Wednesday, May 02, 2012

Apa makna Like?


Jeng- jeng ramai tak sedar apa sebenarnya fungsi like button di Facebook. Yup semua tahu Like bermakna suka. Bahkan budak tadika pun tahu like is suka, suka is like. Tapi tahu tak makna disebalik like jika seseorang itu like post korang di Facebook/. Ok, kali ni Cik Miela nak cerita tentang sebab-sebab post facebook anda di like, yang ni version Cik Miela tau.


1. Suka dengan post anda

Bermakna diaorang like sebab setuju isi kandungan dengan apa korang post tu. Dan kadang-kadang mereka like sebab apa yang isi kadungan dalam post korang sama dengan situasi diri mereka.



2. Keboringan teramat sangat

Kadang-kadang mereka ni dah takde kerja, jadi main like jelah. Kebosanan melanda diri bila buka facebook, maka button like menjadi mangsanya. Mereka ini digelar Kaki Like atau kalau sampai tahap kritikal di panggil Hantu Like.


3. Like as admire/bestfriend/bf or gf/ family

Kadang-kadang orang like, sebab dia syiok kat kita. Haha, ada betulnya jugak. Kalau setiap kali kita post, mesti orang sama yang like. Tetapi tak semestinya dia like bermakna suka atau syiok kat kita, kadang-kadang sebagai tanda relationship friend/boyfriend/girlfriend/family. Pastikan anda dapat membeza niat seseorang itu like, jangan syiok sendiri naa.



4. Like sebab tak suka

Disebabkan button unlike facebook takde, jadi mereka like sebab tak suka dengan post korang. Walaupun sebenarnya kita boleh add button unlike di Facebook dengan mengunakan aplikasi tertentu =,=.


5. Membalas budi

Semua orang tahu budi baik di balas baik. Begitu jugalah like, korang like post diorang, diorang like balik post korang sebagai tanda menghargai. Kan bagus macam tu selalu,huhu.


6. Kerna terpaksa

Haha macam lirik lagu pula, ini adalah kes paling sedih dan sadis. If korang paksa seseorang like post anda semata-mata nak capai like paling banyak di dunia sekali pun. Tak kemana pun, jika tak ikhlas orang tu like. Janganlah dik bersikap macam tu, nak kejar populariti sangat di Facebook.


2 comments: