Salam readership. Hari nie 1 Mac, maknanya makin hampir lah budak lepasan SPM 2011 macam cik miela akan dapat slip yang akan menentukan masa depan kami. Glupp, alamak-alamak seramnya, takut sampai susah nak tidur fikir pasal sehelai slip keputusan. Sungguh cepat masa berlalu, dah masuk bulan tiga. Harap bulan tiga ni akan memberikan khabar gembira buat cik miela dengan keputusan SPM yang diharapkan.

Agak tertarik cik miela apabila membaca satu status yang berkaitan dengan entri cik miela hari ini. Cuba baca status dibawah ni.


Ada benarnya kata-kata status ni. Kita sibuk duduk counting tarikh, tapi amalan.. Faham-faham jelah. Sebenarnya sebagai manusia kita memang tidak lepas buat kesilapan. Sekarang ni seperti entri cik miela sebelumnya banyakkan berdoa sementara menunggu result. Cik miela teringat satu pesan cikgu kimia iaitu Cikgu Juriah, kalau nak doa tu biarlah doa untuk semua. Cik Miela teringin sangat satu kelas dapat result yang gempak, sama-sama gembira tiada sorang pun berduka cita atas kekurangan result tu.

Yang lawaknya status di atas tu, " Jangan sibuk duk takut-takut pasal keputusan nie. Rileks jewlah". Haha rileks?, buat masa sekarang memang boleh rileks tunggulah dua tiga hari coform semua gelabah tak kiralah masa periksa kita jawab elok ke tak. Sebab itu slip masa depan. Tapi bila dapat result JANGAN LUPA ALLAH tidak kira kita tu teruk atau tak. Ingat yaa


0 Comments