Review: Hafalan Shalat Delisa
Jadi dua hari lepas, cik miela tengok Hafalan Shalat Delisa. Ingat Delisa tu anak dara ke apa rupa-rupanya Delisa tu budak-budak jer. Cite nie mengisahkan seorang budak bertungkus-lumus menghafal bacaan solat untuk ujian amali solat. Delisa seorang anak yang manja dan sangat rapat dengan ibunya, Ummi.
Pada hari amali solat tu,tetiba ada tsunami melanda di Lhok Nga. Sebenarnya Delisa nie tak sedar pun ada tsunami masa dia buat solat amali, sebab dia betul-betul fokus dengan solatnya. Akhirnya tsunami telah mengorbankan kakak-kakaknya dan maknya. Hanya Delisa sahaja terselamat tetapi kakinya kudung. Maka hiduplah Delisa dengan Ayahnya. Persoalanya, masihkah Delisa mampu menghafal hafalan solatnya?
Hehe Cik Miela tak reti sangat tulis sinopisis nie, tapi kalau lebih lagi klik sini. Cik Miela suka sangat watak Delisa, sebab Delisa nie tabah orangnya. Dia menganggap orang yang terkorban dalam Tsunami, tidak bersendirian tapi gembira di alam sana. Susah kalau nak jumpa budak macam Delisa nie.Paling suka ayat yang Delisa sebut ialah "Delisa cinta ummi kerana Allah". Ok kalau nak tengok filem nie, klik je sini.
1 Comments
please support me, like my page FB and follow on networked blog... :D
ReplyDelete