Salam semua, hari ni tajuk entri simple ja. Dah tak tahu nak tulis tajuk entri yang best-best. Mungkin malas nak fikir kot. Berdasarkan tajuk entri hari ni, korang mesti dah agak yang Cik Miela dapat tawaran Matrik. Alhamdulilah dapat juga akhirnya. Cik Miela dapat course perakaunan yang bertempat di Kolej Matrikulasi Perak KMPk.

See?. Tapi macam biasalah, sekarang tengah pening memilih samada Ya atau Tidak terima tawaran matrik. Orang kata sangat rugi kalau tolak tawaran matrik, bukannya senang. Tapi rasanya tak perlulah cik miela buat keputusan terburu-buru, tengok UPU dulu kemudian baru pilih. Sebenarnya matrik ni ok juga, mujur dapat Kolej Matrikulasi Perak KMPk, sebab kolej matrik Perak merupakan kolej matrik terbaik di Malaysia.

Cuma bimbang sedikit, Cik Miela sebenarnya tak ambil akaun masa dekat sekolah sebaliknya pure science. Pilih akaun pun sebab subjek Kimia memang tak boleh bawa pun dan akaun boleh dikatakan minat jugalah asalakan takde subjek biologi sudahlah, dah pencen takmau baca buku biologi lagi. Seksa nak hafal semua. Kalau masuk bolehkah Cik Miela bersaing dengan mereka yang dah basic ada pasal akaun?.Huhu pening pening.

8 Comments

  1. tahniah .. papepon 4 digit terakhir no . matrik merupakan 4 digit terakhir ic anda .. sila sensor mende tu jugak
    ..

    ReplyDelete
  2. yeke??..tapi kenapa xsama ek??huhu

    ReplyDelete
  3. hey. sma la ngn sy. dak pure sc tp plih akaun. dan kalo kamo pegi matrik t, bole la jmpa yea. ^_^

    ReplyDelete
  4. hey, sma la ngn sy. dak pure sc tp plih akaun. dan kita sma matrik la. t bole jmpa. salam pkenalan ^_^

    ReplyDelete
  5. @Cik KyRa saya nak follow blog awak, tapi awak x tinggalkan link,hmm

    ReplyDelete