Thursday, August 25, 2011

When say Hari raya

spongebob pun nak raya, ehsan dari pak cik goggle

Salam ramadhan semua. Kali ni Cik Miela nak talk-talk pasal hari raya. Lebih kurang lima hari lagi nak Raya. Yahoo seronoknya. Dalam minggu ni topik paling hangat tentulah R-A-Y-A. Sekarang nie kalau kat sekolah budak-budak sibuk cerita pasal raya tak kiralah persiapan hari raya, balik kampung, plan beraya dan tak lupa juga pasal kenangan raya masa tahun sebelumnya. Orang tua sama jugak cakap-cakap pasal raya.

Yang penting sekali orang mesti dok sibuk tanya baju raya kaler apa?, berapa pasang? dan beli kat mana?. Betul Tak?. Tak cukup dengan itu, ada keluaraga mempunyai tema kaler baju raya. Whole family baju sama, sungguh meriah gitu. Pasangan couple pun nak sedodon kaler baju raya, biar nama sweet. Pakwe makwe dah berpakat baju raya kaler apa,hahaha. Warna baju raya sering menjadi pilihan ialah biru, hijau, merah, purple, oren dan sebagainya.Yang tak boleh blah tu, ada orang nak sama kaler baju raya dengan kaler motor.

Lepas tu pulak seminggu nak raya orang perempuan sibuk buat kuih raya. Macam-macam kuih raya depa buat macam bahulu, sempret, biskut badam, kuih bangkit dan sewaktu denganya. Tapi ada orang beli jer kuih raya, lagi sedap. Mana-mana kuih beli ke, buat ke raya mesti kena ada kuih raya jugak. Agak-agak la, tak kan nak hidang meggi bila hari raya?


ni pun gambar dari sumber pak cik goggle

Kalau budak sekolah mesti sibuk bercakap dengan kawan-kawan pasal plan beraya escpecially budak kampung, kalau budak bandar nanti balik kampung mana ada kawan rapat nak beraya. Dah rancang awal-awal nak pi rumah siapa dulu. "Eh apa kata kita pi rumah orang tu? raya keberapa nak berjalan? pukul berapa nak pi?". Haha gelabah budak-budak nak beraya rumah kawan termasuklah budak sekolah menengah. Style budak sekolah rendah berada selalunya jalan kaki jer, tapi dah sekolah menengah upgrade sikit, pakai motor. So banyak rumah mereke terjah termasuklah rumah orang yang tak kenal.

Bila malam raya, orang malaysia mesti sibuk hantar mesej raya kepada kenalan. Bukan tu saja, malam raya juga budak-budak mestilah main mercun, tapi bunga api jadi pilihan orang sebab tak bahaya sangat kowt. Ada juga duduk depan TV, biasalah malam raya ada cite best. Dan macam-macam lagi orang buat aktiviti malam raya, yang pasti tiada siapa pun akan tidur awal pada malam raya,huhu. Dah la Cik Miela pun dah tak larat cerita pajang pasal raya nie. Bawah nie Cik Miela buat kad raya khas untuk follower Cik Miela dan gambar doodle tu cik miela buat sendiri tau.




Saturday, August 20, 2011

Doodle yang tak berapa nak comel



Tak de keja, Cik Miela lukis la doodle, tapi tak menjadi la..nampak hodoh cikit,hee.. But i try, memang bab melukis cik miela bukan pro la, kepada korang pandai lukis doodle memang Cik Miela tabik spring.. Bakat Cik Miela bukan pada lukisan, tapi mungkin menulis cerpen kowt, tu orang kata. Berdasarkan doodle Cik Miela, body tak berapa nak ok, lengan dia nampak gemuk. Haha kesian doodle nie. Kalau boring-boring nanti nak try lagi la lukis doodle, tu kalau rajin la

Monday, August 15, 2011

Banner untuk SPM


Gementarnya tinggal 3 bulan je lagi nak exam..Ayoo risaunyer, so nak hilang cik miela buat banner SPM, supaya semangat lebih sikit. Tapi sekarang dah tak boleh main-main, kena study gila-gila bak kata cikgu hehe, 3 bulan je pun, pastu takde dah. Kalau tak menyesal seumur hidup. Sebagai penutup entri nie, Cik Miela nak bagitau kat follower yang Cik Miela yang lepas nie mungkin jarang sikit update blog tau, so jangan sedih tau,hehe.Korang tentu faham kan sebab ape....

Wednesday, August 10, 2011

Jika nama anda dalam bahasa korea


Kali nie Cik Miela nak share sikit satu benda iaitu nama korea. Macam mana nak jadikan nama korang tu nama korea. Caranya ialah....

