Monday, January 10, 2011

Cerpen: Qaseh(siri 3)



Pada keesokannya selepas waktu rehat, Cikgu Khairul telah masuk dengan menbawa rotan ke kelas mereka. Cikgu Khairul sangat ditakuti oleh pelajarnya. Dia merupakan cikgu disipilin disekolah ini. Jika sesiapa tidak menghantar buku latihannya, nescaya pasti akan dikenakan hukuman rotan oleh  Ckgu Khairul.

          “Baiklah, semua hantar kerja sekolah yang cikgu beri semalam”kata Cikgu Rizman. Semua pelajar menghantar buku Bahasa Melayu.

          Kelihatan Qaseh sedang mencari buku latihannya. Puas dicari tetapi tidak menjumpainya. Semalam dia telah letakkan bukunya ke dalam beg. Dia merasakan pasti dia akan dirotan oleh cikgu itu.
         
          “Qaseh, kamu seorang saja yang tak hantar buku. Kenapa?”Tanya Cikgu Khairul. Wajahnya kelihatan garang.

          “ Erm.... Saya tertinggal buku cikgu. Saya tak sengaja cikgu. Maafkan saya cikgu”jawab Qaseh sambil berdiri. Suara agak perlahan sedikitsambil tertunduk malu kerana terlalu takut akan cikgu itu.

          Tiba-tiba telefon Cikgu Khairul berbunyi. Lantas cikgu itu keluas ke kelas untuk menjawab panggilan telefon.

          “Sebentar pelajar, saya mahu menjawab panggilan telefon ini”kata cikgu Khairul. Langkahnya agak terburu-buru sedikit.

          Namun perasaan Qaseh makin gelisah dibuatnya. Sebelum ini dia belum pernah dirotan oleh cikgu Khairul. Selalunya Qaseh akan memastikan buku Bahasa Melayu dibawa pada hari cikgu Khairul itu mengajar.

          Selesai cikgu Khairul menjawab panggilan telefon. Wajab cikgu itu agak muram. Pelajar kelas 4 sains tulen itu agak tertanya-tanya.

          “Minta perhatiaan semua, saya terpaksa pulang kerana ada ahli keluarga saya meninggal dunia. Oleh itu pebelajaran hari setakat ini sahaja. Manakala awak Qaseh, esok saya nak awak hantar buku itu esok. Saya pergi dulu” terang cikgu Khairul sebelum keluar ke kelas .
          Qaseh begitu lega sekali. Cuma menjadi tanda tanya dimana buku Bahasa Melayu Qaseh letakan?. Manakala Fazura seperti tidak suka kerana Qaseh tidak rotan. Sepatutnya Qaseh perlu dirotan.

No comments:

Post a Comment