Turki | Taiwan | Ukraine | US | Venezuela | Vietnam | Afrika Selatan