1. Nama depan adalah angka terakhir pada tahun kelahiran kamu ( Your first name is your last number of your year of birth )

Contoh: 1979 => 9 = JUNG

0: Park

1: Kim

2: Shin

3: Choi

4: Song

5: Kang

6: Han

7: Lee

8: Sung

9: Jung


2. Nama tengah adalah bulan kelahiran kamu(Your Middle name is your )

Contoh: AGUSTUS => 8 = HYO

1: Yong

2: Ji

3: Je

4: Hye

5: Dong

6: Sang

7: Ha

8: Hyo

9: Soo

10: Eun

11: Hyun

12: Rae


3. Nama belakang adalah tanggal kelahiran kamu(Your last name is your date of birth )

Contoh: 18 = JIN

1: Hwa

2: Woo

3: Joon

4: Hee

5: Kyo

6: Kyung

7: Wook

8: Jin

9: Jae

10: Hoon

11: Ra

12: Bin

13: Sun

14: Ri

15: Soo

16: Rim

17: Ah

18: Ae

19: Neul

20: Mun

21: In

22: Mi

23: Ki

24: Sang

25: Byung

26: Seok

27: Gun

28: Yoo

29: Sup

30: Won

31: Sub

Kalau tak faham, Cik Miela bagi contoh. Cik Miela lahir pada 14.11.1994..last number of year of birth ialah 4 jadi Song, second is month of birth ialah 11 jadi Hyun dan last sekali is date of the birth ialah 14 jadi Ri. Jadi nama korea Cik Miela ialah SONG HYUN RI,hehe sedap tak??. Cuba share nama korea korang kat sini. Harap korang enjoy yer

Monday, August 08, 2011

Lirik Harapan Ramadhan-Raihan

Lagu nie memang fames time bulan ramadhan, kalau korang tak tau memang kesian. Tapi tau ke liriknye?. . Apakata korang tengok lirik dibawah nie dah hayatinya tau.

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Sunday, August 07, 2011

When say couple

Tiba-tiba je Cik Miela cakap pasal couple. Sebenarnya jelous tengok orang couple,haha coz single lagi.hehe. Ramai kenalan terdekat Cik Miela dah bercouple, tu menyebabkan Cik Miela berfikir " alahai, kenapa aku tak couple lagi". Ada jew orang nak couple cuma Cik Miela je tak mau sebab tak yakin dengan orang tu. Kalau boleh sekali jew couple pastu kahwin,ngee. Tak payah banyak kali putus. Mungkin Cik Miela terlalu memilih sangat kowt sebab tu single lagi. Entahlah taste Cik Miela yang macam mana. Nak yang macam Kasyah dalam Filem Lagenda Budak Setan ke. Nak macam lelaki macam Cha Dae Woong dalam drama korea My Grilfriend is Gumiho. Atau nak macam lelaki kayak Irwansyah dalam Filem My Heart(haha watak dia tak ingat pulak). Tapi bila difikirkan balik rugi lah couple awal,hmm.

My Heart

Kalau couple kalau boleh tak nak pakai istilah couple setakat teman tapi mesra dah cukup. Yelah, takut istilah couple tu menghalalkan perkara yang mungkar. Whateverlah, muda lagi masih jauh perjalanan. Dah Cik Miela oi jangan fikir pasal couple dah, ingat spm lagi 3 bulan lagi.

SPM JAMIN MASA DEPAN BUKAN COUPLE.

Saturday, August 06, 2011

Koleksi kad bulan ramadhan


Sempena bulan ramadhna ni Cik Miela nak share kad-kad sempena bulan ramdhan nie. Ni sumua cik miela cari kad goggle tau. Kalau nak ambil, ambilah khas untuk follower Cik Miela...











Friday, August 05, 2011

Apa akan berlaku jika Shahir AF8 berhenti??


Salam Ramadhan. Banyak berita di internet mengatakan bahawa Shahir AF8 akan berhenti bernyanyi dalam masa terdekat sekali gus merungkai misteri kehilangan Shahir. Sejujurnya, Cik Miela sedih tetapi Shahir ingin berubah ke arah lebih baik Cik Miela menyokong. Menurut cerita, Shahir berhenti disebabkan dianiaya oleh pihak tertentu. Katanya lagi Shahir akan mengikut jejak Sam Kamikaze dengan melibatakan diri dalam aktiviti dakwah. Kalau macam tu cuba korang fikir apa akan jadi jika shahir berhenti atau tak jadi berhenti dari industri hiburan.


Kalau berhenti

"Memang patut artis tu berhenti goisp rozita che wan je lebih" tu mungkin orang kata. Yang pasti Shahir sudah tentu banyak masa bersama keluarga dan mungkin dia akan menyambung pelajran nanti. Shahir akan jadi lebih alim. Tetapi Shahir begitu rugi kerana title JUARA AF8 kerana dalam masa setahun lebih Shahir dah berhenti. Sedangkan masa ujibakat beribu-ribu orang nak masuk AF dan nak jadi juara. Lagi satu dia sudah ramai peminat bahkan di dalam FB sudah mencapai setengah juta fans.


Kalau tak berhenti

"Ceh kata nak berhenti tak berhenti pun. Nak cari publisiti muruhan la tu" tu mungkin orang kata. Mungkin rata-rata peminat Shahir akan gembira mendengar berita ini jika Shahir tak jadi berhenti. Cik Miela rasa lebih baik shahir lebih fokus kearah genre islamik. Contohnya Maher Zain, artis dakwah yang berjaya. Jika Shahir jadi seperti Maher Zain mesti ramai peminat mengangkat Shhair sebagai idola dan artis contoh. Ini kerana remaja suka mngangkat artis sebagai idola mereka.


Apa-apun keputusan Shahir ia pasti akan mengubah hidup Shahir AF8. Sekadar pandangan dari gadis umur 17tahun,hehe.